kisah Dhia

569 20 8
                                    

Aku ada satu cerita nak bagi tahu korang. Aku harap korang sudi baca. Dulu, ada seorang perempuan yang tinggal seorang diri di sebuah rumah sekitar Kuala Lumpur. Namanya Dhia. Dia bekerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka dan merupakan pekerja kesayangan di situ. Dia seorang yang rajin dan berpewatakan yang menarik. Jadi, dia sering menarik perhatian orang untuk mendekatinya. Malangnya, dalam masa yang sama, ada seseorang yang cemburu akan dirinya. Aimi telah lama menyimpan dendam pada dhia sejak dia masuk bekerja di syarikat itu. Aimi merasa tercabar apabila bosnya sering memuji perwatakan dhia. Sehinggalah pada suatu hari, aimi telah di marah dan kertas cadangannya untuk projek syarikat itu di tolak. Tetapi kertas cadangan dhia di terima dan di puji ideanya. Aimi merasa marah teramat dan dia merancang untuk melakukan sesuatu kepada dhia. Pada suatu malam, dhia pulang lewat kerana ingin menyiapkan kerjanya. Dia pulang ketika jam hampir menunjukan pukul 10.30. Dia segera mengemas barang dan berangkat pulang. Ketika dalam kereta dhia merasa bagai ada sesuatu yang tak kena. Dia cuba berfikir, tetapi tidak dapat. Akhirnya dia membiarkan saja perasaannya apabila dia semakin hampir ke rumah. Dhia memarkirkan keretanya di hadapan rumah dan turun dari kereta untuk mengunci pagar. Dia membuka pintu rumahnya dan apabila dia melangkah ke dalam terasa ada sesuatu yang memukulnya. Tetapi, dia tidak dapat berbuat apa, dia terus pengsan. Apabila sedar dia melihat aimi berada di hadapannya yang sedang terikat di kerusi. Dhia ketakutan apabila melihat aimi memegang sebilah parang. Aimi meluahkan segala yang dia rasa kepada dhia. Dendamnya, bencinye dia pada dhia. Dhia tak mampu berkata apa-apa, dia hanya mampu menangis. Aimi memegang wajah dhia sebelum mengelar wajahnya. Dhia menjerit kesakitan sebelum aimi menyumbatkan kain ke mulutnya. Dhia tidak mampu bersuara. Aimi merasa seronok melihat dhia menderita. Dia ingin melihat dhia kesakitan. Aimi melukakan anggota tubuh dhia sedikit demi sedikit. Mulut dhia di potong hingga ke telinga, mata dhia di cucuk hingga hancur. Perut dhia di hiris-hiris sehingga hampir menampakkan ususnya. Dhia tidak lagi bersuara. Dhia kini terkulai tidak bernyawa. Aimi tersenyum puas melihat dhia terkulai tidak bernyawa. Dia menurunkan mayat dhia ke lantai sebelum memotong dhia kepada beberapa bahagia. Kemudian aimi membungkus anggota tubuh dia yang bercerai kepada beberapa bahagia. Aimi menanam mayat dhia yang di kerat2 di tempat yang berlainan. Dia merasa puas hati kerana dhia telah mati. Seminggu selepas itu, mayat dhia ditemui di belakang rumahnya. Semua anggota tubuh dhia telah di jumpai tetapi hanya kaki sebelah kanannya tidak di temui. Kes pembunuhan menjadi topik hangat ketika itu. Tetapi meraka tidak tahu siapa yang membunuh dhia. Sehingga kini, jika ada sesiapa yang menyewa rumah itu, mereka akan terdengar suara orang menangis di belakang rumah. Jika mereka membuka pintu belakang dan menegurnya, mereka akan melihat seorang gadis tanpa sebelah kaki sambil bertanya "nampak kaki saya tak?". Sehingga kini,bayangan dhia masih lagi berkeliaran disekitar rumahnya dan mencari kakinya yang hilang.

Owh, lupa nak kenalkan nama aku. Nama aku dhia.  kalau terjumpa kaki aku nanti, tolong pulangkan ye. Aku di belakang korang je.

Seram AkalWhere stories live. Discover now