Prologue

5.1K 326 48
                                    

Di muka bumi ini, tinggalnya manusia dengan pelbagai jenis. Mereka ini terdiri daripada 70% manusia biasa dan 30% Guardian. Guardian dan manusia biasa tidak mempunyai banyak perbezaan namun mereka saling perlu-memerlukan antara satu sama lain.

Manusia biasa adalah makhluk yang sangat cantik dan sempurna. Namun hakikatnya, mereka hanyalah manusia yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan selain daripada kecantikan dan kepimpinannya. Manakala Guardian mempunyai kuasa yang luar biasa. Setiap guardian ada tanda dan elemen kuasa masing-masing. Tak kurangnya juga dengan manusia biasa, Guardian tidak mampu mengawal kuasanya sendiri tanpa sokongan daripada Alfa iaitu manusia biasa. Oleh itu, manusia dan Guardian saling bantu membantu antara satu sama lain bagi menjamin dinasti mereka.

Namun begitu pada dinasti Shwe, merupakan dinasti berakhirnya kerjasama antara Alfa dan Guardian. Angkara kuasa dan wanita, kedua-dua puak ini bergaduh antara satu sama lain. Peperangan antara pihak ini tidak mendatangkan apa-apa kelebihan kepadanya. Malahan masalah yang lebih buruk melanda adalah Guardian yang semakin di luar kawalan dan manusia yang kehilangan sumber keperluan yang musnah dalam peperangan.

Bagi mengatasi masalah ini, Raja dinasti Shwe telah mengarahkan untuk mengurung golongan Guardian dan merahsiakan kewujudan mereka daripada pengetahuan generasi akan datang. Sehinggalah kini, tiada siapa pun mengetahui akan kewujudan manusia yang digelarkan sebagai Guardian ini.

Sehinggalah terbinanya sebuah akademi yang diberi nama 'Guardian Academy' atau nama singkatannya adalah 'G.A.' untuk menempatkan golongan Guardian ini. Hanya golongan Alfa tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam akademi tersebut. Iaitu Alfa yang telah membuat perjanjian dengan Guardian.

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now