Dia sempat menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada aku sebaik sahaja aku sampai kepadanya yang sedang berada di hadapan pintu gerbang yang sebesar-besar alam ini.

"Awak ke yang panggil saya tadi?"tanyaku kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini.

Aku memandang lelaki itu.Mukanya kelihatan sangat kacak dan berseri-seri.Bibirnya juga tidak lekang daripada mengukirkan senyuman manis berbentuk petak.Auch,hatiku sudah mula mencair dengan senyuman petak dia tu.

Siapa sebenarnya lelaki yang berada di hadapan aku ni?Let me guess.Takkanlah dia bidadara aku kut?Kalau betullah dia bidadara aku,akulah perempuan yang paling bertuah sekali.

Wuissh,dahlah muka handsome mampos suara dia pun kemain lagi merdu lemak manis.Mengalahkan Mr V,penyanyi lelaki pujaan aku masa aku kat dunia dulu.

"Yes.Jom ikut saya."ajak lelaki itu lantas mencapai dan memegang erat tanganku.

"Kita nak pergi mana?"soalku kepada lelaki itu.

"Saya nak bawa kita keluar daripada sini."balasnya sambil memandang aku.

"Kenapa awak nak bawa kita keluar daripada sini?Saya suka tempat ni.Kat sini saya boleh terbang dan tidur atas awan.Awak tak suka tempat ni ke?"soalku lagi sambil memandang lelaki itu untuk meminta penjelasan.

"Saya pun sebenarnya suka sangat tempat ni.Tapi,kita berdua tak boleh berada di sini.Ini bukan tempat kita.Kita tak sepatutnya berada kat sini lagi."jelas lelaki itu sambil memandang aku lagi.Wei,dia asyik pandang aku je.Ha,mencairlah aku di di sini.

Aku dan lelaki itu terbang bersama-sama sehinggalah kami sampai di sebuah lagi pintu gerbang.Tetapi,pintu gerbang kali ini lebih kecil sedikit berbanding pintu gerbang tadi.

"Saya boleh hantar awak sampai sini sahaja sebab pintu gerbang kita berlainan.Saya punya sebelah sana.Saya pergi dulu."beritahu lelaki itu sambil terbang ke arah pintu gerbang yang terletak di sebelah kananku.

"Thanks sebab dah hantar saya sampai sini.By the way,awak ni siapa sebenarnya?Nama awak apa?"tanyaku buat kali terakhir sebelum berpisah dengan lelaki itu.

"Saya penyelamat awak.Nama saya?Awak akan tahu juga nanti.Lepas ni,kita akan berjumpa lagi.Selamat tinggal."ucap lelaki itu sebelum terbang ke arah pintu gerbang.Sempat lagi dia wink kat aku.Omg my heart is...

"Bye,penyelamatku."balasku kembali kepada lelaki itu sambil tersengih-sengih macam kerang wangi.

"Awak,sebelum saya pergi saya nak hadiahkan awak benda ni."

Lelaki itu yang ingin memasuki pintu gerbang berpatah balik dan terbang ke arahku pula.Dia menatap wajahku lama sebelum tanganku segera dicapai olehnya.Kehangatan tangannya yang sedang menggenggam erat kedua-dua belah tanganku dapat dirasai.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah tampannya itu.Matanya meneroka ke segenap ruang mukaku sebelum berhenti di suatu tempat.

Bibirku.

Dia mendekatkan muka dengan mukaku.Pinggang rampingku juga dirangkul kemas olehnya.Hidung mancung miliknya didekatkan sehingga hidung kami berdua saling bersentuhan.Helaan nafasnya dapat didengari olehku.Dia sempat mengelus lembut pipiku sebelum...

Bibirku dan bibirnya akhirnya bertemu.Aku juga membalas ciumannya itu.Apa dah jadi dengan aku ni?Selalunya aku ni anti sangat dengan lelaki.Sekarang ni aku siap kiss dengan lelaki lagi.Lelaki yang aku tak kenal pulak tu.

Macam mana kalau dia perogol bersiri?Ataupun pembunuh bersiri?Mamposlah aku.Kejap,bukannya aku dah mampos ke?Okay aku confuse.Aku ni sebenarnya dah mati ke belum?Ke roh aku masih di awan nano?Ermm,whatever la.Malas aku nak pikir.

"Awak suka tak hadiah saya?Saya pergi dulu ye.Bye."balasnya sambil melambaikan tangan kepadaku.

"Suka."balasku perlahan sambil tanganku ligat membalas lambaiannya itu.(Awat gediks sangat cik sarang kita ni)

Lelaki itu kemudiannya terbang meninggalkan aku menuju ke arah pintu gerbang.Aku pulak masih tersipu-sipu malu akibat kejadian bibir bertemu bibir tadi.Mukaku sudah mula terasa hangat membahang-bahang.Kalau goreng telur atas muka aku pun boleh masak ni.

By the way,cute la jerawat atas kening sebelah kanan awak tu.I like."ucap lelaki itu sebelum terbang melepasi pintu gerbang sambil tersenyum manis.

"Jerawat?"












Hai smua,sorry sbb author lambat update..

Ni author dh update jgn lpa baca,vote dan komen tau.

Mesti korang nak tahu sarang ni sebenarnya dah mati ke belum?

Ha kalau nak tahu,stay tune to the next chapter ok.

Enjoy reading chapter 8

See you in the next chapter

Lots of love from me
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧Where stories live. Discover now