Rafiq menoleh ke belakang. "Sambung kerja kau," arahnya.

Arya mengangguk. Dia terus melangkah pergi dari situ. Biarlah bosnya yang selesaikan. Yang penting dia selamat.

"So, what's up bro? Sudi juga kau singgah restoran aku ya? Terima kasihlah." Rafiq cuba beramah. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya.

Syaqirin mendengus kasar. Kata-kata Rafiq tidak dibalasnya.

Rafiq tertawa kecil melihat reaksi lelaki itu. Namun beberapa saat kemudian, tawanya mati. Wajahnya berubah serius. "Datang tempat aku, jangan buat hal. Faham? Pelanggan, buat cara pelanggan. Jangan nak melebih. Aku tak suka orang buat hal kat tempat aku. Faham? Selamat menjamu selera. Adios."

*****

"ARYA!"

Kepala Arya tertoleh saat namanya dipanggil. Dahinya berkerut memandang ke arah sebuah meja. Langkah terus diatur menuju ke meja tersebut. "Ya tuan, ada apa?" soalnya lembut.

"Nak balik?" soal Rafiq.

"Ya. Kenapa? Tuan nak apa-apa ke?" soal Arya lagi.

"Tak ada apalah. Saja panggil."

Terus pudar senyuman di bibir Arya. Seriuslah? Buang masanya saja berjalan ke meja itu. "Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Hati-hati."

Arya mengangguk. Senyuman dilemparkan kepada empat orang lelaki di meja makan itu. Tiga daripadanya membalas, hanya seorang sahaja yang berwajah beku. Siapa lagi kalau bukan Rayyan Louise. Lantaklah. Malas mahu fikir tentang lelaki beku itu. Arya terus memusingkan tubuh. Kaki mengatur langkah menuju ke pintu keluar. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Sudah menghampiri angka 10 malam. Lewat sungguh dia pulang kerja hari ini.

Keluar dari restoran itu, bebola mata Arya melilau memandang sekeliling. Jarak di antara restoran itu dengan rumah sewanya tidaklah begitu jauh. Mengambil masa dalam setengah jam jika berjalan kaki. Tetapi memandangkan hari sudah lewat malam, perasaan takut mula menguasai dirinya. Tidak pernah dia pulang selewat ini. Paling lewat pun pukul sembilan.

"Ya Allah, lindungi aku..." Doa meniti di bibirnya. Langkah mula diatur. Rasa seram sejuk pula malam itu. Arya semakin melajukan langkahnya.

Pin pin!

Bunyi hon yang menyapa pendengarannya membuat kepala Arya tertoleh. Melihat sebuah kereta mewah berhenti tidak jauh darinya, dahi Arya berkerut. Siapa? Ini bukan kereta milik bosnya. Arya statik di tempatnya. Tatkala pintu bahagian pemandu terbuka, Arya jadi semakin berdebar.

"Hai. Kita berjumpa lagi."

Arya menelan liur. Izham Syaqirin. Bala apakah? Malas mahu menunggu, langkahnya diatur laju meninggalkan lelaki itu. Namun ia terhalang apabila lengannya ditarik kasar daripada belakang.

Bum!

"Urgh..." Arya meringis kesakitan kerana rasa sakit pada tubuhnya akibat dihentak kasar pada badan kereta tadi. Sakit tulang belakangnya

"Sakit?" soal Syaqirin. Kedua tangannya elok sahaja melekap pada badan kereta, mengepung tubuh Arya.

Kedudukan tubuh mereka yang agak rapat itu membuat Arya semakin takut. Sudahlah mereka berada di kawasan yang agak gelap dan sunyi. "Le... Lepaskan saya..."

"No."

Arya memandang ke wajah Syaqirin. "Saya nak balik. Apa masalah encik? Saya tak ganggu encik pun."

"Kau kerja dengan Rafiq?" soal Syaqirin. Wajah gadis itu ditiliknya. Cantik. Kenapa dia tidak bertemu dengan gadis itu sebelum ini?

Dahi Arya berkerut. "Then?"

BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)Where stories live. Discover now