14|3 HARI CINTA BUNIAN

Start from the beginning
                                    

Oh yes, sebab manager bar tu macam kakak aku sendiri, dan juga sebab aku multitasking.

Aku hampir terlelap bila aku dapat mesej respon dari Abad. Tertera “The night is still young. Bring your ass to Vip, I’m here with Sandra, Fiqah and few other fellas.” Terbeliak mata aku. Sandra yang mc sekarang di club dengan Abad? Ehh mesek… Aku tertawa kecil sendiri. Patut rumah gelap saja bila aku balik.

Selalunya terang benderang dari ruang tamu dengan bunyi musik dari bilik Sandra dan Syafiqah. Aku reply mesej Abad “I think I’ll pass, you guys have fun now,!” berserta smiley di hujung. Abad membalas mesejku agak cepat, “I’m not buying it so the offer is still on, see you soon tadaa!”.

Aku tertawa lagi. Tengah aku nak cari dan susun ayat yang munasabah untuk diberi kepada Abad, anak mataku menagkap satu susuk yang lalu di depan pintu bilik. Terkejut beruk aku, degupan jantung terus laju seakan baru habis hardcore zumba.

Terus terpacak meremang bulu roma. Sekian lama aku tak rasa macam disaat yang aku rasakan waktu itu. Aku melompat naik ke atas katil memeluk erat Bankz, giant Teddy Bear milikku. Lidahku terkelu. Gelap diluar, hanya lampu bilik master aku yang terpasang, itupun hanya Ikea Holmo floor lamp.

Aku kecut perut yang teramat sangat aku rasa nak terkencing. Ketakutan aku waktu tu memang tahap gaban. Aku tahu apa yang aku nampak, aku tahu itu bukan bayangan, bukan imaginasi ataupun mainan perasaan. Waktu tu jam sudah pukul 2.17 pagi.

Aku hanya menggigil pasrah menanti ketibaan atau kemunculan apapun yang tidak dijangka, dierima atau dialu alukan sama sekali.

Aku pejamkan mata dan berdoa dengan lantang meskipun suara terketar ketar. Air mata mengalir deras tidak dapat ku kawal atau hentikan. Aku meluru ke pintu dan menendang pintu menggunakan kaki biar tertutup rapat.

Bluetooth on dan bunyi dari sound system aku yang tak seberapa itu, aku mainkan lagu ‘I know my Redeemer Live by Nicole Mullen’ dengan kuat. Aku putuskan untuk bersiap dan pergi ke Vip secepat yang mungkin.
Tak sampai setengah jam pun sebab aku hanya mandi kerbau.

Rambut dan mekap masih ‘on fleek’ so aku bergegas keluar tanpa memandang ke kiri kanan atau belakang. Berlari ke luar berkaki ayam sepantas kilat, aku merasa seperti sesuatu membontotiku. Seram sejuk rasa tengkuk.

Tiba di pintu pagar rumah, aku struggle nak pakai high heels. Memandangkan heel aku tinggi dan bertumit tajam, aku selesa pakai jenis yang ankle strap. Tengah aku membongkok cuba hook strap heels untuk kaki kiri, aku terdengar suatu bisikan yang menyapa halus di telinga, “Kumang…” Makanya, terjadilah scene dimana aku berkaki ayam berlari tak cukup tanah menuju ke lif.

Nasib ada security guard tengah membuat rondaan berada di dalam lift bersamaku Sempat beliau bertanya jika aku baik2 saja, aku hanya mengangguk sambil tercungap cungap. Punya kesal…

Di dalam kereta, aku termangu sebentar sambil ‘brain processing’ kejadian yang berlaku di atas. Fikiranku melayang entah ke mana sambil keretaku laju menyusuri jalan Kuching. Aku kenal suara itu. Suara yang aku ingat aku telah lupakan setelah banyak tahun berlalu. Bisikan yang aku putuskan untuk percaya sebagai mainan perasaan semata mata.

Aku kira semua itu telah ku tinggalkan jauh di bumi kenyalang. Aku sudah cukup dewasa untuk masih percaya semua yang berlaku malam itu. Piece by piece, segalanya kembali segar seakan baru sahaja terjadi. Aku tahu ‘lelaki sempurna’ itu ada. Aku tahu itu ‘dia’.

Tung!!!!!!!!
Aku sempat menarik nafas yang sudah separuh terhenti akibat hentikan luar biasa di bahagian dada. Airbag kereta rosak dan aku tak terfikir pun nak repair.

Tercungap cungap seumpama nyawa2 ikan aku cuba untuk bernafas. Dadaku terasa dihempap batu besar, aku rasa sakit sangat waktu itu. Aku terlanggar divider jalan namun sempat aku kawal dan double signal di depan bus stop Menara Sime Darby di Jalan Suktan Ismail.

Keadaan jalan sedikit lenggang so aku tak menarik perhatian mana2 pemandu yang lain. Aku menelefon Sandra, Abad dan Syafiqah namun semua tak berangkat.

Jariku lemah dan nafasku berbunyi seperti anjing yang menggelupur kesakitan akibat dipukul. Setiap hembus nafas hanya mampu ditarik separuh, sedangkan separuh lagi mendatar akibat hentakan. Tidak sampai 15 minit, kekasihku datang memandangkan rumahnya waktu itu hanya bersebelahan condo aku.

Dalam perjalanan ke hospital, aku pengsan.
Aku tersedar dalam pukul 8.30 pagi di katil hospital kl. Alat bantuan pernafasan sesungguhnya membantu saat itu. Kedengaran kekasih berdengkur kecil di kerusi getah bersebelahan katilku. .

“O tedah, lelak ea nyak ga. Terima kasih sayau, ketegal datai maia aku beguna ka saup. Enti enda ketegal nuan, kada ka udah ba batang mandai alai aku diatu”, bisikku sendiri sambil memandang sayu kekasihku yang lena kerana keletihan. “Terima kasih mega laban ngering ka semengat aku ti lemi tu. Nadai utai tauka urang bukai tau ngambi aku ari nuan”, sambungku lagi lalu menangis teresak esak.

(Kesiannya you.. terima kasih sayang, kerana engkau datang waktu aku memerlukan. Kalau bukan kerana kamu, aku mungkin sudah tidak bernyawa.

Terima kasih juga kerana menguatkan jiwa aku yang lemah ini. Tiada benda atau sesiapun yang akan dapat memisahkan aku dari kamu.)
Aku cium lembut tangannya. Mimpi yang aku alami sepanjang aku pengsan, aku nekad untuk lupakan. ‘Lelaki sempurna’ itu harus dibuang jauh, kerana aku mahu terus hidup. Aku layak menjalani hidup seperti wanita muda yang lain.

Mungkin kemalangan kecil itu adalah cubaan untuk merampas hidup aku dibumi. Aku tidak merasa layak untuk menjadi Kumang di kayangan bersama ‘lelaki sempurna’ tersebut; aku mahu menjadi Kumang dibumi yang penuh liku bersama lelaki yang tak sempurna ini agar kami akan saling melengkapi.

Petikan dari hati yang terdalam aku abadikan di buku kecil bernama diari, “Aku merasa diri hilang; dan tidak tahu apa yang aku temukan. Aku merasa diri menemukan, namun tidak tahu apa yang aku cari.. Dan aku terasa diri masih mencari, dan tidak tahu apa yang telah hilang..”

Hasil tulisan: Fiksyen Shasha

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now