Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B42

178 29 21
By smokymokivicococo

"SO, aku nak kau keluar dari rumah aku sebelum aku sendiri yang bunuh kau, Hell!" halau Ayden. Mukanya jelas tegang sehinggakan timbul urat leher. Matanya turut memerah menahan marah.

"A... Aku–"

"Keluar!" jerkah Ayden lagi. Sedikit pun dia tidak mahu mendengar suara gadis itu.

Evel pula hanya diam. Meskipun dadanya sudah turun naik menahan debar, dia masih menunjukkan riak tenang. Isyarat dihantar pada Encik Haze, Encik Richard dan Puan Airine agar tidak masuk campur. Tiga figura itu hanya patuh apabila melihat Evel yang mula memegang lembut tangan Scarlet.

Evel cuba mencari anak mata Scarlet tetapi gadis itu segera menunduk. Tangannya menggigil menahan seribu satu rasa di hati. Evel pula masih tenang mengusap lembut tangan adik kembarnya meskipun dia sedar Ayden mula mengacu pistol padanya.

Bunyi picu ditarik kedengaran lalu satu tembakan dilepaskan oleh Ayden. Alex yang sedar pantas menendang tangan lelaki itu membuatkan tembakannya tersasar.

Mata Alex mencerlung merenung 'ketua'nya. Seketika pandangan dilarikan pada Evel dan Scarlet. "Sis just spill everything!"

Desakan dari Alex hanya dibalas dengan jelingan maut Evel. Evel mendekatkan mulutnya pada telinga Scarlet lalu berbisik lembut, "Aku percayakan kau, Scar. Semuanya terserah pada kau."

"A... Aku tak boleh." Scarlet turut berbisik. Suaranya bergetar mengingati memori lepas.

Evel tersenyum tawar. Dia tak dapat buat apa-apa kalau Scarlet sendiri tidak bersedia. "It okay. Kita balik je." Evel bangun lalu tubuh Scarlet yang masih menggigil turut ditarik bersama.

Lia dan Anna sudah terkelip-kelip mata memandang tindakan mereka berdua. Apabila ibu bapa mereka bangun, perlakuan itu hanya diturut. Masing-masing setia di sisi keluarga sendiri. Alex pula merengus geram. Matanya tajam merenung Evel dan Scarlet.

"Lia, kau isteri aku!" Kyle bersuara apabila Lia tidak menurut isyarat matanya yang menyuruh duduk. Lengan gadis itu cuba ditarik agar duduk kembali. Namun pantas sahaja Encik Haze merenung tajam wajah lelaki itu. Perlahan-lahan, Kyle terpaksa menjatuhkan tangannya.

Bunyi pintu dibuka membuatkan semua mata tertumpu disitu. Muncul kelibat Ivy dan Sarah yang terpinga-pinga melihat suasana tegang mereka.

"Hell?" Ivy bersuara pelik.

Manakala, Sarah pula sudah membuntang mata. Perlahan-lahan dia kembali melangkah kebelakang. Baru sahaja kakinya tersarung kasut, satu peluru tepat mengenai lengannya. Kepala pantas diangkat memandang wajah Scarlet yang jelas tegang. Gigi diketap melihat pistol ditangan gadis itu yang masih teracu padanya.

"Kau nak lari mana?" soal Alex sinis.

Hampir semua terkejut melihat tindakan Scarlet dan Alex. Raven pantas bangun lalu pistolnya diacu tepat dibelakang kepala Scarlet. "Letakkan pistol kau!"

Scarlet tergelak sinis. Perlahan-lahan pistolnya dijatuhkan ke lantai. Selamba gadis itu berpusing menghadap Raven lalu mata hazel cairnya merenung tepat anak mata kelabu milik Raven. "Pertahankan betina tu? Kau pilih betina tu daripada aku?!"

"Scarlet, it's not him!" cantas Evel. Tubuh Scarlet ditarik ke belakangnya. Scarlet pula tercungap-cungap menahan dadanya yang turun naik dengan amarah. Terasa bagai tidak cukup oksigen untuk dihirup. Sesak! Terlampau sesak!

"Fine! Kalau korang nak tahu siapa pembunuh Steven, memang Evel yang bunuh!" Jerit Scarlet. Gelak sinis sekali lagi dikeluarkan. "Tapi, puncanya aku! So, bunuhlah aku! Bunuh!"

"Scar!" Puan Airine sudah memeluk erat tubuh Scarlet. Mata gadis muda itu basah tetapi langsung tidak kedengaran raungannya.

"Aku punca dia mati..." Jeda. Masing-masing melekapkan mata pada seraut wajah Scarlet yang merenung kosong pada dinding. "Tapi, bukan aku yang nak dia mati. Aku cintakan dia. Aku sayang dia. Kalau tak disebabkan..."

Sekali lagi Scarlet menjeda. Kali ini dia merenung mata Raven lalu tersenyum nipis. Mata yang sekian lama dia rindui. Mata yang serupa dengan Steven, satu-satunya lelaki yang pernah buat dia jatuh hati. Malangnya, rasa sayang dan cintanya menjadi punca kematian lelaki yang dicintai itu.

