"Duh! Kau nih. Tak membantu langsung." Syed menampar bahu Iyyad. Kemudian, Syed menoleh melihat sawah padi yang berada di hadapan matanya.
"Takpi pasaipa dia merajuk dengan hang?" soal Iyyad mengangkat kedua-dua belah keningnya. Nak angkat sebelah tak pandai pula.
"Entah." jawab Syed sepatah.
"Hang ni serious ka? Taktau."
"Ya. Aku tak tahu. Dia terus merajuk dengan aku macamtu je." balas Syed menunduk ke bawah melihat jari-jemarinya.
"Ouiii susah noh. Nak jaga hati perempuan ni. Aku nak nasihat pun tak reti. Tapi an apa kata hang..."
"Apa kata?" tanya Syed laju sahaja melihat wajah Iyyad dan memotong ayat Iyyad.
"Ish ish hang ni kalut plus gelojoh terok sampai laguni noh! Seram aku nak nikah laguni. Macam orang gila uuu. Sabaq la aku baru nak pikiaq. Hahaha." kata Iyyad nak tergelak pun ada melihat muka teruja Syed dan berubah hanya sekelip mata kepada muka bekunya. Wow. Duality dude!
"Kau ni buang masa aku je. Kau nak nikah takmau nikah. Ikut suka. Lagi satu tadi papa ada suruh try pujuk Putri lagi sekali. Takpun bawa dia pergi ke tempat yang tenang dan hanya kitorang berdua then slow talk. Tapi aku rasa macam tak berkesan."
"Pasaipa pulak tak berkesan?"
"Sebab aku dah cuba tanya dia banyak kali dah. Tapi langsung dia tak jawab. Dia asyik putar belitkan aku punya soalan."
"Biasalah perempuan. Hang pun ada ego, mestilah dia pun ada kan. Solution yang bernas aku rasa hang ikut dengar cakap uncle Hazran lah. Slow talk. Tu ja hat yang boleh jadi pun. Try la lagi sekali. Kot-kot la jadi an. Belum cuba, belum tahu." Iyyad memberi cadangan dan kata-kata semangat kepada Syed.
"Baikah. Aku cuba..... lagi."
"Hang ni. Takyahla pasrah ngat. Banyak-banyak tu putuih asa. Hang cuba ingat balik macamana hang pujuk ex-girlfriend hang dulu." beritahu Iyyad dan itu membuatkan Syed tersedar sesuatu.
"Ex-girlfriend? Wait...wait...wait. Don't tell me that she really do jealous of Melissa. No way. Is she though? Damn man! SHE JEALOUS!!!" jerit Syed teruja. Wah! Putri cemburu weh. Cemburu aw! OMG. Dia sayang aku ke? Nope! Jangan over-excited lagi Syed. Rileks.
"Jelly. Pasaipa dengan Mel....."
Tak sempat Iyyad nak habiskan ayatnya, Syed terus meluru masuk rumah terus ke bilik tidur perkongsiaannya dengan Putri.
Kesemua orang tua di ruang tamu itu berhenti perbualan mereka melihat Syed yang terburu-buru lari naik ke bilik.
"Hawat dengan anak hang tu Aisyah oi?" soal Nek Syaziah.
"Manalah cheq tau." balas Puan Sri Siti Aisyah dengan mata masih laginmengikut anak lelakinya yang sedang berlari menaiki setiap anak tangga.
Encik Hazran dan Tan Sri Syed Amran hanya menggeleng kepala melihat lelaki itu.
Iyyad kemudian masuk ke dalam rumah. Mata mereka semuanya mendarat kepada lelaki itu dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Hawat dengan Syed tu Iyyad. Hang buat apa kat dia sampai mereng lagutu? Tiba-tiba dok marathon pula dah." Nek Syaziah bersuara.
Iyyad tergelak kecil mendengar kata-kata Nek Syaziah. Manakala Puan Sri Siti Aisyah memuncungkan bibirnya.
"Emak ni. Kata kat anak cheq pulak."
"Dah sungguh. Macam kera dapat bunga aku tengok." balas Nek Syaziah.
"Kera? Kera tu apa abang?" tanya Puan Maria dengan bisikkan sedikit tak faham dengan loghat kedah.
"Kera tu sejenis haiwan call monyet. You don't know monyet sayang? It's monkey. You don't know monkey? It's...." balas Encik Hazran tetapi belum sempat habis ayatnya ketika Puan Maria mencubit pahanya. Ui! Sakit macam kena sepit ketam. Bini aku mesti keturunan ketam ni.
"Loyar buruk! Tidur luar malam ni baru tau!" marah Puan Maria.
Encik Hazran hanya tersenyum melihat kerenah isterinya. Tak ubah dari dahulu hingga sekarang. Comel.
"Entahlah tok mummy. Syed tu dah nak terberak sangat kut. Sebab tu kalut lari takut terburai nanti." jawab Iyyad.
"Uii hang ni pengotoq aih Iyyad." Nek Syaziah membuat mimik muka geli.
"Tok mummy yang tanya. Iyyad jawablah. Takpalah tok mummy, aunty-aunty and uncle-uncle. I'm already sleepy. I go to sleep first okay. Goodnight to all of you and have a sweet dreams okay! See you all tommorow morning. Bye." beritahu Iyyad meminta diri terus pergi ke bilik tidurnya.
"Apa menatang cucu aku cakap tu? Yang aku tau sleep dengan bye ja."
"Ai, takkan mak taktau? Mak kan selalu pergi ke Australia sana." Tan Sri Syed Amran bersuara.
"Entahlah. Aku p sana semua Iyyad yang uruskan."
🌹🌹🌹
Syed memulas tombol pintu kemudian masuk ke dalam bilik tidur. Lampu masih cerah tetapi kelibat Putri langsung pun tidak nampak. Mungkin dalam bilik air kut.
Syed berjalan dan memanjat katil king yang bercadar warna ungu itu. Dia tengah memikir macam mana nak buat Putri luah juga. Dia sangat yakin yang Putri memang cemburukan dia dengan Melissa. Dan mungkin sebab aku layan Melissa hari itu. Hm, nice. Mari kita tengok reaksi Putri nanti.
Setelah beberapa minit, Putri keluar dengan muka yang penuh kegelisahan. Matanya kemudian mendarat kepada lelaki yang sedang berbaring di atas katil itu. OMG! Syed dah masuk bilik. Penyelamat aku! Yes! My hero is coming to save me. Ish, apa aku cakap nih, over kemain.
Syed bangun dari katil selepas melihat gadis yang baru sahaja keluar dari bilik air. Tetapi sebelum dia berkata apa-apa gadis itu terlebih dahulu berkata sesuatu.
"Awak! To-tolong saya please?" pinta Putri dengan mukanya yang sudah mula naik merah.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...
Chapter 46
Start from the beginning