"Terima kasih semua.Sekarang ni,kamu semua pergi sambung kerja masing-masing.Oh ya,Vicky kamu tolong ajar Puan Syafiza tentang skop kerja dia ya.Saya nak masuk bilik saya untuk check beberapa fail dan dokumen penting yang tertunggak sepanjang saya bercuti ni.Sayang,kalau ada apa-apa sayang masuk aje dalam bilik Abang okey?Abang duduk sana jer."Kata Mikhail sambil mengusap lembut kepala isterinya.

         Apa lagi,riuhlah satu pejabat bersorak melihatkan scene romantik Mikhail dan Fiza sebentar tadi.Nasib baiklah bos mereka ni jenis masuk air,kalau tak mahunya kecut kena tengking apa semua tu.Fiza pula sudah tertunduk malu dibuatnya.Aduh...suaminya ni pun satu!Agak-agaklah kalau nak sweet-sweet semua tu.Sekarang ni kan diorang berdua ada dekat office, bukannya dekat rumah.Hm,agaklah Mikhail dah lupa lah tu.Maklumlah, orang dah lama duduk terperap dalam rumah tak pergi kerja.Ni lah jadinya.Ish....Ish....Ish....

             _________________________

      "Hai Puan Syafiza,saya Maria dan ini Hasrul."Sapa seorang perempuan muda yang berdiri di hadapan Fiza bersama seorang lelaki tinggi yang berkaca mata,namun agak tampan.

       "Hai,Maria.Hai Hasrul.Tak payahlah nak panggil saya Puan.Panggil jer saya Fiza pun dah okey."Balas Fiza mesra.

       "Boleh ke kalau kami panggil Fiza jer?Bukan apa,nanti Tengku marah pula."Kata Maria teragak-agak.

        "Alah...takpelah.Lagipun saya kan masih baru lagi dekat sini.Walaupun saya ni isteri Tengku,tapi dekat sini saya masih pekerja Tengku.Samalah macam awak semua."Balas Fiza ramah.

         "Wah,best lah macam ni.Kalau macam tu,saya rasa kita bertiga boleh jadi kawan nanti.Untunglah kita,kan Maria sebab dapat berkawan dengan isteri Tengku."Usik Hasrul pula.

          "Saya ok jer kalau kita berkawan,bagus juga tu.Takdelah saya rasa sunyi sangat kat office ni."Kata Fiza.Nampaknya,ini merupakan satu permulaan yang bagus untuk hari pertama Fiza bekerja.

            "Aik?Dah satu office dengan Tengku pun rasa sunyi lagi ke,Fiza?Kalau saya jadi awaklah,rasanya hari-hari datang kerja.Maklumlah,hari-hari kena menghadap muka insan tersayang kan?"Kata Maria dan disokong oleh Hasrul.

             "Betul tu,betul.Bertuahlah Tengku sebab isteri sendiri yang jadi P.A baru.Lepasni,kalau  ada meeting yang urgent ke,tak lah bosan sangat sebab pergi keluar meeting dengan isteri sendiri.Silap-silap,tak jadi pergi meeting nanti.Dating adalah!"Gurau Hasrul dan ketawa geli hati.

              "Ada-ada jer lah korang berdua ni.Ok lah,saya rasa saya nak sambung buat kerja dulu.Nanti kita sambung lepak lagi."Kata Fiza lembut.

               "Ok,kalau macam tu nanti kita keluar lunch bertiga nak tak?Baru lah best.Boleh sembang lama-lama."Cadang Hasrul kepada mereka.

                 "Keluar lunch?Best juga idea awak tu.Boleh lah kita kenal lebih rapat nanti."Kata Fiza.

                   "Jumpa time lunch nanti tau,Fiza.Kami sambung buat kerja dulu."Kata Maria sebelum dia dan Hasrul bergerak meninggalkan meja Fiza dan kembali ke meja mereka.

       ~skip~(lunch time)

          Mikhail yang sedang leka menyelesaikan tugasnya tidak menyedari Fiza sudah masuk ke dalam biliknya.Dia terlalu fokus menghadap kerja dihadapannya kerana ianya sudah terbiar tidak berusik hampir sebulan lamanya.Maklumlah,itu kan projek penting untuk syarikat.Kos projek saja sudah mencecah jutaan ringgit!

           "Abang...tak nak keluar pergi lunch ke?Dah masa untuk lunch sekarang ni."Kata Fiza yang senyap semenjak tadi lagi.

             "Eh,sayang...bila sayang masuk bilik Abang ni?Tak perasan pun."Kata Mikhail yang baru perasan kewujudan Fiza di dalam biliknya.

               "Dah lama dah pun saya ada dalam bilik ni.Abang tu je yang tak perasan langsung sebab busy sangat menghadap segala kerja Abang tu."Kata Fiza seakan-akan merajuk.

               "Lah..yakah?Maaflah sayang Abang busy sangat tadi sampai tak perasan sayang masuk bilik Abang."Pujuk Mikhail lembut.Dia memang kalah kalau Fiza dah mula tarik muka merajuk dia tu.Bukan apa,comel!Hailah....isteri siapa lah yang comel sangat bila merajuk ni?Isteri siapa lagi,kalau bukan Tengku Mikhail Dato' Tengku Zainal.

             "Hm,takpe.Saya faham Abang banyak kerja yang nak kena buat.Sebenarnya,saya masuk ni sebab nak ajak Abang lunch sama-sama."Kata Fiza sambil tersenyum manis.

               "Oh,macam tu.Abang minta maaf sayang.Tapi,Abang rasa Abang tak dapat nak keluar lunch dengan sayang lah hari ni.Abang ada banyak kerja lagi yang nak kena settle kan ni.Lain kali,kita lunch sama-sama,ya?"Pujuk Mikhail.Memang betul pun dia ada banyak kerja yang perlu diselesaikan sebab dia dah lama tak masuk kerja kan?Jadi,logiklah kalau dia takde masa nak keluar lunch semua tu.

                   "Kalau macam tu,takpelah.Abang sambunglah buat kerja tu.Saya boleh jer lunch dengan Maria dengan Hasrul tu.Kebetulan,kami memang dah janji nak keluar lunch sama-sama pagi tadi.Oklah,Abang.Saya pergi dulu,ya?Assalamualaikum,jumpa nanti."Kata Fiza meminta diri.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now