1⃣8⃣ - We Are Twin?!

Start from the beginning
                                    

"Jeong jom keluar , tak bosan ke duduk rumah?" Soal hyunjin kepada jeongin.

Jeongin berfikir sebentar. Ya , dia berasa bosan. Lagipun tadi dia berasa amat bosan lalu mengadu kepada ibunya dan ibunya menjawab bahawa jika bosan dia harus belajar. Sebab itu lah dia ingin belajar tadi kerana dia ingin menghilangkan bosan , tetapi jika mereka mengajak nya untuk keluar bersiar siar mungkin rasa bosannya akan hilang.

"Okay! Eomma jeongin nak keluar ngan hyung kejap!" Kata jeongin kepada ibunya yang kini berada di dapur.

"Aik!! Bukan tadi nak belajar ke?!" Balas ibunya pula. Seungmin dan hyunjin hanya menggeleng sahaja kepada jeongin. Manakala , Jeongin hanya tersengih

"Tak jadi! Hyung ajak keluar , annyeong eomma!" Kata jeongin lalu menarik lengan seungmin dan hyunjin.

"Haih budak ni , jangan balik lambat tau!" Jerit ibu jeongin

"Ye! , jeongin bukan budak kecik lagi lah!" Balas jeongin sedikit kesal dengan ibunya yang masih menganggap dirinya sebagai kanak kanak , padahal umurnya hanya setahun lebih muda daripada seungmin dan hyunjin.

"Hahaha kau memang masih kecik lah" balas seungmin menyebabkan jeongin mengembungkan pipinya geram.

"Yah! Mana ada! Eh mana Jisung hyung?" Soal jeongin. Dia baru menyedari bahawa Jisung tidak ada bersama dengan hyunjin. Kerana selalunya Jisung dan hyunjin akan selalu bersama seperti dimana ada hyunjin di situ ada Jisung dan sebaliknya.

"Dia ada hal kejap" balas hyunjin

"Felix hyung?" Soal jeongin lagi.

"Kat rumah kot , jom ajak dia" kata seungmin yang mendapat anggukan daripada jeongin dan hyunjin.

💎💎💎💎


Jisung terkedu setelah mendengar cerita daripada wanita yang mengenalkan dirinya sebagai lee youngjin , adik kepada ayahnya. Dia memandang ke arah felix yang kelihatan terkejut di sebelahnya. Jisung menarik nafas kemudian mulai bersuara.

"I-ini semua prank kan?!" Kata Jisung tergagap kerana masih terkejut dengan fakta yang baru sahaja didengarnya tadi.

Tetapi wanita tersebut hanya menggeleng menyebabkan sekali lagi Jisung terdiam. Agak sukar untuk menggambarkan bagaimana perasaannya sekarang. Gembira? Terkejut? Sedih? Semuanya menjadi satu.

"Are you kidding me!!" Felix berkata sebaik melihat jawapan daripada soalan Jisung tadi.

Sejujurnya dia berasa gembira tetapi perkara ini sungguh tidak masuk akal. Jisung adalah abang kembarnya? Bukan dia tidak ingin Jisung menjadi abang kembarnya tetapi entah kenapa dia berasa sedikit kecewa. Bukankah dia harus berasa gembira lalu mengapa dia berasa kecewa?

"Imo tak tipu. felix , jisung ialah abang kamu Peter dan Jisung felix ialah adik kamu. Kamu berdua ialah adik beradik" kata youngjin sekali lagi meyakinkan kedua dua anak saudaranya itu.

Jisung dan felix berpandangan sesama sendiri. Tetapi mereka hanya berdiam diri , tanpa sebarang niat untuk bersuara.

"Macam ni , imo akan bagi korang masa untuk berfikir. Dua hari dari sekarang korang kena bersiap , kita akan pindah dari sini" kata youngjin menyebabkan Jisung dan felix tersentak.

"Tapi kenapa?" Soal felix.

Dia tidak ingin pindah , dia tidak ingin meninggalkan rakan rakannya serta keluarga angkatnya. Begitu juga dengan Jisung dia tidak boleh meninggalkan rakan rakannya terutamanya hyunjin.

"Korang dalam bahaya , terutamanya Peter" kata youngjin , felix memandang Jisung risau. Jisung pula hanya menunduk.

"Peter , imo tahu selama ni ada orang yang nak cuba cederakan kamu betul tak? Sebab tu lah imo nak bawa korang pindah supaya korang selamat. Imo tak nak ada perkara buruk terjadi kat korang , cukuplah selama ni imo tak dapat jaga korang" kata youngjin sedikit rasa bersalah.

"Be-betul ke?" Soal felix tidak percaya. Jadi selama ini nyawa Jisung terancam. Jisung hanya mengangguk. Sekali lagi felix terdiam.

"Nampaknya imo kena pergi sekarang. Imo nak urus surat pindah sekolah untuk korang. Imo tahu mesti korang tak nak tinggalkan kawan kawan korang betul tak? Sebab tu lah imo bagi korang masa dua hari ini ucapkan selamat tinggal kat diorang. Dan felix , imo akan hantar mesej kat puan dan tuan bang yang imo akan bawa kamu pindah" kata youngjin sebelum berangkat meninggalkan Jisung dan felix yang hanya terdiam mendengar kata katanya.

Sebenarnya dia tidak sangggup memisahkan Jisung dan felix daripada orang yang mereka sayang tetapi dia tidak ada pilihan lain. Dia harus memastikan kedua dua anak saudaranya itu selamat. Cukuplah selama ini orang yang berdendam dengan keluarga mereka melakukan perkara yang tidak baik kepada Jisung.

TBC

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now