Mata membuntang melihat keadaan sekeliling rumah.

"Suprise!!" Satu suara menggamitku. Langsung, aku menoleh ke ruang tamu.

Eomma. Bersama...

Kek?

Hari lahir siapa hari ini? Kakiku melangkah mendekati eomma di ruang tamu yang sedang duduk bersimpuh.

Kening berkerut memikirkan tarikh hari ini. Tapi hari ini berapa hari bulan hah?

"Tengok tu, birthday sendiri pun tak ingat" kata eomma.

Lah, hari ini 9 Disember ke?

"Mana Ayren, eomma?" Soalku sambil tangan mahu memeluk eomma di depan. Tetapi eomma mengelak terlebih dahulu.

"Tak mandi lagi jangan peluk eomma."

Cis! Tak aci!

Eomma ketawa melihat wajah cemberutku."Ayren pergi kedai beli barang and guess what? Kita ada tetamu jemputan hari ni!" aku berkerut mendengar ayat terakhir eomma. Tetamu jemputan?

"Abang Ayden awak dalam perjalanan ke sini fresh dari Australia!" jawab eomma bersama muka memang tak payah cakap. Teruja habis! Maklumlah, anak sulung kebanggaan balik rumah.

Aku juga turut teruja. Asalkan eomma gembira, aku gembira. Kami menjerit sama-sama di ruang tamu itu. Kemudian, ketawa mengekek sebab jerit macam anak dara tak betul.

Setelah ketawa reda, baru aku sedar sesuatu. Semua hiasan ni siapa yang buat? Ayren pergi beli barang. Ayden on the way balik rumah.

"Lah, habis tu yang hias-hias semua ni eomma seorang je ke?" Eomma menggangguk. Uwah, hebatlah ibu aku. Hias majlis hari lahir aku sorang-sorang.

Eommaku, heroku. Gitu!

"Tiuplah lilin ni! Lama tau eomma tunggu" ucap eomma dengan bibir dimuncung ke arah lilin. Comel-comel je ibu aku ni.

"Yana bukan budak lagilah eomma. Dah tujuh belas tahun tahu?" Kening diangkat sebelah. Menunjukkan riak tidak puas hati.

Eomma buat muka tidak peduli. Ceh, eomma ni. Tak nak mengalah! "Dah besar konon tapi masuk rumah gaya snowman juga"

Hujung bibir tersenyum mendengar omelan eomma lalu aku meniup lima batang lilin di atas kek coklat.

Selesai meniup lilin, aku menutup mata. Bibir pula menggumam sesuatu. Kemudian, aku membuka mata semula.

"Yana minta apa?"

"Adalah! Sibuk je." Aku membalas dengan riak nakal. Eomma tersenyum saja.

"Kenapa eomma beria buat kek bagai? Eomma tahu kan Yana tak makan kek?" Aku berjalan ke dapur dan mengambil pisau. Setelah itu, aku kembali ke ruang tamu bersama pisau di tangan.

Kek di depan mata dipotong beberapa bahagian. "Eomma tahu. Tapi apa salahnya? Bagi anak eomma ni makan benda manis. Bila entah nak berisinya. Makan banyak tak gemuk-gemuk pun, tinggi lagi adalah" ujar eomma. Di hujung kata eomma mencebik sedikit.

"Biarlah tak gemuk pun. Tapi kan, biasanya eomma letak empat lilin kan? Kenapa ada lima pula ni?" Aku berkata sambil tangan mencabut lima lilin yang telah ditiup tadi.

"Ish, benda remeh macam tu pun nak tahu. Eomma terbeli lima. Letak jelah" jawab eomma tak ikhlas. Aku menggangguk saja.

"Awak pergi mana semalam? Eomma suruh balik kan? Bukan main merayap. Mentang-mentang dah habis SPM. Hilang satu hari!"

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now