"Ini semua mimpi Haifa... ini mimpi Haifa. Jangan risau... Shhh pejam mata.. take a deep breath... semua ni olok-olok.. " Haifa memeluk tubuhnya dengan erat, kemudian perlahan-lahan tangan itu menepuk-nepuk badannya sendiri.
Dia cuba memujuk dirinya.
5 minit dia berada di dalam keadaan sebegitu.
Tangisannya tak dapat dihentikan.
Dia takut!
Mengapa dia perlu mengetahui semua perkara ini sekarang? Setelah, dia menghabiskan masanya bersama kawan-kawannya berbulan-bulan.
Dia dan yang lain sudah merancang pelbagai perkara selepas berjaya menyelesaikan misi yang terakhir. Berjalan, bercuti, mencari kerja dan sebagainya...
Namun, kenapa dia menghadapi situasi ini sekarang... dia masih mahu hidup sebagai seorang remaja dan kemudiannya dewasa...
Haifa teringat kembali mimpi daripada ibunya.
"Mama... Haifa tahu Haifa patut dengar cakap mama dari awal lagi. Maafkan Haifa mama.
Haifa bukan tak nak dengar cakap mama, tapi Haifa tak sangka perkara ni jadi lebih teruk.. dan sekarang Haifa... Haifa tak tahu nak buat apa mama..." Gadis itu mendongak memandang siling.
Air matanya mengalir dengan laju. Sebutan 'Kenapa aku' diulang-ulang dibibirnya.
Lalu Haifa terpandang lengannya yang terselak itu.
Ya. Lengan yang telah ditembak oleh Fazira yang menggunakan peluru kelemahan beast dan tersasar kepada dirinya tempoh hari.
'Patutlah aku rasa sakit.. sangat..'
Giginya diketap kuat. Tangannya menggeletar
"Kenapa semua benda kena jadi macam ni?! Kenapa aku! Aku ni memang pembawa malang!
Aku dah buat Sarah mati! Mama aku dah mati ! Kawan-kawan aku juga akan mati tak lama lagi... Haifa, apa kau dah buat ni!" rambutnya ditarik dengan kuat.
'Patut ke.. aku bunuh diri??' detik hatinya.
"No.. I don't want to die.. I love my friends... I really love them.. but... they really hate the beast... and I am that beast... leader of the beast.." keluh Haifa dengan rintihan yang sangat menyedihkan.
Dia tidak bersedia langsung untuk berita sebegini. Wajah rakan-rakannya mula melayari ingatannya.
Wajah mereka sangat gembira ketika hendak menghabiskan misi ketiga. Wajah mereka memandang Haifa tanpa sedikit pun perasaan benci.
Adakah wajah itu juga akan memandangnya jika mereka tahu Haifa ialah punca beast ini wujud di dunia mereka?
"That day will come Haifa..."
"Alif, betul cakap kau.. this day will came and I can't do anything about it..." keluhan berat diberikan apabila Haifa teringat kembali ayat Alif apabila mereka membincangkan tentang ketua beast itu.
"SHIT! I HATE MYSELF!!!" Haifa menendang kerusi yang berada berhampiran dengannya dengan kuat. "AAAARHHHHHHH!!!" Dia mula menyepak, menjatuhkan dan mencampak segala perabot di situ.
Fikirannya kusut dengan pelbagai masalah dan sekarang cara dia untuk melepaskan segala nafsu marahnya adalah dengan berbuat sebegitu.
"HAIFA!"
Jeritan suara itu membuatkan Haifa terkejut lalu memandang ke arah penghadang plastik yang menjadi penghalang antara dua ruang.
Suara garau itu amat Haifa kenali.
"Na.. Naji.." Haifa berdiri kaku setelah melihat figura lelaki tersebut.
Naji memandang sekeliling. Matanya memandang ke arah ruang yang berselerak itu.
Haifa dipandang. Dia nampak gadis itu sedang menangis sambil memandangnya.
"Kau buat apa ni Haifa?" tanya Naji lembut.
Haifa menangis lagi tidak menjawab.
"K... Kau tahu ke Naji...." suaranya jelas kecewa.
"Ikut aku." Naji menarik lengan gadis itu.
"Naji.. Kau tak patut dekat dengan aku. Aku... jahat Naji..." jawab Haifa sambil mengikuti jejak Naji.
Naji tidak menjawab tetapi dia masih lagi membawa Haifa menuju ke dalam hutan itu.
Sepanjang perjalanan Haifa menangis teresak-esak tetapi Naji tidak ingin bertanya tentangnya.
Haifa memandang Naji daripada sisi. Wajah Naji nampak sedikit murung tetapi masih lagi dikawal.
"Kau.. kau dah tahu ke Naji?" tanya Haifa lagi. Jika Naji tahu, adakah Naji sedang membawanya ke suatu tempat untuk membunuhnya?
Jika betul, baguslah....
"Shut up Haifa!" jawab Naji marah tiba-tiba.
Lalu dia meminta gadis itu supaya memanjat pokok yang pernah mereka berdua duduk sambil melihat bulan.
Haifa mengikuti sahaja. Dia tidak berani untuk melawan apa yang Naji cakap.
Wajahnya nampak sangat marah. Mungkin, Naji mahu membunuhnya di sini.
Haifa menyeka air matanya sehingga kering. Dia tidak mahu menangis lagi, jika Naji mahu membunuhnya di sini, dia patut gembira kerana kawan-kawannya akan bebas daripada mahluk durjana ini.
Tidak akan ada lagi generasi baharu untuk Organisasi Beast Hunter dan Naji juga dapat menjalani kehidupannya sebagai seorang lelaki biasa.
"Nice place..." kata Haifa. Dia ingin menyambung perkataan 'to kill me.' Namun dia tidak sanggup meluahkan perkataan itu.
Siapa sahaja mahu mati secara tiba-tibakan?
Naji memandang Haifa dengan wajah yang berkerut.
"Apa?"
Tanpa segan dia merangkul lengannya ke leher gadis itu dengan erat.
"Don't die.." katanya perlahan.
"...."
"Please... don't die Haifa.."
Air mata Haifa mula bertakung kembali. Mulutnya mengigil.
"..."
Haifa mengenggam kedua-dua tangannya dengan kuat.
Haifa sedar sekarang. Mahupun dia ataupun Naji, tiada siapa pun yang mahu dia mati.
'Maafkan aku Naji.' Bisik hatinya. Kemudian gadis itu menangis lagi, tangisannya seperti meluahkan segalanya yang terpendam di hati.
To be continued...
■■■
Update: 18 Aug 2020
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...
BAB 66
Start from the beginning