W A J D I - [ وجدي ] [ OG ]

By hrknnse

9.1K 2.7K 2.5K

[ 2022 ] - diedit semula. slow update First story | "Kuatlah kerana Allah" **** Muhammad Asyqar Al-Wajdi - s... More

01 | JIRAN
02 | TEMU
03 | SEKOLAH
05 | SIRAP
06 | RINDU
07 | SEDAR
08 | MALU
09 | BANTU
10 | TASBIH
11 | SESAT
12 | KHAIRUL
13 | SILAM
14 | TUMPANG
15 | TIBA
16 | KAMPUNG
17 | NYAMUK
18 | MEMANCING
19 | DOA
20 | TUMBUK
21 | DEMAM
22 | SIASAT 1
23 | SIASAT 2
24 | UGUT
25 | PERKHEMAHAN
26 | DENDA
27 | KELUAR
28 | LUKA
29 | LUAH
30 | PULANG
31 | NASIHAT
32 | USIK
33 | SURAT
34 | BONGKAR

04 | KENAL

483 162 107
By hrknnse

Melihat sahaja seorang guru perempuan masuk ke kelas, para pelajar terus berdiri dan membacakan doa sebelum menuntut ilmu. Setelah sudah, mereka semua dibenarkan duduk.

"Assalamualaikum semua, saya Cikgu Qira akan menjadi guru kelas kamu sepanjang tahun ini dan juga guru bagi subjek bahasa Melayu. Saya berharap kamu semua dapat berikan kerjasama disamping memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kamu menuntut ilmu di sekolah ini."

"Baiklah cikgu," balas kesemua pelajar serentak.

"Bagus. Baiklah, kita mulakan sesi taaruf ( suai kenal ) dahulu. Saya tak kenal lagi nama kamu semua. Kita mulakan dengan yang di hujung sana," kata Cikgu Qira sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah seorang lelaki yang berada di tempat duduk bahagian tengah dan paling hujung.

Lelaki itu berdiri. Dia memakai tali leher berwarna beige dan seluar sekolah berwarna maroon bersama dengan blazer hitam yang menandakan dia seorang yang berjawatan.

"Assalamualaikum, nama ana Muhammad Zulfan Nufail bin Abdul Rasyid. Ana tinggal di Taman Murni dan juga exco disiplin pelajar tahun lepas di Mumtazir Highschool dan Insya Allah untuk tahun ini juga di sekolah ini. Syukran (terima kasih)," katanya.

Kedengaran suara perempuan di dalam kelas ini berbisik-bisik setelah Zulfan sudah berbicara. Sesetengah daripada pelajar perempuan memuji kekacakan wajah Zulfan yang berkulit putih itu.

"Baik, Zulfan boleh duduk. Sambung yang sebelah kamu dan seterusnya sambung taaruf sehingga habis," kata Cikgu Qira.

Lelaki yang bernama Zulfan tadi duduk. Kemudian lelaki disebelahnya pula berdiri.

"Assalamualaikum, nama ana Ahmad Shaqil Hulaif bin Safwan. Korang boleh panggil Shaqil ataupun Aqil. Ana tinggal di Taman Murni sama dengan Zulfan. Hmm, apa lagi ye? Oh ye, ana juga exco kerohanian pada tahun lepas di Mumtazir Highschool dan juga akan datang di sekolah ini, Insya Allah. Itu sahaja," katanya sambil tersenyum.

Melihat cara percakapan Shaqil dapat diagak perwatakannya bagaimana. Seorang yang periang dan mudah tersenyum.

Shaqil duduk. Pelajar lelaki di bahagian hadapannya pula yang berdiri untuk menyambung sesi taaruf ini.

Pakaian lelaki itu serupa dengan pakaian Zulfan dan Shaqil tadi, tali leher berwarna beige dan seluar sekolah berwarna maroon.

"Assalamualaikum, nama diberi Ahmad Haidar Mulham bin Iskandar. Tinggal di Taman Melati. Exco bahagian media dan publisiti di Mumtazir Highschool pada tahun lepas dan Insya Allah untuk tahun ini juga. Selamat berkenalan," katanya sambil tangan kanan membetulkan songkok di atas kepalanya.

Terdengar suara-suara halus pelajar perempuan berbisik. Katanya aura Haidar lebih dingin daripada Zulfan tadi.

Masa berlalu dengan pantas, kini tibalah masa Naura dan rakan-rakannya pula memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, nama ana Wardah Hadeera binti Saifullah. Ana tinggal di Taman Indah. Ana dari Qurratun Highschool dan memegang jawatan sebagai exco disiplin pada tahun lepas. Selamat berkenalan semua, terima kasih."

Wardah duduk semula. Naura melihat Wardah sekilas. Dia merasakan tangan Wardah sedang menggigil dan berpeluh akibat terlalu berdebar.

Seterusnya, giliran Nafeesa pula.

