LILI masuk ke dalam pejabat bosnya.  Serabutlah bos.  Tadi mintak aku cuci karpet.  Lepas tu, mintak buatkan kopi.  Bila aku buat, dia kata manislah, tawarlah, terlebih kopilah.  Haih! Serabut betullah aku.  Ini dia panggil aku untuk apa pun tak tahulah.  Nak suruh aku cuci tingkap pulak?
“Ye bos?” Lili berdiri di hadapan Ammar seperti biasa.  Manalah PA nak boleh duduk di kerusi depan bos.
Sit down…” aku tak salah dengar kan? Dia suruh aku duduk kan?
“Atas kerusi ni?” Ammar memandang pelik.  Yelah! Soalan pun soalah bodoh.
“Nak duduk atas lantai? Silakan…”
Hak alah bos ni! Kerek betullah! Selalu je nak buli aku.  Apalah yang dia ni tak puas hati dengan aku.
“Ada apa bos?”
Ammar memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.  Errr…kenapa pulak bos pandang aku macam tu pulak? Haih…ni mesti ada benda yang dia nak kenakan aku ni! Dia ni bukan boleh kirang sangat kadang-kadang.
“Saya nak cakap pasal hal peribadi.  Boleh?”
Saya? Saya? Errr…dia cakap saya tadi kan? Aku tak salah dengarkan?
“Bos demam ke?”
Ammar mengerutkan dahinya.  “Demam? Apa yang awak melalut ni?”
“Tak adalah…tiba-tiba dari I berganti dengan saya pulak?” pelik! Ini memang pelik sepelik alam.  Sah dia hilang akal.
“Bukan ke hari tu awak geli dengar saya I-you dengan awak? So, I change my call.  Kenapa? Tak suka? Kalau nak I-you boleh je,” Ammar cuba menguji Lili.
Errr…tak apa.  Saya-awak sudahlah eh? Baru sedap sikit telinga ni nak tadah…” dia tersengih.  Kalau I-you tak habis-habis, telinga aku ni boleh dapat kanser pendengaran.
“Ok, saya ada hal peribadi nak bincangkan dengan awak.  I hope you don’t mind?” keningnya dijongketkan.
Dia ni nak ngorat aku ke apa? Dok jongket kening dia pulak.  Dia ingat dia cukup hensem dah kot? Isy Lili! Apa yang kau melalut ni?
“Hal peribadi? Hal apa tu?” aku ada masalah negara ke dengan dia? Aku rasa tak ada pulak.  Peribadi kebenda sangat?
You know what my name is?” isy! Bos ni buat lawak antarabangsa ke apa? Ke dia ni amnesia? Takkan nama sendiri pun tak tahu?
Arrr…bos hilang ingatan ke?” Lili menekup mulutnya.  Alamak! Macam mana boleh terlepas Lili? Siot lah kau ni! Dia menampar mulutnya berkali-kali.
Ammar tersenyum melihat telatah Lili.  No wonder adik aku boleh jatuh hati dekat Lili.
No, I’m not amnesia.  I’m just asking.  What is my name? Full name,” soalan ditanya lagi.
Duh bos ni! Nak buat soal siasat pun agak-agaklah! Nak full name segala.  Speaking pulak tu? Aku tahulah aku ni bukannya terer BI!
“Ok…nama bos Syed Ammar Izzudin.  That’s it.  Is there anything wrong with your name?” ada benda yang dia cuba nak sampaikan kepada aku?
My father name?” ha arr kan? Apa nama ayah bos aku eh? Aduh! Bengong betullah kau ni Lili! Tapi, dari dulu aku tak tahu.  Aku hanya tahu nama bos aku Syed Ammar Izzudin je.  Tak ada pulak bin-bin ni.
Sorry bos, sebenarnya saya tahu.  Saya di inform kan nama bos hanya Syed Ammar Izzudin.  Dan saya tahu ayah bos ialah Dato Sri…that’s it,” jujur Lili.
Oh…dia tak tahu nama bapak aku? Patutlah dia rileks je.  Tak gelabah semacam pun.
My father name is Dato Sri Syed Baharudin.  My full name is Syed Ammar Izzudin bin Dato Sri Syed Baharudin.  Saya tahu awak mesti tahu kan siapa Dato Sri Syed Baharudin?” sengaja Ammar test Lili.
Lili pula terdiam seribu bahasa.  Dato Sri Syed Baharudin? Bukan ke Dato Sri Syed Baharudin tu a…ayah kepada Faliq?
