Ahhgg..syy..sakitnya ya Allah..!rintihku.Serta-merta aku hilang imbangan tubuhku lalu aku jatuh terkulai ditepi bangku itu dan tiada siapa pun yang menyedari keadaan aku ketika itu.
Allah..andainya ini pengakhiran ku..aku redha..ampunilah segala dosa-dosaku..airmataku menitis..teringat aku akan suamiku Ilham.
Abang...ampunkanlah segala dosa Qal.Jika ditakdirkan anak ini tidak dapat diselamatkan..biarlah ku bawa ia bersamaku..Laillahailallahh..ucapku berserta tangisan kesakitan.
Aku merasa nafasku sesak,semakin menyesakkan dadaku..seolah-olah sebuah batu besar menghempap dadaku..akhirnya..segalanya menjadi gelap dan hitam.Zek tersenyum riang,ditangannya menjinjing seplastik aiskrim coklat untuk Qal.Lima batang aiskrim semuanya.Bangga rasakan bila dapat menunaikan hajat Qal untuk ketaman serta makan aiskrim bersama pulak tu.Kalaulah Qal itu isteri dia...Zek menggeleng-gelengkan kepalanya.Tak mungkin!
Tapi..terfikir jugak dia..
Sebenarnya... siapa suami Qal?Sampai dibangku tadi semua senyuman dan angannya tadi mati saat dia melihatkan Qal sudah terbaring di tanah dengan berlumuran darah.Mulanya disangkakan Qal mengalami pendarahan dan keguguran tapi setelah dia memerhatikannya baru dia menyedari ada kesan luka dirusuk kanan Qal.
Pantas tubuh Qal yang sudah kaku itu dicempungnya dibawa berlari kedalam hospital.semua yang melihatnya begitu terkejut dan masing-masing ingin memberikan pertolongan,ada yang cepat memanggil kakitangan hospital untuk memberikan bantuan kecemasan.
Zek keresahan diluar wad icu itu.Dalam kepalanya bingung..apa yang sebenarnya terjadi kepada Qal. Kelihatan doktor silih berganti keluar masuk kedalam wad icu tersebut.
Zek cuba untuk menghubungi Neela,namun panggilannya tidak dijawab.Dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi ahli keluarga Qal untuk memaklumkan akan keadaan Qal.Seorang doktor lelaki keluar dari wad tersebut sambil bercakap di telefon.
Zek hanya memandang sekilas saja namun ditelinganya jelas mendengarkan buah bicara doktor itu.--"kau kena balik sekarang jugak!.dia dalam keadaan kritikal sekarang ni..banyak kehilangan darah sekarang ni..balik cepat!!"arahan dari doktor itu kedengan sangat tegas.Ianya berkaitan dengan nyawa seseorang.
Mungkin itu suami pesakit yang dimaksudkan oleh doktor tadi.Fikir Zek.Lima minit kemudian kelihatan seorang lelaki berlari menuju kewad icu tersebut dan kedengaran seorang misi memanggilnya dengan panggilan 'doktor'.Lalu doktor itu mengikut misi berkenaan masuk ke dalam wad icu itu.
Zek kini hanya menjadi pemerhati saja.Tidak tahu apa yang terjadi didalam wad icu tersebut,didalam hatinya cuma berdoa agar keadaan Qal baik-baik saja.
Dia jam berlalu dan Zek masih setia menunggu didepan wad icu itu,setia menantikan khabar berita dari para doktor mengenai Qalbu.
Pintu wad terkuak dari dalam dan seorang doktor lelaki keluar dari wad itu lalu menghampiri Zek.
"Er..maaf,saudara ke yang menghantar pesakit yang bernama Qalbu tadi..betul?" tanyanya.
"Ye saya..bagaimana keadaan dia doktor?"
"Puan Qalbu alhamdulillah..luka akibat dari tikaman itu agak besar tapi tidaklah dalam sangat..nasibnya baik sebab takde kena kat mana-mana organ penting dia..cuma dia mengalami..kehilangan banyak darah lagipula dia tengah pregnant,dah sarat..tubuh dua still lemah..itu yang dia cepat pengsan dan luka dia terbiar lama sebelum awak jumpa dia tadi...so sekarang ni tak sedarkan diri lagi..luka dia kami dah jahit..hm..biarkan dia rehat disini dulu,dalam pemantauan kami..kalau encik nak lawat dia kejap saja boleh lah.."terang doktor itu.Setelah doktor itu meminta diri Zek terus masuk untuk melihat keadaan Qal.
Disisi Qal zek cuma memerhatikan saja wajah itu..wajah yang berjaya mencuri hatinya tapi apakan daya dia terlambat dan kerana kesilapan lalu,kini Qal telah pun menjadi milik orang lain.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...
Bab 45
Start from the beginning