*setelah tiba disitu
"Wah.. besarnya syarikatnya. Lagi besar daripada tempat kerja Adlia " kata Adlia
Dari luar kelihatan sangat cantik. Di mana bangunan yang berwarna di malam hari. Kelihatan sangat la cantik.! Ini merupakan syarikat usahawan terbesar. Adlia seperti tidak menyangka tempat kerjanya pernah bersahabat dengan syarikat ini. Tidak lepas Adlia memandang. Persekitaran yang cantik. Adlia melihat sekeliling sampai terlanggar seseorang kerana tidak lepas memandang cantiknya tempat itu.
"Maaf maaf" balas Adlia memohon maaf kepada orang itu
"Hmm.."
Adlia agak geram bila lelaki itu pergi begitu sahaja. "Sombongnya" kata Adlia sambil menunjukkan muka bengisnya.
Adlia pun membaiki tudung dan bajunya sebelum memasuki majlis itu. Selesai sahaja Adlia pun memasuki bangunan itu. Tergamam Adlia dibuatnya. "Ya Allah.. Cantiknya tempat ni" kata Adlia sepertinya mata agak bersinar-sinar teruja berada disitu. Ini merupakan impian semua orang untuk memasuki bangunan itu. Disebabkan usaha Adlia berkerja keras akhirnya menjadi PA tengku Zaid bisa la dia melihat kecantikan tempat itu. Tempat kerja Adlia pun cantik kalau hari² tengok kita akan dah terbiasa tempat itu. Tapi bila di tempat baru lagi-lagi di tempat yang menjadi idaman semua orang memang luar biasa.
Makanan, minuman semua tersedia. Adlia pun mencari kelibatan tengku zaid. Lalu Adlia melihat tengku ikmal melambai kearahnya. Adlia pun menuju ke arahnya dan berjumpa dengan tengku ikmal dan tengku zaid.
Adlia pun diajak berbual bersama.
"Wah engku... saya tak sangka tempat ni memang cantik sangat" kata Adlia
"Hahahaha.. kamu ni kan Adlia." Gelak tengku Zaid
"Ok la papa.. Adlia.. ikmal nak jumpa kawan jap" kata Ikmal
"Hmm.. pergi la" kata tengku Zaid
Diorang pun berdua berborak pasal tempat itu Dan adlia menanyakan tentang hubungan syarikat.
"Kenapa buat majlis besar ni engku?" Tanya Adlia
"Ini sebab dulu masa saya masih kecil syarikat ni tak ada lagi dibina. Tapi saya dan rakan saya la yang mempunyai cita-cita yang sama. Kami membangunkan syarikat kami sendiri. Membantu antara satu sama lain sampai la sekarang. Kawan saya yang paling berjaya ada di sini, tengku ishak. Kawan saya yang lain tengku lukman ,dan tengku sham." Kata tengku zaid
"Saya masa kecik ada baca tentang engku dan kawan-kawan engku. Wah..!! Tak sangka saya.. Cemburunya saya. Akhirnya cita-cita saya nak berjumpa dengan engku dan kawan-kawan engku menjadi kenyataan. Usahawaan yang paling berjaya di malaysia ni" puji Adlia
*Penulis*(Saya hanya buat² ye)
"Hahahaha.. kamu buat engku malu je. " kata Tengku Zaid
"Hihihi terima kasih engku" kata Adlia sambil tersenyum manis.
Betapa gembiranya Adlia malam itu.
"Adlia"
"Ye engku" balas Adlia
"Biar saya tunjukkan kat kamu." Kata Tengku zaid membawa Adlia berjumpa tengku ishak
"Adlia ini kawan saya tengku ishak." Kata Tengku Zaid
"Hai tengku ishak" kata adlia gembira
"Sape ni zaid?" Tanya tengku ishak
"Ini PA saya" kata tengku zaid
"Ouh.. mana anak dengan isteri?" Tanya tengku ishak
"Tu.. dengan anak awak sekali. Isteri tak dapat datang ada urusan" kata tengku zaid
Adlia memandang dan Adlia terlihat Hairel dan ikmal sedang berborak di depan pintu bersama lagi dua orang lelaki.
Baru Adlia teringat yang Hairel adalah anak tengku ishak.
"Jadinya ikmal disebelah Hairel adalah orang yang jumpa kat tandas tu masa sekolah tu.. Patut lah macam kenal" kata Adlia dalam diam
"Rupanya mereka kawan sejak kecil" adlia berbisik dalam diam
"Adlia melihat ada 4 jejaka disitu. Hairel, ikmal, tak tau dan tak tau. "Adlia menekanya.
"Apa awak tengok tu Adlia?" Kata tengku ishak
"Ah.. tak der pape engku" kata Adlia tersengih
Tengku ishak hanya tersenyum melihat gelagat Adlia
"Ishak mana tengku lukman dengan tengku sham?" Tanya Tengku zaid
"Ouh.. diorang tak dapat datang tu anaknya yang datang wafy dengan Nizam" kata tengku ishak
"Ouh"
Adlia mendengar saja nama wafy dengan Nizam terus adlia memerhati dua lelaki yang Adlia tidak cam di situ.
Tidak sangka Adlia bertemu mereka berempat di situ. Adlia pun baru tau yang rupanya diorang berempat merupakan anak-anak yang bergelaran engku. Nampaknya Adlia kena banyak selidik benda macam ni.