“Apa yang bos cuba cakapkan dekat saya sebenarnya?” hatinya mula rasa tak tenang.  Haish! Mengganggu rentak jantung aku.  Jantung aku ni pun dah jadi tak teratur.
Have you known one of my families? Adik-adik saya?”
Sudah! Apa yang dia cuba nak cakap ni? Ya Allah! Apa bos aku cuba sampaikan? Janganlah cakap yang dia ni sebahagian daripada keluarga…
Yes! Saya salah seorang dari keluarga yang seperti awak fikirkan…”
Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikirkan sekarang ni.  Maknanya dia ialah abang kepada Faliq? Apa ini semua satu kebetulan?
It sounds like consider, right?” Lili menundukkan kepalanya. Argh! Kenapa aku nak berdebar segala ni! Lili! Kau ada masalah jantung ke?
“Adik saya bernama Syed Umar Faliq.  Kenal? Dia pernah belajar di sekolah sama dengan awak di Terengganu dulu.  Remember?”
“Apa yang bos nak cakap sebenarnya? Terus-terang jelah!” Lili mula tak senang duduk.
Nothing…cuma saya nak tahu satu benda je? Boleh?” pinta Ammar sambil memandang muka yang dilanda gelisah.
“Apa?”
“Awak cintakan adik saya?”
Zapp! Memang kena tepat! Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan macam ni jugak yang dia nak tanya? Perlu ke dia tanya soalan macam ni sedangkan dia tahu adik dia dah kahwin sekarang ni.
“A…ap…apa yang bos merepek ni? Saya? Cintakan adik bos? Mustahil!”
Then? Prove it,” senang sahaja Ammar membalas.
“Bos nak saya buktikan apa? Saya tak ada apa yang nak dibuktikan.”
“Awak tahukan adik saya dah kahwin?” ni kes nak serang aku ke apa? Tapi, apa motif dia nak serang aku sedangkan aku tak kacau pun rumah tangga Faliq sekarang ni.
“Ya…kejap bos! Kenapa bos tanya saya seolah-olah saya ni penjenayah rumah tangga adik bos eh?” ni yang buat aku tak puas hati ni.
“Saya tak cakap macam tu pun…”
“Habis tu? Bos asyik tanya saya seolah-olah saya ni pesalah!”
“Memang awak bersalah pun!” mata Lili membuntang. Aku? Salah? Apa yang aku dah buat?!
“Apa saya dah buat? Saya tak kacau rumah tangga diorang!”
“Awak kacau hati adik saya…” jawapan yang senang dan ringkas tapi padat.
Aku? Kacau hati dia? Sejak bila pulak ni? “Apa yang bos merepek ni? Sejak bila pulak saya kacau hati dia? Saya tak kacau pun.  Quratul yang kacau hati dia.  Kalau tak, kenapa Faliq boleh kahwin dengan Quratul sekarang ni?”
“Itu sebab dia tak pandai beza suka dan cinta…”
Hah! Lagi aku pening dibuatnya.  Haish! Sudah-sudahlah kalau nak merepek pun! Aku dah tak larat nak teka-teki ni.
“Bos…kalau bos nak merepek lagi, saya nak keluar.”
“Kenapa? Awak ada buat salah?”
Eiii! Geram aku dibuatnya dengan bos ni! Serabut betullah! “Ok! Apa yang bos nak saya buat sekarang?”
Ammar menayangkan senyumannya.  “Simple.  Balik ke KL dan jumpa adik saya.  That’s it.  Dia nak jumpa awak.”
No! Tak akan.  Saya tak nak…”
Why? Ini arahan bos awak tau?” hak alah! Guna kuasa veto pulak? Ini yang buatkan aku rimas ni.
You know what? Dalam banyak-banyak arahan bos, arahan yang satu ni saya tak boleh laksanakan.  Sorry boss!” Lili bangun melangkah keluar dari pejabat Ammar.  Itu satu arahan yang gila bagi aku.
Lili duduk kasar di kerusinya.  Ya Allah! Geramnya! Kenapa aku dapat kerja di ofis abang Faliq pulak ni?! Kenapa?! Aku baru sahaja dapat nak lupakan Faliq, tup tup abang dia pulak yang suruh aku jumpa Faliq! Dia mengeluh panjang.  Suruhlah macam mana pun aku takkan ikut.  Itu kerja gila namanya.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now