Sohee yang sedang menyapu halaman rumah memberhentikan kerjanya sebaik saja melihat Hyunjin keluar dari rumahnya.
"Hyun...",panggil Sohee dan Hyunjin pun menoleh ke arahnya seraya tersenyum.
"Kenapa?",tanya Hyunjin sambil mengorak langkah menuju ke pagar yang memisahkan rumahnya dan rumah Sohee.
"Felix macam mana? Semalam saya chat dia...tapi tak reply pun.Dia okay?",tanya Sohee.
"Ouh lupa nak bagitahu awak...semalam Jackson Hyung datang sini pinjam kereta Appa.",beritahu Hyunjin.
Mendengar apa yang diberitahu Hyunjin,Sohee sedikit keliru kerana jawapan yang diberikan Hyunjin tidak kena dengan soalan dia.
"Kenapa Jackson Oppa pinjam kereta?",tanya Sohee untuk mendapatkan penjelasan.
"Sebab nak bawak Felix pergi klinik...semalam dia sakit teruk gila sampai tak boleh bangun.",jelas Hyunjin dengan bersungguh.
Sohee tercengang mendengarkan itu.Patutlah lelaki itu tidak membalas satu pun mesej darinya semalam.Raut wajahnya serta merta bertukar resah yang mana membuatkan Hyunjin rasa serba salah.
"Tapi dia dah boleh balik...sekarang ni saya nak pergi rumah dia lah sebab Jackson Hyung suruh teman Felix...awak tak nak ikut sekali?",pelawa Hyunjin.
"Boleh tapi bukan sekaranglah...petang sikit saya datang melawat sekali dengan Eun.",ujar Sohee dan Hyunjin mengangguk faham.
Sebelum masuk ke dalam rumah semula,Hyunjin mengambil seliparnya.
"Eh,bukan awak cakap nak pergi rumah Felix ke?",soal Sohee bila melihat Hyunjin masuk ke dalam rumahnya semula.
"Saya lalu ikut pintu belakang,dekat sikit...hehe.",jelas Hyunjin dan Sohee tertawa kecil kerana rasa lucu dengan tindakan Hyunjin.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
"Kau dah makan belum?",tanya Hyunjin bila melihat Felix hanya terbaring di atas sofa sambil menonton televisyen.
"Belum...aku tak ada selera lah.",jawab Felix sebelum mengubah posisinya kepada duduk untuk memberi tempat kepada Hyunjin.
Hyunjin meletakkan belakang tangannya di dahi Felix untuk memastikan suhu badan kawan baiknya.
"Panas lagi...bukan selalu kau demam setengah hari je ke? Kau kena sampuk dengan makhluk halus ke?",soal Hyunjin dan Felix hanya memberi pandangan kosong.
Hyunjin memandang wajah Felix lama.Sedikit sebanyak dia berasa sedih kerana Felix sakit hari itu maklumlah selama ini,kawan baiknya tidak pernah muram begitu.
"Kenapa pandang aku macam tu?",soal Felix hairan.
"Aku tahu kau rahsiakan aku sesuatu pasal semalam...cepatlah bagitahu kenapa kau boleh sakit teruk macam ni.",ujar Hyunjin.
"Aku...nampak In Ho dekat mall semalam.",akhirnya Felix beritahu dan Hyunjin sedikit terkejut.
"Aku tahu benda tu dah lama tapi bila aku ternampak muka dia semalam,terus aku jadi berdebar-debar lepastu aku rasa tak boleh nak berjalan...kau rasa aku ada masalah ke?",soal Felix dan kepalanya ditundukkan.
Hyunjin menepuk bahu Felix perlahan.Dia faham yang kejadian semasa sekolah dulu bukanlah perkara biasa apatah lagi apa yang pernah dilakukan In Ho pada Felix.
"Tu bukan masalah,Felix...kau cuma trauma.Sekarang kau macam mana?",soal Hyunjin lagi.
