" Kalau raso kita bonar tak bagus, kita baiki diri kita. Jangan hino diri kita. Kita layak untuk raso gombira dongan diri kita "
Aku terdiam. Betul juga. Walaupun aku tak faham sangat loghat dia, aku cuba fahamkan. Ada betulnya yang nenek Haikal kata ni.
" Alisa akan cuba jadi isteri yang baik nanti supaya Haikal bahagia dengan Alisa "
" Alisa sayang Haikal. Nenek rasa, Haikal gembira tak Alisa jadi isteri dia nanti? " tanya aku.
Nenek baru saja nak buka mulut, sudah ada yang jawab persoalan aku.
" Mestilah saya bahagia dan gembira awak jadi isteri saya nanti. Bukan tu je, saya akan bagitahu satu dunia yang saya ni milik awak dan awak milik saya "
Haikal rupanya. Aku baru nak fefeeling sendu tepi sawah ni. Dahlah mampu berangan je jadi isteri dia. Kacau je.
" Bagus. Ekau pandai pun buek dio gombira. Dah meh minum kopi ni. Sedap ni nenek baru beli dekat pasar bosar haritu. "
Kami pun minum kopi o sambil borak perihal duniawi yang sementara ni. Sesekali aku pandang Haikal.
Haikal. Haikal. Kenapalah aku setuju nak berlakon jadi tunang kau. Hati aku pula meronta ronta nak ni semua jadi realiti.
" Alisa punya omak ayah tinggal mana? " tanya nenek secara spontan.
" Jauh, nek. Kat Sabah. Ayah Alisa kerja kat sana lagi tu yang tak boleh ikut Alisa kesini. " terang aku dengan tenang. Rindu pula pada mak abah!
" Nanti kita jumpa parents awak okay sayang? Mesti rindu kan? " kata Haikal. Aku jeling lalu menghirup air kopi yang ada dalam cawan.
Selesai minum, aku pusing ke belakang nak letak semua cawan dalam dulang. Tiba tiba..
Pap!
" What the... "
" Alisa sorry sumpah sorry aku tak sengaja sorry sangat sangat sorry! "
Tangan Haikal mengelap kesan air kopi yang tumpah pada baju putihku dengan tisu. MACAM MANA BOLEH TUMPAH?
" Hekal! Ekau ni macam mano lah minum hah? Habis tumpah kek baju Alisa! " nenek dah mula buka mulut.
" Tak nek Haikal nak letak cawan ni dekat sana, Alisa pulak tiba tiba pusing ke belakang. Terlanggarlah, nek! " jelas Haikal.
Aku dah macam apa ni kebasahan.
" Alisa sorry sangat tak sengaja! " pinta Haikal berkali kali.
" Tak apalah. Alisa masuk dalam dulu, nek. Tukar baju kang tak hilang pula kesan kopi ni " kata aku lalu kaki aku laju berjalan masuk ke dalam rumah.
Saja aku tinggal Haikal kat situ tak ada jawapan untuk maaf dia. Celaka.
Habis dah baju aku kotor. Aku baru beli kot minggu lepas. Ni la aku malas beli baju putih lagi. Kalau setakat harga RM10 ke RM20 ke tak apa. Ini RM90! Jenama UNIQLO. Kau rasa? Aku masa beli pun berkira juga nak beli tapi fikir sekali sekala kan. Haih!
Ikut hati aku tendang je dia masuk dalam sawah tu. Nasib baik nenek dia ada. Kang kata aku perempuan gila pulak.
Aku tutup pintu bilik dan tingkap lalu aku buka baju. Aku tenung je baju tu. Nak nangis pun ada.
" Baru beli kot " cakap aku dalam hati.
Aku letakkan baju di tepi katil dan mencari baju ganti di dalam beg. Kejap lagi baju tu aku nak basuh kat sinki. Biar aku sental kuat kuat. Haikal tu tunggulah masa aku sental otak dia pulak.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...
- Bab 7 -
Start from the beginning