Syafiq hanya mengangguk, lalu menggosok belakang kepalanya sambil melemparkan pandangan ke ke tempat lain. " Ka-kau buat apa dekat sini?" Topik berjaya ditukar oleh lelaki sasa itu dengan melontarkan soalan pada Dani.

    " Teman Far makan."

    " Ehh, bukan dia selalunya tak makan de-"

     Bicaranya mati apabila telefon Rianna berdering, menandakan ada pesanan yang masuk.  Agak kuat juga bunyinya sehinggakan mati kata-kata Syafiq dibuatnya. Perlahan-lahan, dia mengeluarkan telefonnya.

     " Erk!"

    Bulat mata pasangan kembar, Lisa dan Syafiq tersebut apabila mendengar suara pelik datang daripada Ryna. Perlahan-lahan, mereka menoleh. Ingin menyibukkan diri membaca yang yang kini tertera di skrin telefon bimbit gadis itu.

    Lantas dengan itu, sekali lagi, Dani, Danish dan Syafiq menoleh memandang sesama sendiri. " Sejak bila?" Bisik mereka serentak.

*****

" Sejak bila kau rapat dengan perempaun tu?"

Semua yanga da kini sedang berkumpul di atas katil bersaiz king, mengelilingi Ariffin yang berada di tengah-tengah. Semua mata tepat memandang lelaki itu kecuali Farish. Ya. Farish yang terpaksa mengikuti perbualan mereka kerana diheret oleh Syafiq.

" Kenapa kau nak tahu?"

" Aik? Tanya pun dah tak boleh? Kawan dah lama kot. Apa main rahsia-rahsia ni, bro?" Rungut Syafiq.

Memang benar katanya itu. Sudah lama persahabatan mereka berlima terjalin. Sejak mereka masih berada di bangku sekolah menengah lagi. Dan tidak mungkin dia dpaat merahsiakan apa-apa dari mereka semua.

" Aku terserempak dengan dia hari tu masa jogging dekat taman. So aku ajak dia minum dekat kafe. Then just tukar contact number. Tak salahkan?"

" Bukan main lagi hantar Whatsapp ' Heyya, nanti kita dating jogging lagi tau?'" Ujar Danish sambil membuat gaya gedik. Dani hanya mampu tergelak kecil melihat gaya adiknya. " Dasar kasanova."

Ariffin hanya tersenyum kecil. Danish benar-benar faham dengan perangai pencinta wanitanya itu. " Haruslah, bro."

Nmaun tidak tahu mengapa, dia sepertinya tidak dapat hendak menambat hati Ryna. Bukannya dia tidak tahu, tapi dia tak mampu. Sepertinya ada halangan diantara mereka.

Gadis itu cantik dan comel. Jika sekali dia petik, berderet yang bertur bagi menagih perhatiannya. Namun semua ini tidak mudah baginya.

" Dah mula dah 'mati' dia tu lagi. Woi! Bangun lah! Termenung pula dia!"

Ariffin menjeling tajam smabil menetup sebelah telinganya apabila jeritan Syafiq berjaya membangunkan dirinya dari lamunan. Mungkin juga telinganya ini akan sumbat untuk beberapa hari. " Tak payah nak menjerit sangat lah."

" Far, kau lah pula tanya soalan." Kini yang lain mula menoleh memandang Farish yang tidak tahu bila masanya sudah berpindah duduk di meja menulisnya. Dan yang pasti gitar kegemarannya berada di tangan. " Satu soalan pun jadilah."

Farish menoleh memadnag Dani. Dari mata lelaki itu, jelas kelihatan kesungguhan abang kepada kembar itu ingin mendengar soalannya.

Pandangan kosongnya tepat memandang wajah Ariffin yang juga sedang memerhatikan dirinya. " Okay."

Mereka mula bersorak. Akhirnya lelaki poker ini bakal menggunakan mulutnya yang mungkin saja sudah berkarat kerana lama tidak digunakan.

Perlahan-lahan, Farish memusingkan kerusinya menghandap mereka yang berada di atas katil. Lama dia mendiamkn diri, kemudian, mulutnya dibuka perlahan.

" Do I look like I care?"

Serentak, mereka berempat mula merungut panjang.

Bantal yang ada sudah dihempas ke tepi. Syafiq yang beria-ria dari tadi kini terasa bagaikan hendak saja mencampakkan dumbellnya ke arah Farish. " Kau ni potong stim betullah."

Rungutan Syafiq sedikit pun tidak memeberi kesan kepadanya. Malah tanganya asyik dengan petikan gitar halus yang sedikit sebanyak menghiburkan hatinya.

Inilah perangai Farish. Hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Dia juga akan cuba mengelak daripada perbualan panjang. Dia tidak akan layan perbualan yang tidak mencapai tahap intelektual dan pemikirannya.

Dan sedaya upaya juga dia untuk membina sebuah dinding lutsinar.

Agar tiada siapa yang dapat mendekati dirinya.

Jauh ke dalam dirinya.



P/S :

Assalamualaikum and heyya guys! Okay first of all, mesti rasa bosan right sebab cerita ni a bit slow kalau nak dibandingkan dengan story sebelum ni right? But no worries since ( SPOILER ALERT ) kisah silam pertama yang akan dibongkarkan sekarang is kisah silam Ariffin! So stay tune cuz kisah silam dia yang akan diceritakan dulu. Tengok je dia macam ni, but actually Ariffin dan Farish share a deep bond and Ariffin kind of faham Farish. Tak nampak macam tu kan? Hahaha, so stay tune cuz this Casanova story will be reveal!!!




Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now