Matanya turun pada benda yang sedang dilakukan Danish. Begitu tekun dia menggunting pemadam hingga menjadi ketulan kecil.
Tak ada kerja.. Gumam Aulia. Kepala digeleng.
Tapi, ada sesuatu yang pelik. Aulia mengerling Danish lagi. Dia resah. Pemadam siapa tu? Tak akan Danish nak gunting pemadam sendiri, ye dok?
Bekas pensilnya diambil dan segala pen dan barang lain dikeluarkan untuk mencari pemadamnya. Tak ada!
Buku-buku yang berada di atas meja diangkat satu persatu. Begitu juga di meja Syaf dan Zafirul. Tak ada!
Mata Aulia sudah melihat ke lantai. Ke kiri, ke kanan, depan, belakang tapi tetap tak ada! Akhirnya dia mendekati Danish.
"Oit! Pemadam siapa tu?" Bisik Aulia
"Pemadam kau." Balas Danish selamba. Selamba dia je.
"What?!" Jerit Aulia hingga dia terdiri dan mengejutkan seisi kelas.
"Kenapa kau jahanamkan pemadam aku?!" Soal Aulia marah. Tangannya sudah digenggam. Mahu melayang buku lima dia nanti.
"Eh, kenapa ni Aulia?" Ustazah Hayati mendekati kumpulan meja mereka.
"Ustazah, dia jahanamkan pemadam saya. Saya baru je guna." Adu Aulia.
"Saya tak tahu pun tu pemadam dia." Kata Danish dengan muka selamba dan tak bersalah dia tu.
"Tak tahu? Aku punyalah besar gedabak tulis nama aku dekat pemadam tu, kau boleh cakap tak tahu?" Aulia sudah menyinsing lengan baju kadet polisnya dan memandang bengis pada Danish. Memang dia nak cekik je makhluk perosak ni.
"Sabar Aulia. Benda boleh bincang. Tapi di bilik pengetua, nak tak?" Ujar Ustazah Hayati.
Aulia serta merta memandang ustazah Hayati. Baru sedar yang dia sudah buat salah yang hampir bawa dia ke bilik Tuan Pengetua. Keluhan geram dilepaskan dan duduk semula.
Seraya itu loceng berbunyi tanda pertukaran waktu matapelajaran. Ustazah Hayati segera mengemas barangnya. Seisi kelas mengucapkan terima kasih.
Bila saja ustazah Hayati keluar dari kelas, Aulia terus menampar belakang badan Danish dengan kuat. Menjerit Danish kesakitan sambil tangannya menggosok tempat yang sakit. Bisa siot! Tangan besi ke apa minah ni?
"Sakitlah senget!" Tempelak Danish.
"Siapa suruh kau jahanamkan pemadam aku?!" Amek kau! Rasakan.
"Haha.. habis kau dengan selamba gajah je patahkan pembaris aku semalam boleh pula?" Balas Danish.
"Dah pembaris buruk kau tu masuk dalam wilayah aku. Lagipun kita dah deal kan?" Kata Aulia lalu menyilang tangan.
"Yes, dan pemadam busuk kau tu pun masuk dalam wilayah aku. Aku pun dah deal dengan kau. Lagipun aku tak balas apa-apa pun semalam kan?" Tak pasal-pasal makan penampar Aulia.
Aulia diam.
"Amnesia eh? Lupa deal kita? Oh! Aku lupa, otak kau kan senget. Mana boleh fikir dengan betul.." Kata Danish lagi menyindir.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...
KVSA | 19
Start from the beginning