My love , Obsession Doctor - End -

Start from the beginning
                                    

" Hyemin - ah , aku pulang untuk tuntut hak aku kembali. Buat apa aku kembali dalam keadaan kau seperti ini ? Baik aku mati saja "

●●●

Bukk.

Wajah pekerjanya ditumbuk kuat. Tak dia menyangka bahawa di kawasan itu mempunyai cctv dan cctv tersebut langsung tidak dihack  oleh semua pekerjanya sebelum dia bertindak.

" Kenapa kau tak cakap dengan aku terlebih dahulu ? "

" Sebab saya fikir , bos nak lancarkan rancangan ini minggu depan. Saya langsung tak buat persediaaan tentang itu " Dan sekali lagi pekerjanya itu ditumbuk oleh Yoongi.

" Bodoh ! kerja senang pun nak bagi seribu alasan. Kalau aku kantoi , aku akan heret korang semua sekali. Jangan harap sesiapa terlepas "

Lelaki itu mundar - mandir di dalam pejabatnya. Kini dia sudah mati akal. Segala rancangannya untuk menghapuskan Hyemin kian gagal.

Dan pastinya , pihak polis dapat mengecam suspek percubaan membunuh itu adalah dia. Tak disangka tempat dimana dia ingin melanggar Hyemin mempunyai beberapa buah kamera tersembunyi.

Dan pastinya , ia merakam segalanya.

Tidak sampai setengah jam , pihak polis telah mengelilingi pejabatnya. Nampaknya dia benar - benar hancur.

" Kami dari jabatan Jenayah Seoul , ingin menahan Tuan Muda Min atas tuduhan cubaan membunuh Cik Muda Min "

●●● 

Perlahan - lahan Hyemin membuka kedua matanya. Dia baru tersedar dari pengsannya yang sudah melarat hingga 3 hari. Sepanjang ketidaksedarannya dia asyik bermimpi tentang Taehyung.

Dan itu agak menyedihkannya kerana dia amat merindui lelaki itu. Dia benar - benar menyesal akan kelakuannya dahulu. Dia ingin lelaki itu kembali.

Terngiang - ngiang lagi suara Taehyung yang menerpa telinganya ketika di dalam mimpi tersebut. Dia tulus mencintai lelaki itu.

" Hyemin - ah , aku pulang untuk tuntut hak aku kembali. Buat apa aku kembali dalam keadaan kau seperti ini ? Baik aku mati saja "

Airmatanya jatuh saat dia terkenang akan ayat yang diucap itu. Ayat itu , seakan - akan dilontar saat dia terjaga dari tidurnya. Bukan hanya di dalam mimpinya.

Dia memandang permandangan di hadapannya , tiada sesiapa yang berada di dalam wad itu sekarang. Hyemin memandang ke arah jam tangannya yang terletak di atas meja.

3.01 a.m

Patutlah dia terasa sepi. Sekali lagi Hyemin mengeluh lemah. Dia meneguk beberapa cawan air. Berada di bawah sedar selama 3 hari cukup membuatkan dia dahaga.

Namun di otaknya , masih lagi dia memikirkan keadaan Taehyung sekarang. Apakah yang berlaku kepada lelaki itu ?  Tahukah dia bahawa dirinya sekarang terlantar di hospital.

●●●

" Yoongi - ah , sanggup kau buat adik kau sendiri ? Sanggup kau nak bunuh dia hanya sebab harta ? Apa yang ada dalam kepala otak kau ni Yoon ! " Marah Tuan Min kepada anaknya. Sungguh dia tak sangka anaknya terlibat dalam kes jenayah seperti ini.

Yang lebih mengejutkan , jenayah yang dilakukan melibatkan adiknya sendiri. Darah dagingnya sendiri.

" Tch , sebelum ni. Ada Appa fikir perasaan Yoon ? Bila dah jadi macam ni. Appa buat - buat baik , tak sangka ? Ini yang Appa nak kan ? " Tengking Yoongi. Dia tak tahan lagi , dia tak perlu menahan perasaannya lagi ketika ini.

" Appa ada rancangan yang lebih baik untuk kau Yoongi. Tapi kalau dengan sikap kau yang macam ni. Lebih baik Appa tukar fikiran je "

" Kenapalah , kau ni tak mati sama macam anak kau dulu ? oh lupa , kau sayangkan dia. KAU SAYANGKAN DIA SAMPAI KAU ABAIKAN AKU ! SIAL" Dan akibatnya , dia menerima tamparan hebat dari Puan Min. Bukan daripada Tuan Min.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now