"Laki yang langgar tadi tu ada dekat sebelah Hairel.. sebelah ikmal ada sorang lagi laki.. sape wafy dan sape nizam ye.." fikir Adlia
"Adlia awak ok ke?" Tanya tengku ishak
"Saya ok tengku ishak. Saya tolong amikkan makanan ye. Tengku zaid dengan tengku khalid nak apa?" Tanya Adlia
"Awak tolong amikkan buah untuk saya ye. Terima kasih" kata tengku Zaid
"Tak apa lah saya nak air je" kata tengku ishak
"Ok saya gi amik dulu ye. Mintak diri sekejap ye" kata Adlia dan segera ke bufet makanan yang tersedia.
"Wah banyaknya makanan" kata Adlia kelaparan. Macam nak keluar air liur dibuatnya
Selesai sahaja Adlia memberikan buah dan minuman kepada engku zaid dan tengku ishak. Adlia meminta diri untuk mengambil makanan sedikit mengisi perut yang kosong.
Disitu Adlia terserempak dengan kawan Hairel. Adlia cuba meneka siapa itu.
Adlia memikirkan apa yang hendak dimakannya. Dan laki dihadapanya menghulurkan donut di pinggan Adlia.
"Makan la ni ye" kata Wafy
" terima kasih" kata Adlia
Wafy membalas dengan senyuman.
Adlia memandang di tangan Wafy ternyata banyak betul makanan diambilnya. Dia ni rakun ke apa? Terfikir Adlia.
Adlia pun akhirnya dapat meneka. Yang melanggarnya masa sebelum masuk adalah Nazmi dan yang didepannya pulak Wafy.
"Wah.. tak sangka betul ye." Kata Adlia
"Apa yang tak sangka?" Kata Hairel
"Ekkh.. awak kat sini" kata Adlia
"Ye ini saya. Awak masih marah ke siang tadi?" Tanya Hairel
"Tak der la" kata Adlia
"Bagus la macam tu" kata Hairel sambil tersenyum gembira.
Wafy di situ hanya memandang Hairel dengan Adlia.
"Ok la wafy jom kita makan. Kongsi la sikit makanan tu banyak kau amik" kata Hairel sambil mengambil donut di pingan Wafy. Donut yang sama wafy kasi pada Adlia.
"Donut aku.. amik la sendiri" kata Wafy
"Hahahah.." gelak Hairel
Adlia pun tergelak melihat perangai Hairel itu.
Wafy pun duduk di meja yang disediakan bersama ikmal dan nizam. Hairel pulak hanya berdiri di depan diorang. Adlia hanya berseorangan duduk di meja lain. Tengku ishak dengan tengku zaid mengambil angin di luar.
"Akhh.. nape la sorang-sorang patutnya adlia bawak je izatul ke, huda atau Aida. " kata Adlia murung sambil merasa donut di atas pinggannya yang diberi wafy.
Adlia merasakan seperti kacang di dalam donut itu. Adlia cepat-cepat bangun dan menghapiri hairel.
"Hairel" panggil Adlia
Hairel pun memandang ke arah orang yang memanggilnya. Adlia cepat-cepat menolak tangan Hairel yang membuatkan donut di tangan Hairel jatuh. Sepertinya menampar tangan Hairel sebab kedengaran kuat bunyinya. Kawan-kawan Hairel di situ sangat terkejut dengan tindakan Adlia. Hairel pun terkejut dengan tindakan Adlia. Wafy yang makan terus stop. Ikmal yang tengah duduk terus terbangun. Wajah hairel seperti tidak tau apa-apa. Tengku zaid dan tengku ishak yang mendengar bunyi itu cepat-cepat melihat apa yang terjadi.
"Kenapa kau ni!" Marah nizam apabila melihat kelakuan Adlia
"Maaf maaf" adlia meminta maaf.
"Tak apa lah" kata kata Ikmal
"Kau kasi muka sangat la kat perempuan" kata nizam geram
"Nape awak buat macam tu Adlia?" Tanya hairel baik-baik
"Jangan makan.."
"Kenapa ?" Tanya Hairel
"Donut tu.."
"Itu makanan je la. Kenapa sampai nak tolak tangan orang. Tengok dah jatuh donut tu. Kalau ada masaalah dengan kitorang kasi tau" kata Nizam
"Nizam. Kau kasar sangat la" kata hairel
Adlia pun tak dapat menahan air matanya bila dimarah dan dituduh Nizam bukan-bukan.
Adlia meminta maaf kepada Hairel, tengku ishak dan semua di situ lalu pergi.
"Maaf kan saya hairel, maaf kan saya tengku ishak , maafkan saya tengku zaid" kata Adlia lalu keluar dari tempat itu.
"Apa dah jadi ni Hairel?" Tanya tengku ishak
Wafy pun bangun dari tempat duduknya dan mengambil donut yang jatuh tu.
"Adlia kata jangan makan donut ni" kata Wafy sambil membelah dua donut itu.
Tengku ishak, tengku zaid, ikmal, wafy dan nizam terkejut bila perasan yang dalam donut itu ada kacang. Semasa Hairel kecik Hairel sangat teruk alergic kacang. Bila Hairel termakan kacang mesti hairel akan kena tahan dekat hospital beberapa hari.
"Tengok apa kau dah buat nizam. "Kata ikmal
"Macam mana Adlia boleh tau?" kata tengku zaid
"Adlia?"mendengar saja nama Adlia.. hairel meninggalkan tempat itu dan cuba mengejar Adlia.. tapi banyangan Adlia pun tidak di lihat Hairel.
"Mana awak Adlia.." kata Hairel mencari
.
.
.
Bersambung