52 | Teruk (18SX)

Start from the beginning
                                    

"Malam ni kau nak ikut tak?" tangan Luqman mula meraba celah kangkang Ahmad di sebelahnya

"Maaf Tuan tapi boleh saya berehat di rumah saja? Kepala saya berat" pinta Ahmad

Tangan Luqman terus berhenti dan memandang Ahmad

"Kepala kau berat? kenapa tak bilang awal-awal!" suara Luqman meninggi

"Sakit sikit aje" Ahmad menikus

"Sudah! kau pergi jumpa doktor dan balik rumah berehat. Aku tak nak tengok muka kat kat pejabat ni faham!?" tegas Luqman

Ahmad terpaksa akur dan bergegas pulang. Luqman mengeluh berat memikirkan keadaan Ahmad yang semakin lama jadi seperti dia. Tiada keyakinan dan terlalu taat seperti seekor anjing. Dia tidak mahu itu berlaku dan perlu lakukan sesuatu.

***

Malam itu Luqman menghadiri majlis makan malam tertutup yang dianjur oleh salah seorang ahli politik. Ramai tetamu yang datang dari kalangan usahawan dan parti politik. Dato' Razali sekeluarga turut hadir manakala Luqman datang sendirian. Dia ditempatkan bersama beberapa orang VIP lain yang tidak dikenali dan Luqman lupa nama mereka. Bahunya disentuh dan dia menoleh, Tan Sri Dzul dan isteri Datin Misha tersenyum melihat Luqman. Lantas pelukan erat diberi pada lelaki bekas tentera udara itu. 

"Tan Sri pun datang juga. Datin pun" kata Luqman

"Haha Tan Sri apa pula, kan suruh panggil abang aje" balas Tan Sri Dzul sambil meramas-ramas bahu Luqman yang tegap

"Maaf tapi kita di dalam majlis, nanti apa pula kata orang" balas Luqman

"Pedulikan mereka Man. Akak dengan abang okey je" tambah Datin Misha

Luqman tersenyum melihat dua pasangan yang romantik ini. Sejak kejadian threesome tempoh hari, Hubungan Luqman dengan mereka semakin rapat dan mereka mula melayan Luqman dengan baik. Ibarat adik-beradik bahkan sudah banyak kali Luqman bertandang ke kampung Tan Sri Dzul dan Datin Misha bagi menghadiri pelbagai majlis seperti kenduri kahwin atau akikah saudara mereka. Tan Sri Dzul jugalah penyebab kenapa Luqman ada sedikit rasa belas kasihan pada Ahmad. 

Selepas berubah menjadi Mr. Otot, fikiran Luqman tertumpu pada dendam dan amarah sehinggalah Tan Sri Dzul datang dan mengajar Luqman untuk menjadi manusia semula. Tan Sri Dzul mengajar Luqman bagaimana hendak mengimbang kehidupan harian dengan bisnes dan bagaimana mengurus tekanan. Ianya banyak membantu Luqman kembali normal sedikit demi sedikit walaupun bukan sepenuhnya. Luqman terhutang budi pada Tan Sri Dzul atas nasihat yang diberi. Tapi Luqman selalu terfikir kenapa Tan Sri Dzul sanggup menolongnya sedangkan tiada ganjaran yang akan diterima.

Selepas berbual pendek mereka berpisah kerana Luqman ditempatkan pada meja yang agak jauh dari pasangan itu. Kali ini dia ditegur lagi.

"Datang pun. Ingatkan kamu tak turut serta dalam majlis begini. Maklumlah ini kan majlis sosial" tegur Dato' Rina

"Di mana ada peluang di situ saya datang" balas Luqman pendek dengan senyuman

Bulat mata Dato' Rina mendengar jawapan itu. Mengingatkan dia pada kata-kata Dato' Razali ketika berjumpa di Kuching beberapa tahun yang lalu. Masa itu jugalah dia bertemu Luqman yang gemuk buat kali pertama. Kini segalanya berubah dan Luqman tampak lebih kacak dan sado sementara aura jantanya lebih menyerlah. 

'Nampaknya rancangan kau berhasil Razali. Tahniah sebab budak ni betul-betul jadi successor kau kelak' kata Dato' Rina dalam hati

Majlis itu berjalan lancar dan Luqman yang kurang selesa berkumpul dalam majlis sosial begitu meloloskan diri ke laman belakang untuk menghirup udara malam dan merokok. Dia mencari sudut paling jauh dan tersorok agar tidak diganggu oleh orang lain. Tiba-tiba telinganya menangkap suara tangisan. Berdiri bulu roma Luqman kerana menyangka ada makhluk halus di kawasan terbabit. Dia mula tercari-cari suara tersebut dan melihat susuk tubuh wanita yang sedang menangis. Kegelapan malam menghalang Luqman melihat dengan jelas sebelum dia menegur wanita itu.

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now