Patut ke dia tunduk ke bawah sekarang ni? Tengok ada kaki ke tidak entah entah makhluk lain dekat depan dia sekarang ni.

"Yang kamu tiba tiba cuak ni kenapa?" Kelakar pulak dia tengok rupa Darrish. pucat macam baru nampak hantu. Apa buruk sangat ke rupa dia bila senyum.

"Ayah tulah. Kanapa senyum macam tu? Seramlah!" Meletus tawa Tuan Rashidi.

"Penakut rupanya kamu ni. Macam mana nak kahwin ni? Karang kalau isteri jerit nampak hantu kamu yang pengsan dulu Ayah rasa" Tuan Rashidi sambung gelak. Darrish tayang wajah cemberut.

"Tadi masa turun ke dapur sorang sorang tak takut pulak"

"Eeee... Arrish bukan penakut la Yah. Arrish cuma takut Makhluk tu sengaja nak muncul depan Arrish dengan menyamar jadi Ayah. Itu je. Ayah tu yang tersengih macam tu kenapa? Sekarang ni dah pukul satu pagi kalau satu tengahari tak ada la rasa seram sangat"

"Mengaku ajelah yang kamu tu penakut" Tuan Rashidi tergelak lagi.

"Kamu nak tahu kenapa Ayah senyum pandang kamu? Ayah gembira tengok kamu sekarang. Ayah gembira sebab akhirnya kamu boleh terima dan jatuh cinta  setelah hampir tujuh tahun kamu tutup pintu hati kamu untuk perempuan lain.

Ayah ingat lagi dulu, Arrish marah pada Ayah dan ibu sebab tak benarkan kamu kahwin dengan dia. Kata kata kamu masa tu pun Ayah masih ingat sampai sekarang. 'kalau ayah dan ibu tak benarkan Arrish kahwin dengan dia, Arrish tak akan kahwin sampai bila bila. Biar Arrish membujang sampai ke tua!' lepas tu hampir seminggu Arrish tak bercakap dengan Ayah dan Ibu"

Kepala ditunduk ke bawah. Mug di tangan di gengam kemas. Hati terasa sedikit perit. Itu adalah Tuan Darrish Aryan yang dulu. seorang yang keras kepala. Bila di kenang semula dia rasa berdosa sangat sebab meninggikan suara kepada Ayah dan Ibu hanya kerana menolak permintaannya untuk berkahwin.

Salah dia jugak. Umur baru dua puluh diploma pun belum dapat sudah gatal nak kahwin. Darwish pun belum berkahwin pada masa itu.

"...biar Arrish membujang sampai ke tua!"
Kata kata itulah yang dia ucapkan dulu. Kononya nak membujang sampai ke tua, tapi setelah hampir tujuh tahun hatinya terbuka untuk jatuh cinta saat pertama kali bertemu Irasya. Terima Kasih Ya Allah kerana pertemukan kami.

Dia. dia yang di sebut oleh Ayah itu merupakan penyebab utama dia membujang sehingga ke hari ini. Dia merangkap BFF Darrish dari sekolah rendah. Persahabatan mereka kekal hingga ke alam universiti. Entah bagaimana rasa sayang sebagai seorang sahabat boleh bertukar menjadi cinta.

Betul kata orang bila seorang lelaki dan perempuan besahabat baik lama lama salah seorang akan jatuh cinta.

Bayangan kisah lalu mula terlayar di benaknya. Mata di pejam. Kepala digeleng perlahan. Cuba untuk mengusir bayangan yang menjelma,
Kisah lalu biarkan saja ia berlalu. Tak usah di kenang lagi

______________

Sebaik sahaja Tuan Rashidi meminta diri untuk ke bilik bacaan, Darrish turut bangkit menuju ke arah singki. Mug yang telah siap di cuci di letakkan di atas rak pengering.

Ding Dong... Ding Dong...

Langkahnya terhenti. wajah berkerut. Pelik. Siapa yang datang ke rumahnya pada waktu begini?

Dengan rasa curiga kaki menapak ke arah pintu utama. Kepala di jenguk ke luar. Kelihatan sebuah kereta terpakir elok betul betul di hadapan pagar rumah.

Siapa? Tak kan perompak guna taktik baru untuk merompak kot. Tak mungkin. Sistem keselamatan kawasan perumahan ini dikawal ketat. Bukan senang senang boleh menceroboh masuk ke kawasan ini.

