Sabar Dianne, aku akan selamatkan kau dari sini...
Keluar sahaja dari bangunan melalui jalan belakang, tidak sampai seminit, separuh bangunan Red Star Empire telah meletup. Api yang marak dan asap berkepulan direnungnya tajam. Kemudian, dengan tenaga yang masih tersisa, dia terus menghayunkan langkahnya keluar daripada kawasan itu. Lori kontena yang dibawanya juga turut musnah disambar api sehingga menyebabkan letupan kali kedua.
Tubuh Dianne sempat disarungkannya dengan jaket. Topi juga dipakaikan di kepala gadis itu. Dalam kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu keluar menyaksikan kemusnahan itu, mereka berdua terus melenyapkan diri tanpa disedari oleh sesiapa.
----------------------------------------------------------------------
End flashback
Dianne Ardilla tergamam. Tiada sepatah kata yang terucap di bibirnya.
"Are you alright? Dianne sayang.. pandang aku.."
Dianne Ardilla yang kelihatan seolah-olah masih mencerna butir bicara suaminya beriak kosong sehingga suaminya terpaksa menepuk lembut pipinya.
Tuan Hared menongkat tubuhnya mengiring memandang Dianne Ardilla, mahu memastikan keadaan si isteri tatkala mendengar hal sebenar yang baru disampaikannya.
"Ta.. tapi, kenapa semua tu tiada dalam ingatan i? Kenapa i tak boleh ingat langsung?" Soal Dianne. Matanya berkaca tatkala menatap ke dalam anak mata Tuan Hared.
"Itu sebab, ingatan kau terganggu. Maaf.. sebenarnya, selepas kau sedar.. masa tu aku sendiri baru tahu, yang ingatan kau berkaitan kejadian buruk tu dah terpadam..." Tuan Hared berhenti seketika. Dia menarik tubuh isterinya. Mereka berdua saling duduk berhadapan di dalam buaian tersebut. Kedua-dua belah tangan isterinya diramas. Cuba menyalurkan kekuatan.
Ya, sudah tiba masanya dia menceritakan segala-galanya kepada Dianne Ardilla. Dia tidak mahu menyiksa isterinya dengan menyimpan apa-apa rahsia mengenai diri gadis itu.
"...aku tak daftarkan kau di mana-mana hospital sebab aku risaukan keselamatan kau. Jadi aku ambil keputusan untuk bawa kau berubat secara kampung, dua minggu juga kau tak sedarkan diri.. aku risau Dianne, aku takut apa yang aku buat ni akan membahayakan diri kau lagi... Dan bila kau sedar waktu tu, aku bersyukur... dan aku makin lega bila kau tak ingat apa yang jadi. Aku tak nak tambahkan kerisauan kau lagi.. maafkan aku Dianne, maafkan aku.."
Tuan Hared membawa kedua-dua tangan yang berada di dalam genggamannya ke bibir. Lama.
Air mata Dianne menitis satu persatu. Namun, wajahnya masih lagi kekal beku tanpa riak.
"Dianne?" Tuan Hared memanggil perlahan.
"Siapa yang mati waktu tu?" Soal Dianne. Nada suaranya semakin serak.
"Jimmy..." Balas Tuan Hared lambat.
"Kenapa kau tak selamatkan dia? Kenapa? Kenapa kau tinggalkan dia? Kenapa Hared? Kenap...." Tangisan Dianne Ardilla pecah. Tuan Hared tidak mampu berkata apa-apa. Melihat tangisan si isteri, nyata membuat hatinya bungkam.
----------------------------------------------------------------------
"Dianne, aku pergi dulu. Tengah hari nanti aku balik.." ucap Tuan Hared.
Dianne tidak membalas, dia menyelubung tubuhnya di bawah selimut. Tuan Hared menghela nafas berat. Tidak senang pula hatinya mahu meninggalkan isterinya dengan keadaan begini. Tapi apakan daya, dia terpaksa menguruskan hal lain di luar.
Rambut isterinya dibelai lembut sebelum satu kucupan hangat dilekapkan di ubun-ubun isterinya. Kemudian dia bangun dan berlalu pergi dari situ.
Setelah jejak suaminya sudah lagi tidak kedengaran, Dianne bangun daripada baringannya. Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Wajahnya kelihatan seperti tidak bermaya.
'Jimmy..'
Satu nama yang sering menceriakan hari-harinya yang pudar. Jimmy, bukanlah adik atau abangnya. Tetapi lelaki itulah satu-satu teman yang rapat dengannya. Dikala tiada sesiapa yang sudi bertahan melayan kerenahnya, namun Jimmy sentiasa sabar. Berita yang disampaikan dari bibir Tuan Hared nyata seolah-olah telah meragut separuh jiwanya.
'Jimmy...maafkan i, i tak tahu, you dah tak ada lagi di dunia ni. Maafkan i...' rintih hatinya pilu.
Sedang dia berendam dalam air mata, tiba-tiba muncul satu persoalan di benak fikirannya. Siapa yang mahu hancurkan hidup aku? Siapa dia?
Hatinya cuak. Dia tidak boleh tinggal diam sebegini. Lambat-laun, pasti dia akan bertemu lagi dengan manusia berhati busuk itu.
:
:
:
:
Vote okey?! Tenkiu kiss n chupp3
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romance°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...
Bab 22
Start from the beginning