Zara semakin melangkah pantas. Sampai di padang luas tempat budak-budak muda bermain bola sepak. Zarif Haikal akhirnya dapat menangkap lengan Zara daripada arah belakang. Zara tersentak dan terundur ke belakang. Sekarang ini tubuh kekar Zarif Haikal menghalang jalan Zara.

" Lepaslah Zarif! Saya tak nak ikut awak! Saya nak balik! Jangan ganggu saya lagi! ". Zara melepaskan perasaan marah nya pada Zarif Haikal yang masih memegang lengannya tanpa ingin lepas. Puas Zara cuba mengerakkan lengannya namun tidak terlepas.

" Kenapa kau makin degil ni hmm... ". Zarif Haikal bersuara dengan suara dalam nya. Menunjukkan pada Zara keadaan dirinya yang tercabar dengan sikap Zara. Zara mengeleng. Semakin Zarif Haikal memaksa semakin Zara tak mahu!

" Jangan kacau saya lah! Saya cakap lepas! Lepaslah! ". Sekali lagi Zara berusaha melepaskan diri namun tiada hasil. Suara Zara juga semakin meninggi. Pemuda yang bermain bola depan melihat ke arah Zara dan Zarif Haikal dengan pelik.

Kedudukan Zara dan Zarif Haikal terhalang dengan pagar yang mengelilingi padang besar bola speak tersebut. Zara terus dan terus melawan Zarif Haikal. Walaupun hati Zara berdebar tidak tentu pasal. Tidak pasti takut pada Zarif Haikal atau sebaliknya. Zarif Haikal mengetap giginya kuat sehingga rahang terbentuk jelas.

Zara melihat reaksi Zarif Haikal itu menelan air liur patah namun lekas Zara mengusir perasaan takut nya. Zara memukul, menarik jari Zarif Haikal yang melingkar pada lengannya namun Zarif Haikal semakin mengetatkan pegangan.

" Dengar sini Zarif Haikal! Antara awak dengan saya kita tak ada hubungan sama sekali! Jadi tolong jangan ganggu saya lagi! Saya tak suka! Saya nak balik! Lepaskan saya! ". Zara semakin memberontak. Rasa sakit menjalar di lengan Zara kerana cengakamn Zarif Haikal.

Zarif Haikal berdecit seakan meremehkan kata Zara. Bibir yang terkatup tadi kini terbuka sambil menatap Zara dengan perasaan bercampur baur. Zarif Haikal bermain lidah di dalam dinding mulutnya. Zarif Haikal menolak lidahnya ke tepi.

" Kau cakap apa? Kau dengan aku tak ada apa-apa?! Jangan kacau kau. Jangan ganggu kau?! Last sekali kau cakap apa tadi.. Kau nak balik?!.. Kalau macam tu jom aku tunjuk jalan balik dekat kau okay!? ". Ujar Zarif Haikal dengan riak wajah yang nakal pada Zara. Zara mengerutkan dahi pelik.

Dalam sekelip mata Zara tersandai cantik pada bahu Zarif Haikal. Zara menjerit terkejut. Zarif Haikal pula tersengih jahat. Pemuda yang hanya menonton tadi menjerit dan bersorak pada Zarif Haikal dan Zara. Sejak tadi pemuda-pemuda tersebut menonton dan berfikir mungkin pasangan kekasih yang bergaduh dan merajuk.

Sebaik si sang lelaki mengangkat si gadis dengan gerakan pantas dan bergaya. Pemuda-pemuda tersebut bersorak dan menepuk tangan dengan kuat. Terhibur dengan pasangan tersebut. Zarif Haikal cuma mengangkat sebelah tangan yang bebas kepada pemuda yang bersorak tersebut.

Zara menjerit tertahan. Zara menutup wajahnya malu mendengar usikan pemuda di padang tersebut. Tetapi Zara masih bergerak cuma menendang Zarif Haikal manum kakinya ditahan oleh tangan Zarif Haikal erat. Zara seakan mahu menangis dengan tindakan kurang sopan Zarif Haikal.

Sudah berapa kali Zarif Haikal mengangkat tubuh Zara di bahu tanpa perasaan malu. Sampai di kereta, Zarif Haikal menhempas tubuh Zara ke tempat duduk di sebelah pemandu. Zara mendesis sakit. Zarif Haikal masih tidak mempercayai Zara segera menarik seatbelt dan di pasangkan.

" Kau buka kau siap! Try me ". Zara mengetap bibir nya sambil menatap Zarif Haikal geram. Pandangan Zara juga kabur kerana airmata bertakung di pelupuk matanya. Zarif Haikal menutup pintu sambil menatap Zara tak lepas. Zara terdiam tanpa tangannya bergerak ingin membuka seatbelt.

Namun terlambat Zarif Haikal sudah mengambil tempatnya. Tangan Zarif Haikal juga menangkap tangan Zara dengan posisi badan dicondongkan ke arah Zara. Zarif Haikal sengaja merenung wajah Zara dengan riak tegas bercampur nakal.

" Jangan degil.. Kau nak aku bawa kau pergi apartment aku lagi ke atau kau nak aku bawa kau pergi rumah aku yang satu lagi tu? Kalau taknak, ikut cakap aku!! ". Pada mukanya nada yang digunakan Zarif Haikal rendah namun di akhir kata nadanya berubah tegas.

Zarif Haikal bergerak memandu pergi selepas dirasakan pintu sudah dikunci. Zara cuma bersandar lemah pada kerusi sambil menatap ke arah luar. Zara tahu mesti Zarif Haikal akan membawa Zara ke rumah mama papanya. Zara taknak dipandang rendah oleh Tokma.

Namun tiada sesiapa yang memahami Zara.

#######

Assalamualaikum hye kome!!!! 💜💜 sorry lambat update! Idea takde 😭😢 sorry tau....

Thanks for 300k views!! Huaaaaaa 🎉🎉 korang awesome giler 👍👍👍 💜💜💜💜

Thanks yg support author tak henti tu! Thanks vote n komen. Sayang kome 💃😘 nanti author up lagi okay.

Lame enn tak update sorry 🌚 author takde idea pastu larut dalam dunia utube tanpa henti 😂😂

Kome dikuarantikan ni best tak? Buat apa je tiap hari? 🙈😂

Author nakal ke baik ? Kuathoytikang pengpeng maling kingkong bggfddrghhjbd ngongeng ngongeng kingkong kongkeng 😂😂😂

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now