"Assalamualaikum, nama ana Nur Nafeesa Maisarah binti Mohd Khairul. Ana juga dari Qurratun Highschool dan memegang jawatan sebagai exco kerohanian dan sahsiah murid. Itu je kot. Tak ada apa dah. Ke ada yang ana tertinggal? Oh ye, rumah ana di Taman Indah ye. Terima kasih," kata Nafeesa sambil tersenyum.

Melihat Nafeesa memperkenalkan diri, sama seperti Shaqil. Periang dan ceria sahaja.

"Assalamualaikum, nama diberi Nuraima Safiyyah binti Nizam. Er... ana tinggal di Taman Indah. Ana juga merupakan penolong ketua pengawas pada tahun lepas di Qurratun Highschool. Terima kasih."

Aima duduk semula. Melihat wajah Aima yang pucat lesi sudah boleh jangka yang Aima sedang berdebar. Ini kalau ditoreh, tiada darah.

"Aima, anti okey tak ni? Nah ambil air ana ni. Tenang, tak ada apapun," kata Naura sambil menghulurkan botol airnya kepada Aima. Sehelai tisu dikeluarkan daripada poket beg sekolahnya lalu dihulurkan kepada rakannya itu. Kasihan pula pada Aima. Dia dengan Wardah serupa. Terlalu berdebar.

"Ana okey je Naura. Terima kasih," balas Aima. Dia menyambut huluran Naura. Dia mengelap tapak tangannya dan menggenggam tisu tersebut bagi menghilangkan debaran di dada.

Naura kemudian berdiri untuk menyambung sesi taaruf ini.

"Assalamualaikum, nama ana Nur Naura Humaira binti Arfan. Ana tinggal di Taman Indah. Saya memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas di Qurratun Highschool pada tahun lepas dan tahun ini juga, Insya Allah," ujar Naura sambil tersenyum kecil.

Setelah beberapa minit, sesi taaruf akhirnya tamat. Baru sahaja Cikgu Qira ingin memulakan percakapannya,

Tiba-tiba,

KNOCK, KNOCK !

Pintu kelas diketuk dari luar. Semua murid yang tadinya sedang berbual terus terdiam.

"Masuk!" arah Cikgu Qira.

Seorang remaja lelaki berpakaian seragam sekolah berjawatan lengkap dengan songkok di atas kepalanya masuk ke dalam kelas sambil tangannya menyeluk ke dalam poket seluar. Blazer hitam yang dipakainya tidak dibutang. Mukanya ditundukkan memandang lantai menyebabkan semua orang tidak dapat melihat wajahnya.

Kelihatan dia sedang berbisik kepada Cikgu Qira bagi menjelaskan kelewatannya hari ini. Cikgu Qira mengangguk mendengar kata-kata remaja lelaki itu.

"Ok baiklah semua, dengar sini. Kawan kamu ini terlewat disebabkan masalah peribadi. Jadi, kita semua dengar dia memperkenalkan diri."

"Baiklah, kamu boleh mula," kata Cikgu Qira kepada remaja lelaki itu.

Naura malas mahu memberi perhatian semasa lelaki itu memperkenalkan diri. Dia terus menyambung menulis di buku catatannya sambil mendengar apa yang bakal lelaki itu berkata.

"Ismi Muhammad Asyqar Al-Wajdi bin Umar Qaydar. Ana kabir almushrif aleam almadi fi thanawiat Mumtazir. ( saya merupakan ketua pengawas di Mumtazir Highschool.) Syukran," kata lelaki itu lancar.

Tidak sangka ada juga yang bercakap dalam bahasa Arab seperti remaja lelaki itu. Naura yang sedang menulis mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah lelaki yang lancar berkata-kata dalam bahasa Arab itu.

ZAP!

Matanya bertembung dengan mata hazel milik lelaki itu. Tanpa Naura sedari, lelaki itu juga sedang melihat ke arahnya namun hanya sepintas lalu. Terus dia memandang lantai semula. Naura pula terus menundukkan semula wajahnya.

Alamak! Itu kan lelaki jiran sebelah! Habis lah! Boleh pulak sekelas dengan dia!

"Baiklah Asyqar, kamu boleh duduk di sebelah Haidar," arah Cikgu Qira.

Haidar mengangkat tangan. Asyqar melihat ke arah Haidar yang berada di bahagian tengah. Sebaris dengan meja Naura. Terus dia bergerak menuju ke tempat duduk sebelah Haidar.

Naura melihat sahaja Asyqar bergerak menuju ke arah Haidar. Bagaimana pula dia boleh sama kelas dengan lelaki itu? Dia jangka lelaki itu tidak akan sama kelas dengannya. Boleh la dia menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. Namun begini pula jadinya.

****

Continue Reading

You'll Also Like

167K 16.8K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
2.9M 109K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
268K 16.6K 63
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
2.5K 245 15
5 orang gadis dari sebuah universiti yang menyertai satu kem telah pun sesat di dalam satu hutan. Mereka ditemui oleh sekumpulan serigala jadian di s...