Jangan dikacaulah kalau perempuan tengah 'cuti' . Memang hancur habis mood .
Bryan menepuk dahinya sendiri apabila tersedar yang dia sudah keterlaluan . Dirinya dimaki hamun beberapa kali . Stupid me !
Enjin kereta yang dihidupkan tadi dibiarkan . Dia perlu memujuk kekasih hatinya yang merajuk . Kalau tidak habislah segala plan dia ingin dating dengan gadis itu .
Dia memasuki bilik Hailee . Gadis itu terbaring di atas tilam dengan mata memandang telefon pintarnya . Nasib saja Hailee punya merajuk tidak sampai kunci pintu bilik .
Kalau tidak , mesti ambil masa yang sama untuk buka .
"Hailee..."
Pujuk kekasih punya pasal , bukan main lembut lagi suara Bryan memanggil Hailee .
"Aku minta maaf . Aku tahu silap aku"
"Aku tahulah aku bukan macam perempuan lain , yang pandai pakai heels tinggi-tinggi . Diorang pakai tak nampak pelik dekat mata kau , tapi sampai ke aku , kau gelak tak ingat dunia "
Matanya langsung tidak memandang Bryan yang sudah terbaring disebelahnya . Pandang handphone lagi baik daripada pandang dia .
"Fogive me , please . I'm promise you , i won't do that again"
"Dekat mata kau nampak Afrina je yang perfect pakai heels kan ?"
Nama perempuan itu terpacul keluar dari mulutnya . Apa kelakar sangat ke dia pakai kasut tumit sampai Bryan gelakkan dia sampai begitu sekali ?
"Jangan sebut nama dia , sayang . I'm sorry . Aku tak patut gelakkan kau"
Dia tahu kenapa Hailee emosi sangat dua tiga hari ni . Perempuan punya 'cuti' , jadi mesti layankan saja .
"Sorry , please "
Telefon Hailee dirampas . Dia memusingkan badan gadis itu menghadapnya . Penat menuturkan perkataan sorry tetapi tidak dilayan gadis itu .
"Next time jangan gelak macam tadi tu . Kau buat aku malu"
"Ya . My fault , sorry "
Bryan menarik Hailee masuk ke dalam pelukkannya . Memujuk gadis itu bagaikan kanak-kanak kecil .
"Jom . Pergi date . Dah pakai lawa-lawa ni . Tak kan nak cancel kan"
****
Mereka berjalan di sekitar kawasan Berjaya Mall . Selepas sahaja menonton wayang Dilan 1991 , mereka mengambil keputusan untuk mencari makanan .
"Duduk sini biar aku pesankan"
Handbag diletakkan di atas meja yang mereka sudahpun pilih . Purse diambil dalam handbag begitu juga telefonnya .
"Kau nak pesan apa ?"
"Apa-apa jelah . Nah , duit "
"Eh tak apalah . Tadi kau dah belanja ticket wayang . Kali ini biar aku pula "
"No no . Ambil duit ni"
"Tak nak"
"Ambil"
"Tak-"
Mulutnya terkunci saat Bryan tiba-tiba saja mendekatkan wajahnya . Sangat rapat . Hailee mula berasa malu . Kerana banyak mata yang memandang mereka .
"Ambil atau aku kiss kau dekat sini"
Hailee merengus . Duit itu diambil dengan kasar dari tangan Bryan . Jangan macam-macam , tak akanlah nak suruh orang ramai tengok dia kena kiss kot ?
YOU ARE READING
[SU] LOVELY MAFIA
Romance• i will always , honestly , truly , completely , love you • [ACTION + ROMANCE]🤘🏻🥀 Bryan Steve seorang lelaki kacukan spanish dan juga seorang mafia. Lelaki itu bukan calang-calang orang. Semua orang sanggup melutut dekat dirinya, asalkan mereka...
LM ; 25
Start from the beginning