"Aku okay...cuma lepas aku nampak dia semalam,aku asyik teringat balik apa yang In Ho pernah buat kat aku dulu...sebab tu aku banyak termenung...",adu Felix.
Hyunjin tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya memeluk Felix untuk memberi semangat kepada kawan baiknya itu.Felix hanya membalas pelukan Hyunjin.
"Kalau kau terlintas muka mamat tu,call je aku...biar aku teman kau...tak pun kau call Sohee.",pesan Hyunjin dan Felix mengangguk faham.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Petang itu,
Suzy berjalan beriringan dengan Jackson menuju ke kandang biri-biri.Encik Hwang pula sudah terlebih dulu bertolak oleh kerana mendapat aduan yang salah seekor biri-birinya tersesat di kampung sebelah.
"Awak dah makan?",tanya Jackson bila tiada sebarang perbualan di antara mereka.
"Dah...ouh cakap pasal makan,macam mana dengan tteobeokki semalam? Sedap tak?",soal Suzy bila teringatkan makanan yang diberi semalam.
"Ha...erm...sedap.",jawab Jackson sambil mengusap belakang kepalanya.
"Yeke? Takpe...awak jujur je,saya okay.",pujuk Suzy.Dia tahu yang Jackson ingin menjaga hatinya.
"Sebenarnya saya tak boleh makan pedas...tapi tteobeokki awak bagi saya semalam,saya habiskan.",ujar Jackson.
Dia risau Suzy akan salah sangka yang dia membuang makanan semalam oleh kerana tidak tahan pedas.
Suzy tersenyum lebar sebelum bersuara semula.
"Saya tahu yang awak tak tahan pedas.",kata Suzy dan Jackson serta merta membeliakkan matanya.
"Jinyoung yang bagitahu...dan dia jugak yang cadangkan supaya bagi je tteobeokki yang pedas sebab nak tengok reaksi awak.",jelas Suzy dan Jackson terdiam.
"Terima kasih sebab habiskan tteobeokki tu...boleh nampak yang awak ni pandai jaga hati orang.",puji Suzy pula.
Jackson tidak menjawab sebaliknya hanya tersengih kerana malu bila dipuji begitu.Dia berterima kasih pada Jinyoung dalam hatinya kerana memberi cadangan itu.
"Jackson...",panggil Suzy dan Jackson memandang ke arah Suzy dengan perasaan tertanya.
"Sebenarnya saya..."
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Eun dan Sohee mengambil tempat sebaik saja masuk ke dalam rumah Felix.
"Lix...ni saya bawakan bubur untuk awak.",kata Sohee lalu meletakkan bekas bubur di atas meja.
"Bukan dia nak makan pun...tak ada selera katanya.",Hyunjin menyampuk dan Felix serta merta memberi jelingan maut.
"Tak nak makan,paksa...itu je cara dia.",ujar Sohee selamba.
"Lix...alang-alang Sohee dah datang ni,aku balik dulu lah ye...",kata Hyunjin yang sejak tengahari lagi dia menemani Felix di rumah.
"Baby nak balik dah? Anja baru datang...",Eun bersuara lalu mencebik.
"Haah...Baby ada kerja sikit kat kandang tu...esok kita pergi date okay?",janji Hyunjin dan Eun mengangguk faham.
Tidak lama selepas Hyunjin pulang ke rumah,Eun pun membuat keputusan yang sama iaitu pulang ke rumah.Lagipun dia sudah berjanji pada ibunya untuk tidak mengambil masa yang lama di rumah Felix.
"Kejap ye...saya ambik mangkuk kat dapur.",ujar Sohee sebelum pergi ke dapur.
Kemudian dia datang semula bersama mangkuk kecil di tangannya.Felix mencebik bila dipaksa untuk makan.
"Nah...",Sohee menghulurkan mangkuk yang sudah berisi bubur kepada Felix.
"Tak nak makan...",Felix menggelengkan kepalanya.
