"Secret! Saya harap awak tak rasa jealouslah ye. Jom, my darling," balas Rania dengan nada meleret. Dia menggengam tangan Izyan sebelum berjalan melintasi Ilman. Sempat dia berikan senyuman mengejek kepada Ilman. 

Rania menghela nafas lega apabila melihat Ilman berjalan menuju ke office. Izyan berdeham kuat sambil matanya melirik ke arah tangan mereka berdua. Rania terus menarik tangannya itu. 

"Kau gaduh dengan dia ke?" tanya Izyan pelik. Dia mengambil botol air kepunyaan Rania yang terletak di tepi beg gadis itu. Bibirnya membaca bismillah sebelum meneguk air dengan selamba. Wajah Rania bertukar cemberut.

Air dia itu!

"Awak rasa? Dahlah mamat tu tak reti ucap terima kasih. Kerek pula tu!" kutuk Rania geram. Dia mengepal penumbuknya erat. Sakit hati dengan perangai bosnya. Izyan menggeleng kepala melihat Rania yang tengah geram itu.

"Lepas ni kau nak pergi mana?" soal Izyan sambil tangannya lincah mencari makanan dalam beg Rania. Rania merengus geram. Ye memang, semua makanan dan minumannya semua mamat mata biru ini punya. Memang!

"Wey aku lapar! Jomlah makan," rengek Izyan sambil menggoncang-goncang lengan Rania. Dia mengerdip mata beberapa kali. Terpinga-pinga Rania apabila melihat peranga Izyan dah tiba-tiba berubah manja itu.

"Erm tak payahlah. Aku tak lapar," kata Izyan mendatar sebelum berjalan meninggalkan Rania. Dia mengetap bibir menahan malu. Apa yang merasuk dia pun tak tahu sehingga sifat yang disorok dari orang luar boleh terbongkar. Dahlah terbongkar dengan Rania!

'Orang demam memang macam ni ek? Sekejap betul sekejap tak. Gila,' omel Rania sendirian. Jam di tangan dikerlingnya sekilas. Dia nak balik sekejap, lepas waktu lunch sambung kerja!

Fighting!















KROH KROH

"Ya Allah, Rania Maisarah! Kau bangun sekarang. Dah pukul berapa dah ni. Cakap lepas waktu lunch kau masuk kerjakan? Ni dah pukul dua woi!" bebel Mia sambil mencekak pinggang. Kecik besar kecik besar je tengok Rania ini. Dia menggoncang tubuh Rania berkali-kali.

"Erm, tepilah nenek tua. Jangan kacau akulah!" rungut Rania lalu menyepak perut Mia sehingga terdorong ke belakang. Dengkuran Rania memenuhi seluruh ruang biliknya. Mia merengus geram sambil memegang bahagian perutnya. Melihat Rania yang masih lagi nyenyak tidur, dia memgambil keputusan untuk biarkan sahaja.

1

2

3

Bush!

"Tolong-tolong, aku lemas! Tolong, sesiapa!" jerit Rania lantang. Tangannya terkapai-kapai seakan lemas di dalam laut. Mia memutar bebola matanya ke atas. Dia bingkas panjat sebelum melompat-lompat di atas katil Rania.

"Bangunlah, Nia! Kau kerjakan hari ni?"

Rania merengus kuat lalu bangun dari pembaringan. Dia menggosok-gosok matanya sambil mulut terkumat-kamit menyumpah seranah. Sempat dijelingnya Mia sebelum melangkah ke bilik air. Mia menggeleng-geleng kepala melihat perangai Rania.

Aye Aye Posmen! [OG]Where stories live. Discover now