"Alhamdulillah, okey la sikit. Kalau sakit, macam mana nak jaga baby besar dekat atas tu." Kata Ruby lalu ketawa kecil.

"Biasa lah adik, lelaki kalau sakit mengada je lebih. Tengok lah nanti kalau dah sihat, tak ada nak manja macam tu." Balas Puan Liza sambil tersenyum.


Setelah habis makan, Ruby melangkah ke bilik sambil menatang dulang makanan untuk Haikal.

"Kal, bangun. Basuh muka, makan sikit lepastu baru makan ubat." Kejut Ruby dengan lembut. Haikal tidak memberi reaksi.

"Amsyar, bangun. Jangan lah macam ni." Pujuk Ruby lagi.

"Tak nakkk."

"Haih, kalau macam tu, bila nak kebah demam ni?" Kata Ruby sambil menyentuh permukaan dahi Haikal. Panas. Ni kalau masak telur rebus pun boleh masak.

"Haikal, jom bangun. Aku bawakkan kau pergi toilet." Ajak Ruby. Haikal hanya menurut dengan lemah.

Semuanya di lakukan oleh Ruby. Di basuh muka Haikal dengan perlahan, kemudian menggosokkan gigi suaminya, dan akhir sekali, menukar baju. Perasaan malunya ketika itu di tolak ke tepi.

Selepas itu, dia menyuapkan bubur yang di masak olehnya kepada Haikal. Haikal seolah-olah baby yang baru di lahir kerana semuanya di selesaikan oleh Ruby.

"Weh, okey tak? Kenapa termenung ni?" Tanya Ruby risau apabila soalannya tadi tidak di sahut.

Haikal tersentak. Sayu sahaja dia memandang wajah Ruby.

"Amsyar, kenapa ni?" Tanya Ruby lagi. Haikal dengan segera memeluk kuat tubuh Ruby.

Ruby terkaku.

"Jangan tinggalkan aku Ruby." Kata Haikal dengan suara yang serak.

"Iya, aku tak tinggalkan kau." Pujuk Ruby.

"Nak tidur tak? Ke nak duduk ruang tamu?" Tanya Ruby setelah Haikal melepaskan pelukan.

"Nak pergi taman."

"Taman? Taman mana pula ni?" Tanya Ruby pelik. Setahunya, di kawasan perumahannya tiada taman permainan.

"Entah."

Ruby hanya menggeleng. Penat juga layan orang manja rupa-rupanya.



"Eh, ni nak pergi mana ni?" Tegur Puan Liza apabila ternampak anak dan menantunya sudah bersiap-siap ingin keluar.

"Nak pergi taman reaksi sekejap ma. Haikal ni ajak pergi taman." Jawab Ruby.

"Ouh, hati-hati drive tu."

"Okey mama. Kitorang pergi dulu." Ujar Ruby seraya menyalam tangan Puan Liza.

Ruby memandu ke taman reaksi kira-kira 5 kilometer. Haikal di sebelah hanya mendiamkan diri.

Haikal prov

'Tak sangka pula aku, dia bawa aku dekat taman betul-betul. Aku nak bergurau je dengan dia. Best jugak sakit haha. Tak apa lah, bukan selalu manja-manja dengan dia.' Kata Haikal dalam hati lalu tersenyum kecil.

"Kal, kita dah sampai." Kata Ruby membuatkan lamunan ku terhenti. Aku hanya mengangguk lalu keluar dari kereta.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Ruby.

"Jalan-jalan jom." Ajak ku.

"Kau demam kan. Nanti penat macam mana?"

"Tak apa, nanti keluar peluh, cepat lah sikit aku sihat." Kata ku. Ruby hanya mengangguk.

Pusingan kali ini, sudah masuk 3 pusingan. Taman itu sangat besar kerana mempunyai tasik yang luas. Ruby sudah tercungap-cungap kepenatan.

"Amsyar, stop lah dulu. Penat lah." Adu Ruby. Mana taknya, dia terpaksa mengejar Haikal yang jauh berada di depan. Dah macam bukan gaya orang sakit saja dia tengok.

"Tak akan 3 round dah pancit." Kata Haikal sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Ruby.

"Huh, penat kot. Kau ni, gaya macam orang tak sakit je aku tengok. Cerdas semacam."

Haikal ketawa kecil.

"Aku kalau tak sihat, aku akan datang sini untuk joging. Nak bagi peluh keluar. Bila peluh keluar, aku akan sihat." Terang Haikal panjang lebar.

Ruby hanya meng'oh'kan sahaja.

"Dah habis penat belum?" Tanya Haikal setelah 5 minit mereka berehat.

"Penat sikit."

"Cun, kalau macam tu, lagi 2 round baru kita balik." Kata Haikal.

Belum sempat Ruby ingin membantah, Haikal sudah bangun meninggalkannya keseorangan di situ.

"Amsyar, tungguuuu!" Jerit Ruby apabila jarak mereka sudah terlalu jauh. Terpaksa dia melajukan langkah untuk mengejar Haikal.





















hrm, sorry sebab lama tak update ! done for this chapter ! Lepasni maybe lambat update,  sebab dah nak buka sekolah. sis duduk asrama, so yeah jarang balik. hope korang still setia dengan cerita HKMS. sis sayang korang. Thanks support cerita ni. Erm, gudluck lah siapa yang sekolah tu 🤣 last, sorry kalau ade typo. and sorry sbb bfre this chapter 16 dgn 17 terbalik. sorry ye. btw stay safe ! ❤️

Hanya Kau Mrs.ShortyWhere stories live. Discover now