Saat aku ingin berpaling menuju ke bilikku,hampir hampir aku terlanggar papa di hadapanku. Pandangan papa saat itu begitu tajam menikam ke arahku membuat aku tertanya tanya.

"Astaghfirullah.. Buat terkejut orang je papa ni. Kenapa tak tidur lagi?" tanyaku pelik. Selalunya waktu waktu begini papa sudahpun lena.

"Ikut papa ke ruang tamu sekarang. No excuses." tanpa sempat aku membantah papa terlebih dahulu memberi arahan. Aku hanya menurut tanpa rungutan.

'Apa salah aku kali ni?'hatiku berdetik.

Papa mengambil tempat di sofa single manakala aku pula duduk di sofa bertentangan dengan papa. Riak wajah Tan Sri Hisyam amat menakutkan aku kerana seakan akan aku telah melakukan kesalahan yang begitu besar.

"Kenapa pa? Mai ada buat salah ke?" tanyaku lembut. Aku cuba untuk menghilangkan suasana awkward di antara kami berdua.

"Siapa Azraf Hasni?" tanya papa terus. Soalannya betul betul membuat aku terpana. Sudah sekian lama aku menanti gerangan tersebut sejak kali pertama bertegur sapa lebih kurang 2-3 tahun yang lepas.

Aku terkaku. Tidak tahu untuk menjawab apa kepada soalan papa.

"Jawab papa tanya Maisara! Siapa Azraf Hasni?!" suara tengkingan papa mengejutkanku. Bahuku turut terhinjut sama kerana terlampau gerun dengan suara papa yang tiba tiba memetir kuat.

Sempat aku menoleh ke bilik Kaisara seketika. Risau sekiranya lenanya terganggu akibat daripada suara papa yang tiba tiba sahaja naik seoktaf. Beginilah situasi Kaisara semalam apabila papa bertanyakan tentang Fahmi.

Tiada sebab lain yang mampu Sara beri mengapa dia bertindak kejam kepada Fahmi pagi tadi kecuali kerana papa. Sejak kematian mama, papa ternyata berubah seratus peratus. Hidup kami dikongkong sehabis mungkin sekiranya dia berpeluang.

Dia begitu takut sekiranya anak anaknya jatuh suka atau cinta pada orang yang silap seperti dirinya sendiri. Terlampau takut sehingga kami hampir hampir diberhentikan sekolah.

"Please pa.. Mai minta sangat papa tak akan apa apakan dia..Dia tak salah.. Mai yang salah.. Mai sukakan diaa...Tolong paa..jangan..." aku berlari ke arah papaku lalu aku memaut kuat kakinya.

Tanpa dapat dibendung,kali ini air mataku pula yang jatuh membasahi pipi. Aku bukan merayu hanya kerana ingin menyelamatkan diriku sebaliknya lebih kepada Azraf. Aku yakin dan pasti lelaki itu lelaki yang baik. Kalau tidak masakan aku begitu berani meletakkan harapan kepadanya.

"Kenapa Kai dengan Mai terlampau degil sangat ha?! Papa kata tak boleh maknanya sampai papa mati pon perkara itu takkan boleh! Kenapa Mai bodoh sangat ha?!" kakinya yang aku paut ditarik kasar. Dia melangkah pergi menjauhi aku.

"Kak..." suara Kaisara memanggilku mematikan tangisanku. Aku terpana. Aku tak mahu dia tahu apa yang sedang terjadi. Cukuplah dia menghadapinya semalam. Aku bukannya kejam ingin dia merasai perkara sama denganku saat ini.

"Sara!!! Masuk bilik!!" suara papa memetir kuat menakutkan kami berdua. Tanpa menunggu lama,aku mengganggukkan kepala kepada Kaisara sebagai tanda kepadanya untuk mematuhi arahan papa.

Dengar sahaja pintu ditutup,aku terus berlari menghadap papa. Tangannya aku genggam erat.

"Maafkan Mai..papa.. Mai janji..Mai akan buat apa sahaja untuk papa.. Tapi tolong paa.. Jangan apa apakan Azraf,Sara dan Fahmi..." rayuku separuh mati.

Kelihatan jelas pada bibir papaku,senyuman sinis terukir dengan megahnya. Tangannya yang lagi satu naik mengusap kepalaku yang tidak berbalut tudung.

"Macam nilah anak papa. Dengar kata.. Esok ikut papa ya.. Jumpa kawan papa.. Mai akan kahwin dengan anak dia tahun depan ok?" suara papa mula mengendur dan semakin lembut.

Terasa kepalaku dicium lembut olehnya. Serentak itu,tangisanku kembali berlagu. Papa sudahpun berlalu ke biliknya meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu itu.

Tangisanku semakin lebat tanpa dapat ku kawal. Aku yang sedang berdiri ketika itu mula melorot jatuh ke lantai. Kekuatanku yang tadinya aku salurkan kepada Sara kini hilang sepenuhnya.

Aku terduduk di atas lantai ruang tamu. Wajahku tertunduk tunduk apabila air mataku tidak ada tanda tanda ia akan berhenti. Raungan aku semakin jelas bersama esakan yang semakin tidak terkawal.

"Maafkan saya...Azraf.. Maafkan saya...." rayuku keseorangan.

Sama seperti keadaan Kaisara,kami berdua dipaksa dan terpaksa membuat pilihan yang kami sendiri tidak mahu. Pilihan papa untuk mengahwinkanku dengan rakan perniagaannya cukup merobekkan hatiku semakin parah.

'Kenapa paaaa?!?!' jeritku dalam hati.

'Ya Allah.. Tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan pertolongan Engkau..' rintihku.

Tbc~~

Ps:

Dah jelas. Reason kenapa Kaisara terpaksa hina Am seteruk teruknya semata mata untuk buat Am bencikan dia. N perasaan lovey dovey tu terus mati.

Nanti sis sambung macam mana Mai dengan Sara berani berjumpa dengan jejaka pilihan masing masing selepas itu.

Jeng jeng jeng.

N jaranglah perempuan tak terkesan bila ada lelaki yang caring gila pasal dia walaupon dari jauh. Sedikit sebanyak rasa tu ada an 😉😉

Same goes to Maisara. Nampak macam reject at the first place.. Tapi realitinya seperti di atas  😂😂

Klau sis rajin..sis sambung malam ni pulakk 😅😅😆😆😆

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now