"Cepat bagi tahu abang , sayang nak abang buat apa untuk kemaafan abang paksa sayang mandi air terjun. Hee ~ " segaris senyuman ditayangkan. Nasib bukan creepy smile dah. Ini senyuman ikhlas.


"Panjat pokok rambutan kat luar. Penuhkan satu raga. Nak bawa balik keyel nanti. Lepastu nak makan banyak-banyak. Boleh ke tidak abang ? " kenyitan manja diberi.



"No problem lah sayang. Setakat pokok tu , celah gigi je. Lagipun bukan tinggi sangat. Abang dulu tarzan tau dekat kampung abang. " Nak jadi tombiruo lah tu. Macam zul ripin.



"Ye la abang. Tarzan ? Hahah. Tak sangka suami sayang ni tarzan. Abang pakai baju tak masa jadi tarzan ? Haahahhah "


"Tak , nama pun tarzan. Sexy kan ? " soal aliff sengaja mahu menguji kecemburuan armel.


"Sexy lah sangat " gaya hendak muntah dibuat.


"Armel ! Aliff ! Menangis anak tu. Buat apa dalam bilik lama-lama tu  ? " laung mak andak lagi. Bukan nak kacau , tapi dah 30 minit. Nak cakap tidur , tadi elok je menyahut.



"Kejap mak andak. " aliff menarik tangan armel. Ciuman hangat singgah di pipi armel. Denda katanya , sebab usik lebih-lebih. Eleh dia pun usik lebih malah kejam!


"Sayang la ni kacau abang.  Sampai abang rasa nak... Hehehhe " aliff menyalahkan armel semasa dalam perjalanan ke ruang tamu.


"Ehh , dia yang kacau orang dulu. " satu tamparan padu hinggap pada bahu. Tak lupa juga cubitan halus tapi berkesan singgah pada pinggang aliff. Rasakan , nak sangat kann.


"Mummy , daddy... " rengek zhafran menangis. Gaya merajuk pun ada. Nasib awaklah zhafran , ada parents yang rajin berdating.


"Sorry zhafran , mummy ni kurung daddy dalam bilik. Tak bagi daddy keluar. Her fault." ujar aliff sambil mencium pipi zhafran. Merajuk pulak anak daddy ni.

"Abang ! Tadi mummy nak keluar dah sayang , tapi daddy yang tarik. Daddy fault not me ! Abang , apa ni tipu ! " tegah armel pula. Amboi suka je nak memujuk anak dengan letak kesalahan dekat aku. Memang nak kena dia ni. Tunggulah !



"Ergh , shut up ! " marah zhafran. Apa ni , dah tua gaduh-gaduh. Saya tengah merajuk ni.


"Sorry zhaf " ujar mereka serentak. Tangan diangkat tanda menyerah kalah.



"Zhafran nak pergi jalan-jalan ya ? Malam ni kita pergi night market okay. Best gila tau kat sana. Zhaf suka makan apam balik kan. Dekat sana ada jual tau. Daddy kita tinggal kat rumah. " sengihan armel kepada aliff agar mereka dapat membuat satu scene bagi zhafran dapat melupakan rajuk tadi.



"Alooo , kenapa daddy kena tinggal ? Betul ke zhafran ? You don't want bring me along ? " aliff memuncungkan bibirnya.


"Mummy , i love daddy. Can we bring daddy ? " soal si kecil zhafran.



"Of course yeah ! " mereka sekeluarga ketawa bahagia. Usik mengusik di antara mereka menambah kebahagiaan.



"Lah susu dah habis ke ? Abang , buat susu kejap ya sayang. " aliff berlalu ke dapur bersama botol susu.

~

Lina datang ke rumah mak andak. Niatnya nak makan tengah hari disitu. Lauk yang dimasaknya tadi dibawa bersama. Biasalah orang kampung , kalau orang datang , pasti ajak makan bersama jika tiba waktu makan. Tambahan lagi hubungan rapat antara mak andak dengan lina.

"Aliff , duduklah dulu. Biar mak andak yang bancuhkan. " botol susu di ambil dari tangan aliff.

Aliff duduk kekok di hadapan lina. Hanya segaris senyuman biasa dilemparkan tanda hormat. Air nescafe yang sudah siap sedia ditung diteguk. Hilang mengantuk dan dahaga.


Omg , aliff senyum kat aku. Ok kawal ayu , kawal. Memang jodoh ke apa ni. Masa aku sampai , aliff pun ada jugak. Lina sudah suka. Crush depan mata !


"Nama awak siapa ? Duduk dekat mana ? " soal lina. Nak tanya nama pun nerves weyy ! Lina merenung aliff yang mencicah biskut ke dalam air nescafe. Lah suka minum nescafe ke. Lepasni nak minum nescafe setiap hari jugak.


"Saya ? " soal aliff pelik. Aik.  Tanya nama aku ? Ke ada orang lain belakang aku. Aliff menoleh sekitar. Takde orang , takkan nama mak andak kot.


"Hehehe lawak la awak ni. Ya nama awak. " tangan lina memukul lembut bahu aliff yang berlapikkan baju jersi kedah.



Amboi minah ni , nak gelak , gelak jela. Tangan tu takyahlah merayap kat mana-mana. Aku hormat kau sebab kau jagakan mak andak time wife aku takde.
Aliff berasa tidak selesa dengan perlakuan lina.


"Aliff rayyan , kual lumpur. Suami kepada tengku armel diana. " akiff menekan perkataan suami. Bagi sedar sikitt dia ni.



"Saya halina " sekali lagi salam dihulur. Senyuman yang paling manis dan ayu ditunjukkan.

"Bukan mahram " ujar aliff.


"Sorry , saya harap kita dapat berkenalan dengan lebih lagi. Mengenali each other. Saya harap awak tak sombong. " ujar lina mengusir malu.

"Nah aliff , mak andak dah bancuh " hulur mak andak sebotol susu suam.

"Terima kasih mak andak" aliff berlalu pergi. Nasib mak andak ada je. Kalau tak aku siku kepala hang. Jeling aliff ke arah lina.



Lina hanya senyum tersipu malu. Dia tengok aku lagi lah. Jawline dia dari tepi !!! His eyes. Damn hot ! Nanti kita jumpa lagi ya sayang. Bisik hati lina yang masih setia merenung aliff hingga aliff hilang dari pandangan.


"Kejap lagi kita makan tengah hari sama-sama. " pelawa mak andak. Lina umpama anak angkat mak andak. Lina bukannya jahat sangat. Cuma gatal je. And nak sakitkan hati armel.


"Abang buat apa dengan lina "
Satu soalan yang gerun terpacul keluar selepas aliff duduk di sebelah armel.

Rasanya armel percayakan aliff tak ?

Stay tune ! Thank you yang vote. I hope you guys have a nice day. Dear silent reader , kalau taknak vote pun , at least follow me back untuk more update. Sayang semua ! Please comment for your opinion.
Vote yaaa for more update

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now