Telefon yang berdering terus mematikan kerja Maira. Melihat nama mummynya yang terpapar di skrin telefon, terus Maira jawab panggilan itu.
"Mummy!"
"Mai..." tersentuh hati Maira tatkala mendengar suara mummynya. Dah lama dia tak berjumpa keluarganya sejak ibu dan bapanya tak jadi berpindah ke Malaysia kerana urusan yang sukar untuk diselesaikan di sana. Jadi, keputusan diambil untuk mereka stay sahaja di Jepun.
"Mai..." namun, suara lirih Puan Karina berjaya mengubah riak wajah Maira.
Mummy nangis?
"Mummy, kenapa ni? Bagitahu Mai." Gesa Maira risau.
Terdengar suara esakkan Puan Karina dari corong telefon. Maira semakin gusar. Dibiarkan dahulu Puan Karina reda dalam tangisannya. Dia mahu mummynya lepaskan apa yang terbuku di hati. Dia sendiri tak tahu apa yang jadi pada mummynya.
"Mummy?" Panggil Maira lembut.
"I miss you so much, Mai. Mummy perlukan Mai sekarang. Mummy dah tak sanggup dah nak hadap semua ni sorang-sorang." Masih lagi dengan tangisan, Maira cuba faham satu-persatu.
"Mummy tenangkan diri mummy dulu. Then, ceritakan pada Mai apa yang jadi. Mai tak senang duduklah kalau dengar mummy nangis macam ni."
Perasaan Maira tak sedap hati.
"Daddy..."
Maira terkedu beberapa saat. Dadanya semakin berdetak hebat.
"Ke— kenapa dengan daddy?"
Maira takut. Takut untuk dengar apa sahaja yang keluar dari mulut mummynya.
"Daddy... daddy dah kahwin lain..."
Terhenyak terus Maira saat mendengar ayat itu keluar dari bibir mummynya. Bagaikan ada petir yang menyambar tangkai hatinya. Terkedu dan tak tahu mahu bereaksi macam mana.
"Dah setahun Mai. Setahun dia rahsiakan pada mummy! Kenapa... kenapa daddy buat mummy macam ni? Tak cukup ke apa yang mummy bagi pada daddy selama ni? Tskk— tskk—" Puan Karina kembali dalam esak tangisnya. Bila mengingat semula apa yang jadi, serta-merta hatinya sakit. Terlalu sakit. Dia tak percaya yang perkara seperti ini akan berlaku pada dirinya.
Perlahan-lahan air mata Maira jatuh satu-persatu. Dia seakan kehilangan kata-kata. Terbayang wajah mummy dan daddynya.
"Mummy..." lembut suara Maira memanggil Puan Karina. Dia cuba untuk menahan tangisnya.
"Mummy sabar okay. Mai janji Mai akan balik jumpa mummy secepat mungkin." Kesiannya mummy. Kenapa daddy sanggup buat mummy macam tu?
Maira kesat air matanya. Tak sangka dan tak pernah terlintas pun di fikirannya dengan apa yang jadi.
Sebaik menamatkan panggilan, Maira terus tersandar lemah di kerusi. Kalau boleh, dia mahu segera pulang ke Jepun dan bertemu mummynya. Dia mahu tahu kenapa daddynya sanggup melukai hati mummy dan hatinya.
🦄
Seminggu sudah berlalu, hubungan Raid dan Aisha semakin menampakkan jalan. Aisha dah tak seperti sebelum ini. Walaupun masih jarang untuk berbual lama, tapi cukup untuk Raid sentiasa melihat senyuman Aisha.
Sekarang ni, Raid tak boleh kalau tak tengok Aisha senyum satu hari. Kalau boleh, setiap masa dan setiap hari dia nak Aisha senyum.
Raid menapak turun anak tangga untuk ke ruang tamu apabila mendengar suara Puan Sri Azalea berbual dengan seseorang. Aisha pula berada di bilik Abby.
YOU ARE READING
Bukan Yang Sempurna.
Romancestatus; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekada...