" Eh takpe takpe. Tak perlulah sampai awak buat macam ni. malu orang tengok. Duduk lah. " Taehyung mengukirkan senyuman yang agak manis. Hae In tersengih seraya duduk berhadapan dengan Taehyung.

" Ada bawak dokumen yang saya pesan tadi. " Soal Taehyung seraya meneguk secawan kopi panas. Hae In menganguk anguk. Dokumen berwarna coklat gelap itu di letakkan di atas meja.

Eh sekejap. Kenapa dokumen ni nampak janggal sekali. Adakah Oh Sehun sudah menukar kulit dokumen itu. Ugh Nevermind.

" Ini dokumen dia. Saya dah siapkan semalaman. Penat tau Tuan. " Hae In tersengih sengih mahu mengusik Taehyung.

" Baiklah. saya akan tengok dulu. " Taehyung meraih dokumen itu. Diselak sehelai demi sehelai diikuti dengan kerutan di dahi.

" Huh kenapa Tuan Taehyung? Ada apa apa yang tak kene. " Soal Hae In risau. Apa isi dokumen itu tak memadai ke. Taehyung mengeleng geleng. Di pasang wajah series lantas memandang wajah Hae In tanpa berkelip.

" Awak pasti awak tak salah dokumen. " Soal Taehyung sambil mengerutkan dahi. Hae In menganguk anguk. Dia pasti dia tidak tersalah ambil dokumen.

" Saya pasti. Itulah dokumen yang saya siapkan semalaman. "

" Macam mana aset Syarikat ni ada dekat awak. " Taehyung menghulurkan dokumen itu kepada Hae In. Terkebil kebil gadis itu menyambut huluran.

" Tak mungkin. I-ini mesti kerja lelaki tak guna tadi. " Hae In mengembungkan pipi. Diletakkan dokumen itu semula di atas meja makan itu.

" Excuse me Miss Hae In. " Soal Taehyung lagi. Hae In mengeleng laju.

" Maafkan saya. Tadi saya terlanggar seorang lelaki yang mungkin buta lepastu dokumen kami tertukar. Oh no macam mana ni Tuan Taehyung. Saya tak nak dicop pencuri aset Syarikat ni lepastu masuk berita. Huhu ~ "

" Baiklah macam ni. Dokumen ini saya akan ambil. Kamu boleh tunggu saya di tingkat bawah. Dekat situ akan ada seorang pekerja bernama Haena. Tunggu saya disitu. Saya akan uruskan hal ini. " Taehyung bangun dari duduk diikuti Hae In yang semakin gelisah memanjang.

" Baiklah. Saya pergi sekarang. "

                  +++++++++++

          ++ Pejabat Jeon Jebon ++

" Jeon Jungkook. Apa semua ni. " Dokumen berwarna coklat cerah itu dilemparkan kepada Jungkook. Jungkook mengetap bibir sambil menunduk memandang lantai kosong.

" Mianhae Appashi. Jungkook tersalah ambil dokumen. " Jungkook masih menunduk tanda bersalah. Kalau bukan sebab perempuan terencat tadi sudah tentu mereka tidak akan menangguhkan mesyuarat.

" Siapa punya dokumen tu. " Soal Tuan Jebon lagi. Jungkook mengambil dokumen itu. Diselak satu persatu. Ini ialah gambar perempuan terencat akal yang sudah melanggar dia sebentar tadi.

tuk tuk tuk.

" Siapa. "

" Jeon Taehyung. "

" Masuk. "

" Ada apa nak jumpa appa. " Soal Tuan Jebon sementara tanganya masih ralit meneliti dokumen penting itu. Jungkook hanya diam membisu. Sungguh malas dia mahu bertikam lidah kerana hal remeh seperti itu.

" Ini dokumen aset Syarikat kita. Jungkook tersalah ambil. Ini semua salah saya sebab tinggalkan dokumen itu di meja Jungkook. " Taehyung menghulurkan dokumen berwarna coklat gelap itu kembali kepada Tuan Jebon.

" Huh baiklah. Kamu berdua boleh keluar dari pejabat. Dan jangan lupa kita ada makan malam dengan Pengusaha Syarikat bantal di Jepun. Anak perempuannya juga agak bersama sama datang malam ini. Pastikan kamu semua datang. "

Pesan Tuan Jebon lagi. Taehyung dan Jungkook menganguk serentak seraya menunduk hormat sebelum menapak keluar.

" Kenapa menipu. " Soal Jungkook tak puas hati. Taehyung hanya mengangkat kedua dua bahu tanda tidak tahu.

" Tidak salah. Jadi kau dah tengok dokumen P.A baru kau. " Soal Taehyung sambil memandang wajah Jungkook dan dokumen coklat cerah itu silih berganti. Jungkook mengerutkan dahi tanda tidak tahu dan faham maksud Taehyung.

" Jadi perempuan bodoh ni P.A baru aku? "  Soal Jungkook sambil menayang nayangkan dokumen itu.

" Apa maksud kau dengan bodoh ? "

" Sebab dia lah aku dilanda masalah tadi. Aku tak suka dia. Pecat dia hyung. " Jungkook berkata selamba sebelum meletakkan dokumen itu kasar di atas meja.

" Hyung tak akan pecat dia. Oh come on dude. Berapa banyak lagi perempuan yang hyung perlu cari untuk dijadikan P.A kau. " Soal Taehyung lagi.

" No one. "

                    ***********

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now