SPECIAL PART: (3) 🌹

Start from the beginning
                                    

Saera tersenyum melihat telatah anaknya yang sudah boleh bercakap sikit-sikit.

"dia suka pergi pantai. Main pasir. Nanti kita pergi sekali lah. Tak lama lagi cuti sekolah kan? Boleh ajak family sayang dan family abang sekali." cadang Idham yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.

"hmm.. Boleh juga tu. Dah lama kita tak bercuti bersama. Lepas Syafiq lahir, banyak benda berlaku."

Idham melabuhkan punggungnya disebelah Saera.

"kenapa pandang sayang macam tu?" soal Saera hairan.

Idham membuat muka comelnya. Adalah tu benda yang dia nak.

"eii.. Rimaslah. Kenapa dok menyendeng je ni? Malulah Syafiq nampak"

"alah nak manja-manja pun dah tak boleh. Tak best lah macam ni" kata Idham merajuk. Mukanya berkerut.

Saera tidak dapat tahan ketawa dengan perangai budak-budak Idham. Haih, dah jadi bapak budak perangai masih kalah budak-budak.

🌹🌹🌹

"bunyi kereta siapa tu?" soal Datin Rosel kepada suaminya.

"entah"

Tidak lama kemudiam, dia terdengar orang beri salam.

"eah? Itu macam suara Saera" laju Datin Rosel mendapatkan Saera.

"ya allah, Saera! Syafiq cucu nenda. Lama tak datang. Tak rindu nenda ke?" seronok Datin Rosel bila dapat memeluk cucunya itu.

Sedulang teh panas dihidang diatas meja.

"mana Idham?" soal Dato' Hisyam.

"dia ada hal dekat pejabat. Tapi dia tahu Saera nak datang sini."

"owh. Kamu macam mana? Ok? Risau kami tau. Mama nak pergi hospital tapi tak sempat"

"alah. Saera ok je. Tak payah pergi hospital pun tak apa. Ni, mana Hatta?"

Saera hairan bila tidak nampak kelibat adiknya seorang itu.

"dia pergi pejabatlah kerja"

"haih rajinnya dia sekarang. Selalu hujung minggu macam ni berlengkur macam ular dalam bilik dia.

Dato' Hisyam dan Datin Rosel hanya ketawa.

"huh. Kamu datang ni ada apa?"

"huh? Ha, Saera hampir lupa pula. Ni ha, Syafiq ni suka pergi pantai. Idham dengan Saera plam nak bercuti next week. Memandangkan next week pun dah mula cuti sekolah. Idham nak ajak mama, papa, along, Hatta dan keluarga dia pergi sekali. Macam masa sebelum Saera kahwin dulu. Kita buat lebih kurang macam familya day. Yang meriahnya lagi, Aniq dan Isma pun join" bebel Saera memberitahu tujuannya datang kerumah itu.

"Family day? Eah, boleh sangatlah tu. Kita pun dah lama tak spend time together."

"yalah, papa pun rindu juga nak hidu bau pantai. Berbuap-bual dengan besan. Bila tu tarikh?"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now