Bab 1

40 1 0
                                    


Aku memandang Megat Fairuz dengan riak yang tenang meskipun dalam hati remuk tak terkata. Hampir saja tanganku ingin melayang ke pipi mulusnya tapi ditahan kerana dia sudah bergelar adik iparku sejam yang lepas. Ikutkan hati yang marah, mahu saja aku hempuk dengan pasu bunga besar yang tersusun di sebelahnya.

"Why?" akhirnya aku bersuara setelah lama menyepi. Dia hanya menunduk.

"Kenapa awak buat saya macam ni. Awak bertunang dengan saya, tapi aku kahwin dengan adik saya. Awak memang sengaja nak mainkan saya ke apa. I went to Spain only a month and you did this to me. How could you." Pipiku sudah basah dek air mata yang mengalir.

"I am sorry. Really sorry. Saya tahu saya salah." Hanya itu yang mampu Megat Fairuz tuturkan.

"Awak tau tak, saya rasa tertipu. Saya tahu saya ni membosankan. Saya tak macam adik yang pandai bergaya. Saya ni layak duduk kampung je."

Ibuku merupakan orang kampung dan aku lahirnya di sana. Tetapi ayah merupakan seorang ushawan yang sangat berjaya. Ibu adalah isteri kedua ayah. Nak dijadikan cerita, isteri pertama ayah, Datin Maria tidak dapat melahirkan zuriat maka mama merangkangkap ibu tiriku menyuruh ayah untuk berkahwin lagi satu. Mama yang telah mengaturkan segala hal perkahwinan ayah. Hasil perkahwinan ibu dan ayah, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Ezekiel Aiman yang merupakan abang ku dan Deany Aiman iaitu aku. Tapi sayang, ibu pergi meninggalkan kami sebelum aku sempat mengenalinya. Kemudian, aku dan abang tinggal dengan ayah dan mama. Kuasa tuhan, selepas umurku setahun mama mengandung. Mama tidak pernah membezakan kasih sayang antara kami meskipun aku dan abang hanyalah anak tirinya. Ayah pergi tinggalkan kami semasa umurku lapan belas tahun. Semenjak itu, mama yang banyak menjaga aku dan abang sehinggalah sekarang.

Hatiku kini hancur lebur oleh perbuatan Megat Fairuz. Aku mencapai kunci Honda Jazz milikku. Lagi lama aku kat sini, lagi serbut aku dibuannya. Baik aku pergi tenangkan fikiran.

XXXXXXXXX

Drama air mata yang baru disaksikan tadi memang membuatkan hati Qaleesya Aiman puas. Dia sangat senang hati apabila melihat kakaknya sengsara. Perasaan cemburu yang melampau dalam dirinya menyebabkan dia sanggup membuat apa sahaja. Dari dulu lagi dia cemburukan kakaknya itu. Bagi dirinya, mama melebihkan kakaknya sedangkan kakaknya itu hanyalah anak tiri. Tambahan lagi, semasa di sekolah dahulu Deany Aiman sangat popular oleh kerana kecantikkan dan kepandaiannya.

"Padan muka kakak."

XXXXXXXXX

Aku melemparkan pandangan kosong. Tasik yang cantik di hadapanku tidak lagi dapat mengubati pedihnya hati. Aku menapak perlahan-lahan mendekati tebing tasik. Anak-anak ikan berenang dengan bebasnya di tepian.

"Haila ikan. Seronoknya jadi engkau. Tak ada masalah." Aku menggumam sendiri. Leka melihat ikan-ikan yang tidak bersalah berenang.

"Hey awak." seseorang menegurku. Aku bangun lalu menoleh seratus lapan puluh darjah ke belakang. Macam kenal mamat ni.

"Awak kut ye pun nak try swimming, kat sini bukan tempatnya. Kolam renang banyak. Kalau tak malu boleh datang berenang rumah saya."

Aku mencebik. Eleh, nak cakap rumah dia ada kolam renang la tu.

"Ingat saya ni gila nak berenang kat sini."

Lelaki tadi senyap tapi matanya tidak lepas dari memandang wajahku. Dah sewel agaknya mamat ni tapi muka macam kenal.

"Snow white." Bibirnya menuturkan sesuatu.

"Pardon?" Aku hanya mahukan kepastian. Dalam dunia ni ada seorang je yang panggil aku Snow White.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Snow White MelayuWhere stories live. Discover now