Mengecil mata Aliah sambil tergelak. Tidak dapat dia bayangkan patah riuk nanti peha tulang Suzzane menahan beban tubuhnya.

Suzzane berdecak perlahan menahan rasa geram melihat wajah cute dan cantik Aliah begitu.

"Saya takmau peha awak patah empat nanti" Aliah masih lagi ketawa sambil  menekan tangannya di bahu Suzzane menahan badannya dari di tarik Suzzane.

"You memang suka melawan arahan I" sedikit muram wajah Suzzane merenung Aliah. "I rela peha I hancur sekali pun asalkan you yang duduk" pinggang Aliah dipautnya rapat.

Mahu atau tidak Aliah terpaksa mengalah duduk di atas riba Suzzane dan membiarkan pinggangnya dipeluk erat oleh Suzzane.

Lain macam perangai Suzzane sekarang ni. Suzzane lebih banyak diam dari mengodanya seperti selalu.

"Kenapa ni" Aliah memeluk perlahan kepala Suzzane yang sudah pun melekap di dadanya itu. Di usap perlahan rambut Suzzane yang keperangan itu.

"don't leave me Lee.. please"

Terdiam pergerakkan tangan Aliah. Menjauhkan sedikit badannya dari kepala Suzzane. Wajah Suzzane dipandang dengan rasa hairan.

"Kenapa saya hendak tinggalkan awak pulak"

Suzzane menunduk. Dia menahan airmata. Aliah ni pura-pura atau dia memang tidak sensitif. Menjadi milik Bakar bererti dia akan kehilangan saat-saat seperti sekarang.

Perlahan dia lekapkan kembali kepalanya di dada Aliah. Memejamkan matanya menghayati kebahagiaan di sisi budak kunonya. Pinggang Aliah dia peluk lagi. Dia tidak rela melepaskan Aliah dalam pelukkan orang lain.

"Zenn.. ni kedai tau. Nanti apa orang kata kalau nampak kita macamni. Apa saya nak cakap kat mak kalau keluarga saya tau" Aliah melepaskan nafas perlahan yang lemah. Walaupun bimbang dia tetap membalas pelukkan Suzzane.

"I sayang sangat kat you Lee" Suzzane meleraikan pelukkannya. Tangannya memegang dua tangan Aliah. Memandang Aliah dengan mata yang sayu.

Aliah mengalihkan pandangannya dari menatap mata Suzzane. Jauh di sudut sanubarinya, hatinya menjerit menyambut rasa sayang daripada Suzzane. Dia sayangkan nyonya keding ini seadanya.

Cuma tidak terungkap dengan kata-kata. Jarinya berlegar di pipi Suzzane. Kalau lah Suzzane mengerti erti renungan matanya sekarang.

"You sayang tak dekat I Lee" mata Aliah yang bergerak-gerak merenung matanya itu direnung mencari jawaban.

Aliah terdiam lagi. Banyak benda yang dia fikirkan sejak jumpa Suzzane. Dia seperti terperangkap dalam sangkar kasih Suzzane yang terbuka luas.

Dia boleh pergi tetapi dia tidak sanggup untuk melangkah meninggalkan Suzzane.

Dia pasti..dia sudah lama gila.

"I love you Lee. I cintakan you dari hari pertama I lihat you kaku depan I" Suzzane kembali melekapkan wajahnya di dada Aliah. Mendengar degupan jantung kekasih hatinya yang semakin laju. Dapat dia rasa Aliah menahan nafas sambil memeluk kepalanya dengan kemas.

"I never forgot that moment, sayang" Suzzane menahan airmata yang sudah mula mengalir. Sudah terlewat kah dia meluahkan rasa hatinya.

"I love you with all my heart. please love me Lee"

"Zenn.. " tersekat suara Aliah di kerongkong. Terasa berat hendak dia luahkan. Seberat rasa tanggungjawab dia sebagai seorang Aliah.

Dia tidak mahu Suzzane terus merayu dia begini. Dia rasa tidak kuat lagi, hatinya semakin lemah.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now