BAB 1

2K 43 8
                                    

Sebelum tu author nak minta maaf kalau ada typo. Author hanyalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.
#staysafe #dudukrumahbacawattpad
.
.
Ok start!



"Abang! Mummy panggil makan!" Jerit seorang budak sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Rayden.

"Hey don't call me abang!" Balasnya.

Oh ya budak yang tengah ketuk-ketuk pintu bilik aku tu adalah Paeq a.k.a Rafeeq Naufal. Umur dia 7 tahun. Yes dia ADIK KANDUNG aku but I don't like him!

Korang banyangkan lah masa umur aku 15 tahun dan baru lepas PT3 dengan tenangnya aku sebagai anak kesayangan Mummy dan Daddy chill chill dalam rumah sambil main ps3 tiba-tiba Mummy dengan Daddy balik dengan muka gembira tahap gaban cakap yang aku akan dapat adik. Oh My Allah! Huaaa tak nakkk! Dan 9 bulan lepas tu hilanglah pangkat aku sebagai 'anak tunggal kesayangan Mummy Daddy'. But Im still kesayangan mereka okey! Harap maklong!

Nak tau kenapa aku tak suka budak ketot tu?

Okey first Mummy and Daddy always bagi perhatian lebih kat dia. Aku pun anak diorang kot! Hurmm! Tak aci betul! Nak tau tak? 2 tahun lepas dia boleh pergi tumpahkan susu atas laptop aku. Dah lah banyak file penting pasal kolej kat dalam laptop tu. Lepas tu boleh pula aku yang kena marah dengan Mummy sebab cuai. Heish!

Second, budak tu sangatlah poyo! Semua benda nak orang buatkan. Sikit-sikit panggil bibik. Apa-apa je nama bibik akan keluar. Kalau nak pergi sekolah pun macam nak kena hantar perdana menteri padahal pergi sekolah je pun. Mentang-mentanglah pelajar bijak kat sekolah.

Okey dah aku tak nak cerita banyak-banyak pasal si Paeq ni baik aku turun sarapan sekarang sebelum Mummy mengamuk.

***

"Morning Mum Dad" lalu Rayden duduk di hadapan Mummy. Paeq pula duduk di sebelah Mummy. Eh jap perlu ke aku bagitau benda ni semua? Hm.

"Morning Ayden"jawab mereka.

"Em Ayden boleh tolong hantarkan Paeq tak? Daddy nak cepat ni ada meeting kat pejabat"kata Syed Ryan lalu bediri ingin berangkat dan mereka semua bersalam.

"Alaa... tak boleh ke Mummy yang hantar? Why me?"tanya Rayden.

"Sayang, Mummy tak bolehlah. Datin Roziah nak jumpa Mummy lepas ni" kata Sharifah Raisya.

"Haih, ye la Ayden hantar"katanya.

Setelah mereka selesai bersarapan Rafeeq Naufal pun mengajak Abangnya berangkat.

"Abang jom lah Paeq dah lambat ni"katanya.

"Heish kau ni berapa kali nak cakap don't call me abang. Panggil Rayden not abang" kata Rayden.

"Okey Mr Rayden Naufal. Let's go.Paeq dah lambat nanti cikgu marah" jawabnya sambil berpeluk tubuh dan berjalan menuju ke sebuah kereta Porsche yang hanya memuatkan 2 penumpang.

Beg sekolahnya hanya ditinggalkan di sebelah Rayden. Selalu driver keluarga yang akan tolong mengangkat beg sekolahnya itu. Rayden akur dengan perangai adiknya ini dan dia terus mengangkat beg tersebut lalu berjalan masuk ke dalam kereta.

Hampir 10 minit akhirnya mereka pun sampai di sebuah sekolah swasta.

"Dah turun cepat aku nak balik" spek mata hitamnya di betulkan.

"Bukakan pintu" kata Paeq. Tangannya disilangkan.

"Perhh budak ni ada juga yang aku tumbuk karang" bebel Rayden.

"Nak Paeq report Mummy?" Dia menunjukkan handphone yang dikeluarkan dari poket seluarnya. Maklumlah sekolah mereka menggunakan gajet untuk melakukan sesi pembelajaran.

Rayden hanya mengeluh dan membuka pintu untuk Paeq.

"Thank you Mr Rayden Naufal. Please take me before 1 PM. I tak suka orang lambat tau. Ok bye" dengan berlagaknya dia berjalan sambil menarik beg roda ditangan. Comel betul!

"Tak padan dengan kecik!" Rayden terus memandu pulang ke rumah.

****

2 jam sebelum Rafeeq pulang dari sekolah, Rayden berjumpa dengan 2 orang sahabatnya.

Mereka bertiga merupakan sahabat sejak dari bangku sekolah lagi. Semua perkara mereka pasti akan berkongsi antara satu sama lain.

"Eyyy bro lama tak nampak"kata Firash. Oh ya kalau nak tau Firash ni adalah anak kepada Farhan dan Farah iaitu kawan kepada Ryan dan Raisya. Mereka berkahwin setahun selepas mereka berkenalan di restoren dulu.

"Eleh bukan hari-hari ke kita main game sesama"jawab Rayden. Lalu mereka ketawa.

"Biasalah si Firash ni kan putus wayar sikit" sambung Anaqi pula. Anaqi ni pula anak kepada Danish dan Natasha. Umur dia dengan Firash 22 tahun beza 8 bulan je.

"Apalah nasib aku dapat kawan macam si Firash ni aduuu" Rayden sengaja ingin menyakat kawannya begitu juga Anaqi.

"Kan kenapa dia kawan dengan kita erk?"kata Anaqi.

"Heish aku baliklah kalau macam ni"kata Firash yang sudah berdiri untuk pulang.

"Eh ehh kitorang gurau je lahh. Tu pun nak merajuk"kata Anaqi.

"Alololo meh sini meh mummy pujuk. Ciann dia ye"sakat Rayden. Anaqi sudah memegang perutnya yang sakit akibat ketawa. Lucu melihat Rayden.

"Weii dah la geli kau tau tak?"kata Firash.

"Ok cukup-cukup. Rahang aku ni dah sakit tau tak"kata Anaqi. Ye laa gelak macam tak ingat dunia mana tak sakitnya.

"Ok dah. Jom PUBG"kata Rayden.

Setelah puas bermain game mereka pun bersembang tentang kenangan sewaktu sekolah. Walaupun umur Ryaden dengan Anaqi dan Firash berbeza mereka sering bersama-sama sewaktu di sekolah dahulu.

"Weh korang tak lapar ke? Order jom"kata Firash. Lalu mereka bertiga pun memesan menu yang terdapat di cafe tersebut.

Selesai menjamu selera Rayden terasa ingin ke tandas. Semasa berjalan menuju tandas tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang wanita.

Wanita itu terjatuh dan Rayden segera menyambut dengan tangan kanannya dan menyebabkan mereka bertentangan mata. Rayden terpaku melihat kecantikan wanita itu.

'Beautiful' bisik hati Rayden. Setelah beberapa saat dia akhirnya sedar dari lamunan.

"Maaf cik saya tak sengaja" kata Rayden. Wanita itu segera berjauhan dari Rayden. Malu. Nasib baik kawasan tandas tiada orang kalau tak habislah dia.

"Takpe saya yang jalan tak tengok kiri kanan" kata wanita itu dengan senyuman yang manis.

Baru sahaja Rayden ingin memulakan bicara wanita itu terus beredar.

***

Hai! So macam mana bab 1 ni ok tak? Heheheh

Vote!

Give Me Your Love (Completed✔)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin