Mereka bertiga berlalu ke ruang tamu yang menyakitkan telinga.
Lebar sengihan Airin bila menangkap sosok tubuh Taehyung yang sedang duduk di meja bar dengan secawan wine.
"Oit." Dia menyucuk bahu lelaki itu. Terhinjut sedikit tubuh Taehyung dek kerana terkejut. Bibirnya mula koyak dengan senyuman apabila matanya tertancap pada Kim Airin.
Gadis itu mengambil tempat di hadapan Taehyung, menongkat dagu memandang lelaki itu.
"Awak minum?"
"Stress." Balas Taehyung sepatah.
"Kena tinggal dengan girlfriend ya?" Airin menduga, ingatkan Taehyung ini suci. Tak adanya nak ambil port dalam minum-minum ini semua. Tapi sebaliknya.
Lelaki itu tersengih.
"Bukan kena tinggal dengan girlfriend. Crush saya kahwin dengan orang lain." Mata Airin membundar, patutlah. Bisik hatinya, masih belum dapat menangkap maksud kata-kata lelaki ini.
"Sabarlah, saya kan ada."
"Awak pun dah kahwin juga, kan?" Taehyung jungkitkan kening. Tidak banyak dia minum untuk bercakap benda-benda yang tidak sepatutnya.
"Ya. Tapi disini adaku, bukankah aku temanmu? Yang ku ingin hanyalah senyumanmu~" Taehyung ketawa kecil.
"Awak datang seorang?" Soal Airin lagi.
"Tak."
"Datang dengan siapa?"
"Jungkook dengan Ara. Ada dekat ruang tamu tengah menari mungkin." Airin mengangguk faham.
"Awak suka ke Jimin buat parti? Bingit. Ramai orang. Semak." Taehyung berbisik perlahan, takut-takut Jimin muncul di hadapan mereka secara tiba-tiba.
"Rumah dia." Ringkas Airin menjawab.
"Rumah awak juga."
"Awak tak suka parti ya?" Tamya Airin ingin mengubah topik. Malas hendak berbalah tentang Park Jimin.
"Tak, saya tak suka crowd."
"Samalah kita." Jarak antara dapur dan ruang tamu agak jauh, jadi bunyi lagu yang berputar bingit tidaklah sampai pada pendengaran mereka bila berada di sini.
"Tak ada tempat yang lagi aman ke? Rasa macam nak lari kejap dari sini." Taehyung bersuara.
"Awak nak pergi mana?"
"Awak nak teman saya tak?" Taehyung menyoal kembali.
"Pergi mana?"
"Mall? Pantai?"
"Jimin..." percakapan Airin dipotong dek Kim Taehyung.
"Jimin kalau dah ada kawan-kawan rapat dia. Tak adanya nak fikir hal lain dah. Tambahan pula ada Aera, saya pun dia lupa." ujar Taehyung berjauh hati.
"Kita balik awal, jmm?"
Taehyung senyum lebar.
"Baik."
⚊▶⚊
"Cantik?" Suara Taehyung mematikan lamunan Airin yang ralit melihat cincin bertatahkam berlian di kedai emas terkenal Tiffany&Co.
"Ya. Cantik." Airin memandang Taehyung sekilas sebelum kembali merenung cincin di dalam kaca perhiasan. "Nak?"
Taehyung bersuara."Kalau nak, saya belikan." sambungnya lagi, lelaki itu memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket.
YOU ARE READING
[C] PJM ⚊ Only You
Fanfiction🌙 - I guess I was getting kinda used to being someone you loved? I wrote this when I was like thirteen? So please bear with it :)
Part 17 : Insiden
Start from the beginning