Helen sekadar mengangguk. Kelibat mak cik Laila dipandang sehingga menghilang.

"Seronok betul mak cik Laila tu bila kamu berkerja dekat sini". Ujar mak cik Zaima yang berdiri di samping Helen.

"Hrmm..mak cik Laila baik walaupun kadang-kadang macam tegas sangat".

"Yalah...kalau macam tu mak cik pun nak balik dulu. Dah lewat ni. Kamu baik-baik tinggal dekat sini".

Helen mengalihkan pandangannya pada mak cik Zaima. "Nanti mak cik tolong bagitahu Ailey yang saya tinggal dekat rumah ni buat sementara waktu kalau Ailey datang rumah mak cik ya?. Saya lupa nak bagitahu dia pasal hal ni".

Mak cik Zaima mengangguk. "Nanti mak cik bagitahu Ailey. Dah pergi masuk dalam, berehat. Dah seharian kamu bekerja". Balas Mak cik Zaima sambil menggosok lembut rambut Helen.

Senyuman Helen melebar. Tangan Mak cik Zaima yang menyentuh rambutnya dicapai lalu digengam lembut. "Helen masuk dulu. Hati-hati". Pesan Helen sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Bilik tidurnya dituju. Pintu dibuka lalu Helen meloloskan diri ke dalam. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Penat!. Rantai yang disembunyikan di dalam baju dikeluarkan. Kunci yang menjadi loket rantai tersebut disentuh dengan perasaan bercampur-baur. Saya rindu awak, Eray.

Kelopak mata Helen pejam perlahan-lahan. Baru sahaja Helen mahu terlelap, kedengaran pintu biliknya dibuka. Helen pantas menyembunyikan kembali rantainya sebelum turun daripada katil.

"Apa yang awak berdua buat dekat sini?". Soal Helen kurang senang apabila melihat dua orang lelaki yang merupakan anak buah Tengku Eray berdiri di hadapannya. Di dalam biliknya.

"Buat apa yang aku suruh".

Helen menoleh ke arah muka pintu biliknya apabila mendengar suara itu. Tengku Eray yang berdiri di situ dipandang dengan hairan. Apa semua ni?.

"Apa lagi yang awak nak buat Eray?".

Tengku Eray tidak menjawap. Kakinya diatur ke arah Helen. Dokumen yang berada di tangannya dicampak ke atas atas katil, berhampiran dengan tempat Helen berada. Matanya memberi isyarat kepada Helen supaya Helen mengambilnya.

Helen menurut. Dokumen tersebut dicapai. Kemudian, isi kandungan dokumen tersebut dibaca dengan teliti. Berubah wajah Helen. Kepalanya segera didongakkan, memandang Tengku Eray. "Apa ni?".

"Aku tak tahu pulak yang kau ni bodoh sangat sampai tak tahu membaca".

Helen mengetap bibir.

"Awak nak saya tandatangan dokumen ni?. Untuk bebaskan Eddy dan nak saya mengaku yang keterangan yang saya bagi pada pihak polis adalah salah..palsu". Kata Helen dengan wajah tidak percaya.

"Apa masalahnya?. Aku pasti keterangan yang kau bagi tu palsu". Balas Tengku Eray tanpa rasa serba-salah.

"Awak tahu tak yang saya boleh masuk penjara kalau saya tandatangan dokumen ni?. Saya boleh dipenjarakan sebab dah bagi keterangan palsu dan awak buat semua ni sebab nak bebaskan Eddy?. Saya ada bukti Eray. Ada bukti yang Eddy tu penjenayah!. Awak ingat saya akan tandatangan dokumen bodoh ni?". Helen mencampakkan dokumen ditangannya ke atas lantai.

Tengku Eray memandang dokumen yang sudah terdampar di atas lantai sekilas sebelum memandang Helen dengan senyuman sinis. "Nampaknya kau tak bagi aku pilihan lain. Aku selalu dapat apa yang aku nak". Tengku Eray memberi isyarat mata kepada dua orang anak buahnya.

Helen tersentak apabila salah seorang daripada anak buah Tengku Eray menolaknya jatuh ke atas katil. "Apa ni, Eray?!". Bentak Helen apabila lelaki dihadapannya mula naik ke atas katil. Mendekati dirinya.

"Apa?. Aku cakap yang aku takkan rogol kau tapi kalau mereka berdua ni..aku tak tahulah. Pilihan dekat tangan kau". Jawap Tengku Eray tenang lalu mula mengatur langkah ke arah pintu semula.

Helen tergaman. A..apa?. Kedua tangannya digengam erat. Dalam sekelip mata, satu tumbukkan dilayangkan ke wajah lelaki yang cuba mendekatinya sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Dengan pantas, Helen turun daripada katil. Seorang lagi anak buah Tengku Eray yang cuba menariknya, turut ditumbuk oleh Helen.

Kaki Helen atur ke arah Tengku Eray. Sebelah tangan Tengku Eray ditarik kasar menyebabkan Tengku Eray berpusing menghadapnya lalu Helen menghadiahkan satu tamparan kuat pada wajah Tengku Eray.

Tengku Eray terkedu.

"Awak dah melampau, Eray!!. Apa hak awak nak buat saya macam ni hah?. Apa?!!.". Marah Helen bengang. Bahu Tengku Eray ditunjal kebelakang dengan kasar.

"Kau...". Tengku Eray mengetap giginya kuat. "Berani kau tampar aku?. Tak ada seorang pun yang berani sentuh aku!. Kau memang..".

"Kenapa awak jadi macam ni, Eray?". Helen memotong kata-kata Tengku Eray. Rambutnya diraup kebelakang dengan kasar. Langkahnya diatur mendekat pada Tengku Eray. Sebelah tangan Helen memeluk pinggang Tengku Eray. Menarik Tengku Eray dekat adanya. Kemudian, perlahan-lahan Helen merebahkan kepalanya pada dada Tengku Eray.

"Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan dengan semua ni, Eray. Jangan buat saya bencikan awak. Sekali saya benci, awak bukan keutamaan saya lagi".









Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now