Zafwin angguk.

"mana dorang?" soalnya, Edric berhenti melangkah begitu juga Zafwin.

"kau dengar kan?" soal Edric, Zafwin angguk. dua suara sedang berbual sambil tertawa kecil

mereka berdua melangkah perlahan. bersembunyi dibalik dinding. kelihatannya dua gadis sedang duduk sambil menikmati makanan mereka

'mungkin ni lah Helyn dan Felly tu' bisik hati Zafwin

"Zaf ape plan kau?" soal Edric

"sergah je, kita tengok apa tindakan first dorang" kata Zafwin








"padan muka dorang"

"kotorkan lagi baju aku, kan dah kena belasah" kata Helyn

"hahahahah buruk siaa muka dorang tadi lepas Ayinn dengan Muya belasah tu" sokong Felly pula

"Helyn, ape plan kau untuk kerjakan Riena dan Huzair tu?" soal Felly

"aku ada rancangan aku sendiri Fell, kau jangan risau okay" balas Helyn

"seronok nampak ponteng kelas" sapa suara lain mengejutkan Helyn dan Felly

dua orang jejaka sedang melihat mereka berdua dengan senyuman penuh makna. Helyn tersenyum sinis. Tania sudah beritahunya mengenai TheBenz

"well.."

"nampaknya ada pengawas baru nak awasi kita" ujar Felly dengan sinisnya

"ohh.. kiranya korang dah tahulah kan?" kata Edric.

"why not?" balas Helyn dengan tenangnya.

"balik kelas sekarang atau kitorang ambil tindakan" kata Zafwin tegas

kedengarannya tawa Helyn dan Felly bergabung dengan kehadiran tawa Ayinn dan Muya.

Zafwin dan Edric memandang Asyraf dan Haziq dibelakang kedua dua gadis itu. Helyn berdiri dan mahu melangkah pergi

"kau nak pergi mana?" soal Zafwin menghalang laluannya

"kelas?" balas Helyn

"ohh okay silakan" balas Zafwin. diikuti yang lain. Helyn memberi isyarat mata pada Ayinn.

permainan akan bermula.

Ayinn sembunyikan senyumnya. tibanya mereka dikawasan bangunan tingkatan lima. Ayinn melencong masuk kedalam bangunan itu

"woi!!" jerit Edric, dia mula mengejar Ayinn masuk kedalam bangunan itu

dalam masa yang sama Muya turut berlari ke arah bangunan tingkatan empat berhampirannya

"Zaf dia lari!" jerit Haziq

"kejar dia!" arah Asyraf pula

Helyn memberi isyarat pada Felly. mereka berdua berpecah ke bangunan yang berlainan.

"tak guna! dorang main mainkan kita!" jerkah Zafwin. lantas dikejarnya Helyn ke bangunan asrama

'laju betul dia ni lari mana dia menyorok dekat kawasan ni?!' bisik hati Zafwin

"keluarlah!"

"kau jangan main mainkan aku!" jerkah Zafwin. Helyn dibalik dinding dorm asrama mendengarnya dan tertawa kecil

"permainan yang menarik kita main sorok sorok!" katanya perlahan sambil ketawa kecil.

"woi keluarlah!" jerit Zafwin lagi. dia meneliti sekitar kawasannya

"macam mana nak keluar kalau kau cari aku?" Zafwin meninjau seluruh kawasan dibangunan asrama mencari suara itu

"itu tugas aku!"

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now