Ke Rashdan?

Sekali lagi loceng berbunyi. Sebelum semua orang dalam rumah ni sedar baik dia pergi tengok karang lain pulak yang jadi. Tangan mencapai sekaki payung. Kalau betul betul Rashdan yang datang memang kena hempuk dengan payung ni kejap lagi. Tak reti tengok jam agaknya mamat tu.

Makin dekat makin jelas susuk tubuh yang berdiri di hadapan pagar itu.

"Nick?"

_____________________

Darrish bersandar di tiang gazebo sambil berpeluk tubuh. Mata memandang ke arah Nick. Lelaki itu hanya duduk bersila di atas gazebo sambil termenung jauh. Raut wajah itu mendung saja seakan sedang bersedih dan kecewa. Saat Darrish menjemput Nick untuk masuk ke dalam, Langkah lelaki itu kelihatan lemah. Seakan terbeban dengan sesuatu.

Diam. Kedua duanya masih belum bersuara. Bunyi cengkerik saja kedengaran.

Melihat wajah mendung sahabatnya itu. Darrish tahu ada sesuatu yang telah berlaku.

"Dia tipu aku Darrish. Dia tipu aku hidup hidup! Selamani aku hanya dipergunakan. Dia guna segala kuasa yang aku ada untuk kepentingan dia sendiri. Penghianat tu pergunakan perasaan aku sebagai alat untuk bebas dari cengkaman musuh dan pihak berkuasa. Kenapa selama ni aku ni bodoh sangat?" Suara itu kedengan lirih. Tangan di gengam membentuk penumbuk. Kebenaran tersebut telah memusnahkan sepenuhnya kepercayaan terhadap manusia durjana itu.

"Aku...aku cintakan dia Darrish. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku benci keluarga dia. Tapi... aku tak boleh benci dia. Aku tak mampu" Mata di pejam. Wajah sedih seseorang mula terbayang. Masih jelas jeritan dan raungan gadis itu di pendengarannya. Dia tahu gadis itu tidak bersalah segalanya berpunca dari lelaki itu. Ya! lelaki yang sanggup mengadai maruah anaknya untuk mengejar kekayaan.

Tan Sri Hamdan! Nama itu bergema dalam hati. Penumbuk di gengam kemas.

Darrish bingung sendiri. Siapa 'Dia' yang lelaki itu maksudkan?

"Aku tak faham. Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?  'Dia' tu siapa?"

Nick menghela nafas berlahan.
"Aku tak suruh kau faham pun. Aku cuma nak luahkan perasaan saja" Lega. Itu yang dia rasa setelah meluahkan apa yang terbuku dihati. Lama kelamaan pasti Darrish dapat meneka siapa 'Dia' yang di maksudkan.

"Bila difikirkan balik. Aku rasa, aku tahu siapa 'Dia' yang kau maksudkan tu. Tan Sri Hamdan...Dan orang yang kau 'Cinta' tu pun ada kaitan dengan Tan Sri jugak kan?"

Malihat riaksi Nick yang terdiam seribu bahasa itu. Darrish senyum sinis. Tekaan dia mengena.

"Oh...ya. Tujuan aku datang sini ni sebab... aku nak kau jadi saksi akad nikah aku nanti"

"What?! Bro serious la? Kau datang sini  pagi pagi buta luah perasaan sedih gaya macam orang frust, takde harapan nak hidup, tiba tiba kau cakap nak suruh aku jadi saksi masa akad nikah? Drama apa yang kau cuba buat ni?"

"Aku serious Darrish. Akad nikah akan diadakan dalam masa terdekat"

Darrish meraup rambut ke belakang. Sakit kepala tiba tiba. Belum sempat nak faham cerita mula mula tadi Nick dah tambah kisah baru.

"Kenapa tiba tiba? Nick...Haish... pening la aku!"
Darrish berjalan mundar mandir.
Nick tergelak kecil melihat reaksi sahabatnya itu. Darissh tak pernah tak over!

"Kenapa? Cukupla kau tahu yang segala yang berlaku sekarang dan yang bakal berlaku selepas ini berpunca dari kebodohan aku sendiri"

"Kau jangan cakap yang kau terpaksa bertanggungjawab atas perkara yang kau tak buat Nick!"

Bibir dikunci rapat. Darrish tak perlu tahu apa yang telah berlaku. Tak penting untuk lelaki itu tahu.

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now