Silau

54 0 1
                                    

" Mata awak ok.. power masih lagi 175 dua-dua belah, silau 50 belah kanan," Doktor muda berlesung pipit itu laju menuturkan kata-kata. Tak sempat untuk aku mencelah. " Jangan risau perasaan awak sahaja tu, biasalah kalau rabun selalu tersalah tafsir apa-apa imej pun," tenang doktor itu berbicara. Aku dah mula risau. Aku yakin, walaupun rabun..itu dia! Dia yang aku nampak..susuk tubuh yang cukup aku kenal! Siapa? Dia yang berada tersorok dalam rumah aku. Betul-betul tersorok.

Tertanya-tanya dengan kisah aku? Aku tak tahu nak mula dari mana. Yang aku tahu, dah sebulan benda pelik ni berlaku. Mata aku rabun, rabun jauh. Power? Macam yang doktor muda tadi beritahu. Daripada darjah lima aku rabun sampailah sekarang 21 tahun, power aku tak pernah meningkat, tak pernah menurun. Cuma, baru-baru ni aku rasa macam bertambah silau. Silau aku macam ada selaput bersinar di bola mata aku. Tak tahu nak hurai macam mana. Tapi tak selesa. Dua kali jumpa optometris, dua kali jumpa doktor mata, semua beritahu benda yang sama. Mata aku ok, rabun maintain..silau maintain..dan tak ada apa-apa selaput pada mata aku. Pelik? Ya, aku pun. Dan paling penting, perkara ni permulaan untuk aku nampak sesuatu dalam rumah aku.

Susuk badan yang selalu aku nampak tu sangatlah familiar... rasa macam deja vu. Pernah jumpa, tapi tak ingat di mana. Yang aku tahu, kerap nampak dia keluar dari pintu rumah. Bila buka pintu je, terus rasa silau menerpa mata aku. Dan yang aku perasan, susuk tubuh tu berkot, kemeja putih, tinggi lampai, kulit sawo matang, rambut tersikat rapi persis mamat-mamat yang kerja syarikat. Tapi, tu siapa? Bukan ayah aku, bukan abang aku.. Dia buat apa di rumah aku? Dalam sehari, dua kali aku nampak, waktu pagi, waktu petang. Dua-dua masa dia bersiap nak keluar.

Seingat aku, enam kali aku cuba beritahu ibu dan ayah. Ada orang lain dalam rumah kita. Tapi, macam biasa. Respon sinis yang aku terima. "Perasaan je Ellia, takkan hantu sekarang berkot kot...handsome ala-ala Edward Cullen pulak", Ok..tu perasaan aku je, imaginasi tinggi sangat kot.. Cuma, masih pelik..siapa kau? Apa kaitan dengan silau aku? Kenapa aku seorang je yang nampak? Buat apa dalam rumah aku? Kenapa rupa kau macam manusia normal? Kenapa waktu aku nampak je kau nak keluar? Hurmm...


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Yang Bukan AkuWhere stories live. Discover now