"Huh?" Luiz memandang belakang tubuh Bella sambil mengerut kening.

"Apa maks-"

"Shuhsh," kata Bella menutup mulut Luiz menggunakan tapak tangannya. Badannya ditundukkan separuh. Mata Bella tajam merenung pokok pokok disekitar mereka.

Meow....

Eoww....

Tiba-tiba telinga masing masing menangkap bunyi seperti bunyi seekor kucing mengiau, tetapi kedengaran agak kasar dan garau.

Bukan seekor, bukan dua ekor. Tetapi lima dan bunyi itu seolah-olah datang dari pelbagai arah.

"Mak kau bela kucing? Dekat tempat hutan macam ni? Seriously?" Bisik Luiz perlahan.

"Tu bukan bunyi kucing sengal," kata Andre dibelakang.

"Habis tu bunyi apa? Anjing?" Marah Luiz semula masih lagi dalam keadaan berbisik.

"Tu bunyi cheetah..." celah Bella. Mukanya berubah dingin dan serius.

"A what?!" Soal Luiz semula.

"Miss, lima lima ekor datang ke arah kita," kata Andre pula.

"Run!" Bella pantas mencapai tangan Luiz sebelum dia terus berlari kehadapan meninggalkan Andre sendirian di belakang. Lantak kau lah Andre. Pandai pandailah kau nak hidup.

Gerak dulu, pape kita tak yah roger.

Satu ekor cheetah berwarna hitam tiba-tiba muncul di hadapan Bella dan Luiz.

"LUIZ KILL THAT THING NOW!!" Arah Bella.

Refleks Luiz yang sememangnya sedang memegang pistol di tangannya terus menghala pistol ke arah binatang liar itu.

Bang! Bang!

Dua dua tepat di kepala. Cheetah itu jatuh menyembah bumi.

"Shit! Terkejut aku!" Kata Luiz yang masih lagi berada di belakang Bella. Jantung berdebar laju. Seakan mahu tertanggal sahaja.

Sesaat selepas itu, Bella pantas pusing kepala memandang belakang.

"Tunduk!!" Jerit Bella.

Slash!!!

Satu ekor cheetah berwarna emas berbintik, terjatuh betul-betul di sebelah Luiz dengan leher yang hampir putus. Darah tersembur keluar sampaikan ada yang terkena kasut Luiz.

Mata Luiz membulat besar. Degupan jantungnya semakin kuat kedengaran. Suasana tingkat itu automatik menjadi huru hara dengan bunyi pelbagai jenis binatang. Lagi lagi bunyi monyet yang menjerit macam tercekik anak tekak.

"Dua dah mati, ada lagi tiga ekor," kata Bella sambil mata tajam memerhatikan persekitarannya. Pisaunya digenggam erat manakala sebelah lagi tangan masih tidak lepas memegang tangan Luiz daripada tadi.

"Mak kau ni nak bunuh kau ke apa," tutur Luiz tak puas hati. Jantungnya masih lagi berdebar-debar. Luiz pegang dada sendiri. Matanya dipejam rapat. Dia harus tenangkan diri. Silap haribulan Jay boleh mengambil alih badannya semula jika emosinya tidak terkawal. Setelah yakin dirinya sudah tenang matanya dibuka semula.

"Dia bukan setakat nak bunuh..."

Bella tarik tangan Luiz sama-sama menunduk ke bawah.

Zap!

Satu anak panah lalu betul betul di atas kepala mereka berdua sebelum tercacak tepat di dahan pokok belakang Luiz.

"Tapi dia nak seksa kita sekali," sambung Bella semula.

Luiz pandang anak panah yang sudah tercacak di belakangnya. Sial punya Eva. Hampir hampir sahaja benda tu terkena kepalanya sebentar tadi.

Bella dan Luiz kemudian meneruskan semula lariannya sehingga berada di hujung atau lebih tepat sehingga mereka jumpa dinding di tingkat tiga itu.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now