Bab 13🕵️‍♂️

Start from the beginning
                                    

Aku ambil kau.. - Mamat Poyo (10.54 a.m)

Nurulia terkejut seketika lalu mengeluh. Laju jari runcingnya membalas mesej jejaka itu.

Tak payahlah saya boleh pergi sendiri lagipun awak sibuk kerja kan.. - Nurulia Alynna (10.54 a.m)

Tunggu aku. Aku ambil kau. Jangan keluar tanpa aku. Kau keluar siap kau. Tunggu aku settle hal aku dulu.. - Mamat Poyo (10.55 a.m)

Nurulia berdecit tatkala membalas mesej jejaka itu. Dirinya hanya mampu mengalah. Bagi tidak menyerabutkan otak jejaka itu yang sibuk bekerja dirinya hanya mengalah sahaja.

Yelah.. - Nurulia Alynna (10.55 a.m)

Offline...

Fikiran Nurulia lantas memikirkan bahawa selamat duitnya dari melayang apabila jejaka itu ingin membantunya. Senyuman terukir di bibir gadis itu.

Selesai Nurulia melakukan kerjanya lantas dirinya bersiap untuk ke hospital. Sedang dirinya melilit selendang di kepalanya, telefon milik gadis itu menerima deringan kecil lantas dirinya membuka skirn telefonnya untuk mengetahui gerangan yang mesej padanya.

Siap belum? Aku ada depan rumah kau ni..  - Mamat Poyo (12.30 a.m)

Terkedu Nurulia seketika lantas dirinya menyambung melilitkan selendang di kepalanya mengemas dirinya sebelum segera keluar dari biliknya. Tali beg sandangnya dibetulkan.

Saleha yang baru sahaja masuk ke rumah lintas matanya memandang gadis yang berseri itu menuruni tangga dengan keadaan tergesa.

"Tu! Cinta hati kau sampai.." Usik Emylia pada gadis yang berdiri di hadapannya.

"Siku kau nanti.." Kerling Nurulia lalu keluar dari rumahnya seraya kasut di sarung.

"Nurul hati-hati.." Pesan Saleha pada sahabat kesayangannya itu. Cukup sayang sehingga dirinya kini berasa lega dan tenang dengan kehadiran Naqieb membantu mereka. Pada mulanya, dirinya tidak menyakini jejaka itu akan betul- betul melakukan tugasnya dengan baik. Malah, kini lebih baik.

"Okay! Korang hati-hati juga pergi beli barang tu. Kalau perlukan apa-apa call aku okay.." Senyuman Nurulia di balas oleh dua gadis cantik itu.

"Alright.."

"Aku pergi dulu bye! .." Minta Nurulia sambil melambai ke arah kawan baiknya mendekati Naqieb.

Wajah Naqieb yang sedingin ais batu itu membuatkan Nurulia terkedu seketika sambil memandang dirinya seketika. Matanya sempat memandang dirinya. Ada yang tidak kena ke? Pandangan jejaka itu sukar untuk ditafsirkan. Wajah jejaka itu sungguh dingin sehingga dirinya tidak tahu hendak beriak apa dihadapan jejaka itu.

Kita tinggal kat antartika ke? Bukan garisan khatulistiwa ke?

"Lambat.."

'Lah, sebab tu je ke muka sebijik ais batu..' Desis hati Nurulia malas.

"Maaf. Saya berbual sekejap dengan kawan saya.."

"Aku tunggu sini lama. Kau buang masa aku. " Dingin Naqieb lalu memasuki perut kereta. Nurul memutarkan bola matanya lalu segera memasuki perut kereta.

Langkah mereka diatur segera memasuki wad Aina berada.

"Assalammualaikum.." Lembut Nurulia menyampaikan salam tatkala melihat Aina seorang diri yang duduk di birai katil lalu wajahnya diangkat memandangnya. Senyuman manis terbit di bibir Aina.

"Waalaikummusalam.." Lembut suara Aina membalas. Lantas kaki Nurulia melangkah mendekati Aina. Rindu dengan gadis beruang ini.

"Kau okay ke?" Soal Nurulia apabila melihat wajah muram Aina.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now