Lepas saja satu masalah, satu masalah lagi timbul. Tapi kali ini bukan melibatkan keganasan, tapi melibatkan hati dan perasaan!
Berani mati perempuan bernama Hani ini. Dasar janda tak tahu malu!
"Ara, Kak Hani merayu sangat kita bermadu. Boleh? ".
Naura merentap sedikit kuat dari pegangan Hani . Bahu Hani ditolak sedikit kuat .
"Sampai aku mati, aku takkan bermadu dengan perempuan macam kau!. Kau nak Adam? Kau langkah mayat aku dulu! ". Bergaung suara Naura. Dengan pantas dia memusingkan tubuhnya membelakangi Hani. Dia risau kalau dia terlebih agresif. Mahu mati Hani dikerjakannya.
"Ara! ". Hani memanggil Naura kuat.
Terhenti langkah Naura. Dia langsung tidak menoleh menghadap Hani.
"Perlu ke Kak Hani buat kerja kotor kalau Ara tak izinkan? ".
Wajah Naura tertoleh sedikit. Senyuman sinis terukir. Dia terlampau marah dan geram. Kalau ikutkan ketidakwarasannya sekarang ini, Hani sudah teruk dikerjakannya.
"Kau buatlah kalau kau rasa esok kau nak bernafas lagi. Kau tak kenal aku lagi Hani . Bila-bila masa aku boleh pukul kau sampai kau hampir mati . Jangan main-main dengan aku " .
Entah kenapa dengan janda ini yang seperti terdesak inginkan Adam. Kalau dah gatal nak berlaki, pergi cari laki lain, suami aku jugak dia nak!
Nama saja Hani macam manisnya madu . Tapi sayang perangai buruk. Luaran nampak manis, tapi dalaman busuk.
Ops terlupa. Nama Hani sama dengan madu. Patut la dia gatal nak bermadu dengan aku. Silap besar la perempuan!
______________
Guys.
Who's gonna purchase mhmb e-book, do whatsapp me asap.
Rm22 only.
Combo e-book also still valid tau
Only RM40
TAK RUGI KALAU KORANG PURCHASE THIS COMBO E-BOOKS.
SEBAB KORANG DAPAT DUA TERUS E-BOOK DARIPADA SAYA.
TAK RUGI TAU!
WHATSAPP SAYA SEKARANG!!!
017-5033651