Diperhatikan Haqiem yang sedang menghidupkan enjin tetapi masih tidak berjaya. Percubaan kali kedua juga gagal. Haqiem segera membuka bonet yang sudah terbuka. Lelaki itu membelek enjin. Diperhatikan satu per satu. Hikmah sendiri tidak tahu apa yang dibelek oleh abang tirinya itu.

"Semalam kau bukak lampu ke?" tanya Haqiem lantas matanya tepat memandang ke arah wajah bersih adik tirinya itu.

"Lampu? Lampu apa?"

Hikmah tidak faham soalan Haqiem. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Haqiem mengeluh. Mata dijulingkan ke atas. Susah bercakap dengan budak blur macam Hikmah ni. "Lampu kereta ni la. Kau ada bukak ke semalam sebelum masuk rumah?"

Hikmah menggelengkan kepalanya. Sama ada gelengan itu bermaksud tidak ataupun tidak pasti, itu dia kurang pasti.

"Kenapa dengan lampu kereta Hikmah ni Haqiem?" Tiba-tiba mama menyampuk.

"Mungkin bateri kong💥, ma. Sebab tu kereta tak boleh start," jawab Haqiem. Macam yakin aje jawapannya itu adalah benar belaka.

"Habis tu macam mana? Kamu tak boleh baiki sekarang ke?"

Haqiem menggelengkan kepalanya.

"Mana boleh baiki, ma. Kena pakai jumper untuk cas bateri ni balik. Kalau tak, kena bawak ke workshop la," jawab Haqiem lalu segera menutup boner kereta Hikmah.

"Habis tu berapa lama nak tunggu cas?"

Hikmah semakin risau. Jam di tangan dibeleknya. Sudah hampir pukul lapan pagi. Mesyuarat bermula pada pukul sembilan pagi. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja pula memakan masa dalam empat puluh minit. Kalau nak tunggu bateri dicaskan, tentu dia kena ambil cuti kecemasan hari ni. Tetapi dia tak boleh ambil cuti! Mesyuarat kali ni sangat penting baginya. Takkan nak tangguh?

"Depends la. Dalam sejam macam tu."

Rahang bawah mulut Hikmah jatuh! Dia terkejut. Satu jam!!!? Mak aih!!

  "Urgent sangat ke Mah?" Tanya mama.

  Hikmah mengangguk laju. Matanya sudah berair. Dia tak tahu nak buat apa lagi.

  "Penting, ma. Hikmah tak boleh postpone meeting ni," ujar Hikmah beria-ia.

  Dia mengharapkan keaijaban bakal berlaku. Mana tahu, tiba-tiba enjij kereta boleh dihidupkan? Hikmah segera merampas kunci kereta daripada tangan Haqiem. Kalau dibiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan, sampai esok pun takkan selesai.

  "Haqiem, kamu hantar Hikmah boleh?" pinta mama.

  Hikmah berkerut dahi. Apa yang mama merepekkan ni? Nak mintak mamat sengal ni tolong dia? Oh , tidak! Tak mahu la!

  Riak wajah Haqiem berubah sejak tatkala mendengar permintaan ibu tirinya itu. Dia juga mengejar masa. Lagipun, laluan ke pejabat Hikmah tidak sama dengan laluan ke pejabatnya. Kalau dia hantar Hikmah, pastinya dia harus berpatah balik untuk masuk ke jalan lain. Dengan kesesakan lalu lintas lagi. Mati la dia kalau dia terpaksa masuk lewat ke tempat kerja hari ni.

  "Errr...tapi...."

  "Please! Mama merayu sangat. Haqiem, kan anak mama yang baik? Sekali ni aje. Hikmah betul-betul urgent tu. Kalau nak tunggu cas bateri kereta ni, tentunya ambil masa yang lama."

  Haqiem mati kutu. Takkan nak tolak permintaan mama pulak, kan?

  "Mama, takpelah. Hikmah boleh telefon teksi." Hikmah menolak. Tak sanggup dia nak suruh mamat depannya ini menghantarnya ke tempat kerja. Karang sepanjang perjalanan, tentu cair tahi telinga dia bila mendengar bebelan lelaki itu nanti.

Perfect Match!Where stories live. Discover now