Sohee hanya tersenyum kecil melihat Felix.Nasib baiklah sakit,kalau tidak sudah lama dia meninggalkan Felix keseorangan di rumah itu.
"Makan...nak kena cubit ke?",ugut Sohee.
"Eee...garang.Takut...",kata Felix dan Sohee tertawa kecil.
"Nak suap....tangan saya lenguh ni.",pinta Felix sambil mengelipkan matanya beberapa kali.
"Okay...nganga mulut cepat...aaaaa",Sohee menyuakan sudu ke dalam mulut Felix dan lelaki itu membuka mulutnya dengan perasaan gembira.
"Hmmphh...tawar.",komen Felix sebaik saja bubur itu selamat ditelan.
"Mana ada tawar....awak kan demam,memanglah tak rasa apa-apa.",marah Sohee namun tangannya masih lagi menyuap bubur ke mulut Felix.
"Eh rasa dia masam pulak..",ujar Felix lagi dan kali ini Sohee hanya memberi jelingan.
"Mengada ea...saya cubit baru tahu.",ujar Sohee lalu tersenyum kecil.
"Ha...baru sedap...tadi kan awak marah saya sebab tu rasa dia bertukar...bila awak senyum,rasa dia dah sedap.",puji Felix sambil menunjukkan ibu jarinya.
Sohee tidak memberi respon kerana sudah mengagak yang Felix sengaja mengusiknya.Namun dia tidak kisah kerana dia gembira melihat Felix sudah sihat.
Sebaik saja bubur dihabiskan,Sohee pergi ke dapur untuk membasuh mangkuk tadi.Dan tugas seterusnya ialah memastikan Felix menelan ubat yang diberikan oleh doktor.
"Saya dah sihat...jadi tak payah makan ubat.",Felix menolak sebaik saja melihat Sohee memegang plastik ubat.
Sebenarnya dia bukanlah seorang yang susah makan ubat tapi dia sengaja inginkan perhatian daripada gadis itu.
"Ouh...okay.",jawab Sohee lalu menyimpan semula ubat ke dalam plastik.
Felix hairan dengan tindakan Sohee bila gadis itu tidak memaksanya.
"Kalau macam tu,saya nak balik dulu...",Sohee meminta izin.
"Alah...Jackson Hyung tak balik lagi..",rengek Felix sambil memegang tangan Sohee,tidak memberi gadis itu pulang.
Sohee tersenyum jahat sebelum mengekalkan wajah seriusnya.
"Lah...awak dah sihat kan? Biarlah saya balik.",saja Sohee mengumpan.
Felix tidak bersuara sebaliknya meletakkan tangan Sohee di dahinya untuk menunjukkan yang dia masih belum sembuh sepenuhnya.
"Saya saja je...ingatkan awak nak pujuk saya makan ubat macam dalam drama...tapi awak lain..hiks.",jelas Felix lalu mendongak
oleh kerana Sohee sedang berdiri ketika itu.
"Alahai...mengada betul,nasib baik comel.",Sohee duduk semula di sofa lalu mencubit pipi Felix.
"Aaaaaa..",Felix sudah mengangakan mulutnya untuk menelan ubat.
"Lix....awak makan ni,ubat pil tau bukan ubat air macam budak tadika.Takkan nak kena suap jugak?",tegur Sohee dan Felix mula tersengih malu.
Sohee pun meletakkan ubat di atas tapak tangan Felix lalu menghulurkan segelas air untuk diminum bersama ubat tadi.
Sebelum pukul 7 petang,Sohee sudah pun meminta diri walaupun Jackson masih belum pulang ke rumah.
"Annyeong...cepat sihat tau,boleh kita jalan-jalan lagi..",ujar Sohee lalu mengusutkan rambut Felix.
Felix melihat Sohee pulang ke rumah dan mula tersenyum sendiri.
"Kalau macam ni,aku rela sakit seumur hidup.",ujarnya sendirian sebelum menutup pintu.