"Tapi Tak mustahilkan kalau mak kiah yang tetapkan bilik tidur Encik Ramli dekat dengan Dato Aziz?”
Kata - kata ku telah menyebabkan percakapan mak kiah terhenti seketika."Mak kiah dengan Pak Karim merupakan pengurus bagi Villa ini. Walaupun mak kiah buat banyak benda di Villa ini, mak kiah juga menjadi pengurus kaunter apabila ada pelancong yang mahu menginap di Villa ini. Jadinya, makcik sudah tahu bahawa Dato Aziz merupakan persaing terhebat Encik Ramli. Maka dari situ makcik sudah merancang untuk menempatkan bilik Encik Ramli bersebelahan dengan bilik Dato Aziz supaya dapat menutup perbuatan makcik nanti.”
Mak kiah diam setika.. aku nampak dia terkedu dengan hujah aku sebentar tadi.
"Dan lagi satu, saya nak tanya mak kiah, mak kiah seorang yang careless bukan?”
Muka mak kiah yang tadi Hanya menundukkan wajahnya memandang semula ke arah ku."Haah. Macm Mana Zirah tahu?"
Aku Hanya menunjukkan senyuman yang manis ke arahnya."Hihihihihihi, pagi tadikan makcik Tak sengaja memecahkan beberapa pinggan dan cawan dlm Villa nie. Bukan setakat itu sahaja, mak kiah juga banyak Kali terpecahkan banyak pinggan di dalam rumah nie.. tapikan Tak mustahil bukan kalau makcik nak tersengaja memecahkan pasu bunga yang berada di bilik mangsa.."
Mak kiah seperti tidak percaya dengan apa yang aku katakan.
"Ketika mak kiah dengan Dato Aziz bergelut, mak kiah tidak sengaja memecahkan pasu bunga yang berada di bilik mangsa. Tuan Effendi menyatakan bahawa itu merupakan Bahan pembunuhan tetapi sebenarnya tidak. Makcik telah menjadikan ia seperti bahan pembunuhan hakikatnya sebenarnya adalah bukan."
"Tapi dh disahkan Pon bahawa cap jari yang berada di pasu bunga tersebut adalah hak milik Encik Ramli. Takde kesan Pon cap jari lain yang terdapat di pasu tersbut." Jawap mak kiah demi mempertahankan dirinya.
"Di sebabkan habit makcik yang selalu pecahkan pinggan, pada waktu malam tersebut, makcik telah memecahkan pinggan Encik Ramli yang digunakan olehnya untuk mendapatkan cap jari. Pada Masa itu, sudah semestinya tiada yang mengesyaki makcik.
Memang betul hampir sepenuhnya terdapat cap jari Encik Ramli tetapi hanya 96%."Wajah mak kiah menunjukkan penuh tanda Tanya.
"Tapi kalau Hanya 96%, dimanakah hilangnya 4% itu? Untuk pengetahuan makcik, cap jari manusia di muka bumi ini semuanya berlainan. Tiada yang sama. Jadi agak mustahil bukan kalau hanya 96% cap jari Encik Ramli ada terdapat di pasu bunga itu. Takkanlah jari Encik Ramli Ada 2 cap jari yang berbeza? Mustahil bukan? Jadinya, kalau boleh diperhatikan secara mendalam, 96% cap jari milik Encik Ramli Dan 4% merupakan milik mak kiah sendiri.
Walaupun Hanya sedikit peratusannya mak kiah, tetapi tetap 4% itu menjadi tumpuan yang sepenuhnya oleh para penyiasat. Pada waktu malam itu jugak , mak kiah tidak sampai hati untuk mengotorkan tangan mak kiah untuk membunuh dia lalu menolak mangsa supaya jatuh sehingga menyebabkan mangsa tertusuk pada dahan pokok yang tajam."
Mak kiah tiba tiba terlutut mendengar apa yang aku kata sebentar tadi. Tiba tiba aku terdengar desakan tangisan daripada mak kiah.
"Zirah, takkanlah mak kiah yang buat semua ini. Apa hubungan dia dengan Dato Aziz sampaikan mak kiah tergamak buat semua itu?!?!"
Persoalan itu Pon tiba tiaba muncul apabila oya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia ingat aku Tak tahu yang dia intai aku daripada tadi?😑😑
Oya P.O.V
Aku umpama tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Zirah tadi. Takkanlah mak kiah. Aku Tak percaya. Aku kene halang si Zirah sebelum dia lebih merepek lagi.
"Zirah, takkanlah mak kiah yang buat semua ini. Apa hubungan dia dengan Dato Aziz sampaikan mak kiah tergamak buat semua itu?!?!"
Aku Pon keluar dari tempat persembunyian ku lalu membantu mak kiah yang sudah melutut akibat daripada apa yang dikatakan oleh Zirah dengan mengusap bahagian belakang tubuh badan mak kiah.
YOU ARE READING
Penyiasat Misteri
Mystery / ThrillerSeumur hidup dia, tidak pernah dia terfikir untuk menjadi penyiasat.. lebih-lebih lagi nak selesaikan sesuatu masalah. Tetapi, terdapat sesuatu yang berlaku yang menyebabkan dia terjebak dalam bidang penyiasat. Mampukah dia terus bertahan dan dapat...
Bab 10
Start from the beginning