"You should kill her, not me and not Evel." ujar Scarlet, lemah. Ayat itu sengaja ditujukan pada Raven yang turut membalas pandangannya.

BANG!

Satu lagi bunyi tembakan menyapa telinga. Semua pantas memandang ke arah pintu dimana Ivy sedang menekup luka di kaki Sarah pula. Gadis itu sudah terduduk sambil meraung kesakitan. Tembakan dari Alex itu terasa bagaikan mengenai tulang kakinya.

"Jujur jelah, Sarah! Kau tak habis-habis buat hal dengan family aku! And Ayden, Raven! Kalau korang nakkan keadilan untuk Steven, cari pesalah sebenar, bukan kakak aku!" jerkah Alex. Urat-urat mula timbul dileher dan lengan lelaki itu dek menahan diri daripada membelasah sesiapa di situ.

"Kalau tak disebabkan minah tu...!" Jari dituding pada Sarah. "Reaper takkan tahu Steven bercinta dengan kakak aku. Dan korang semua takkan jadi sasaran Reaper! Nyawa Steven takkan melayang kalau tak disebabkan perempuan ni yang jadi pengkhianat dalam kumpulan korang!"

Habis amarah dilepas pada ahli-ahli Exfire yang sekadar terkaku. Sarah pula sudah pucat mendengar kata-kata Alex.

"Tt... Tak! Ayden, aku tak khianat kau! Kyle, Ivy, korang percaya aku kan? Ivy, please speak for me!" pinta Sarah. Menggigil badannya apabila Ayden sudah merenung tajam dan Ivy pula masih terpaku memandang gadis yang dianggap kawan baiknya itu.

"Jadi betullah?" soal Ivy, perlahan. Matanya berkaca-kaca memandang Sarah. "Setiap minggu, yang kau menghilang pergi rumah pakcik kau tu, Reaper kan?"

Ivy tersenyum tawar. Dia sendiri pernah mencurigai gadis itu dan setelah disiasat, Sarah ada kaitan dengan seorang lelaki yang datanya tidak dijumpai. Tapi, dia kenal lelaki itu, dia kenal lelaki yang pernah menjadi musuh ibu bapanya suatu ketika dahulu. Dia fikir penyiasatnya yang silap membuat laporan, tapi segalanya sudah terbongkar sekarang.

"Ivy, tak! Tak! Aku tak tipu kau! Tolong percayakan aku, Ivy. Aku kawan kau!" rayu Sarah. Tangan Ivy yang masih menekup lukanya digenggam erat. Dia masih tidak mahu mati.

BANG!

Semua terpaku apabila peluru Raven sudah menembusi kepala Sarah. Lelaki itu hanya menayang riak kosong, tidak sedih mahupun terkejut. Bahkan dengan tenang Raven terus naik ke tingkat atas.

Cukuplah apa yang dia dengar hari ini. Terlalu banyak kejutan. Tentang misteri yang sudah diungkap, pengkhianatan, kematian dan kehidupan semula. Sudah, dia sudah terlampau penat.

.
.
.
.
.
.

"EVEL, kau pasti ke? Kau tak rasa keputusan ni terlalu terburu-buru?" soal Anna. Dia sekadar merenung Evel dan Scarlet yang duduk di birai katil. Selepas kejadian petang tadi, dia terus mengikuti Evel dan Scarlet balik. Begitu juga Alex. Hanya Lia sahaja yang terpaksa tinggal disana kerana dia sudah berkahwin dan ada anak.

Kejadian di rumah Ayden kembali terlayar di kotak ingatannya.

Masing-masing masih tegak berdiri, kaku melihat kematian Sarah. Tidak sangka semudah itu Raven memutuskan untuk membunuh Sarah sedangkan mereka juga tahu isi hati Raven buat gadis itu.

"Evel, aku setuju nak pinjamkan anak buah aku pada kau." ujar Ayden, tenang. Kelibat Raven pula sudah tidak kelihatan."Dengan satu syarat..."

"Apa dia?"

"Nyawa kau. Aku nak nyawa kau." ujar Ayden, sinis. Sebelah keningnya diangkat gaya mencabar Evel.

"Evel tak salah! Kenapa kau masih nak bunuh dia?!" bantah Anna pula. Rasa amarah meluap-luap di hati mendengarkan permintaan tidak masuk akal Ayden tersebut.

"Tak salah? Bukan ke Scarlet sendiri yang kata Evel pembunuh Steven? Sarah cuma punca. Right, Scarlet?" tambah Ayden lagi. Scarlet yang masih dalam dakapan Puan Airine ditenung dalam. Gadis itu tidak menjawab sebaliknya hanya menundukkan kepala.

"Ya, memang aku yang bunuh Steven. Aku mengaku tangan aku yang putuskan nyawa dia. Dan semua itu atas persetujuan Steven sendiri." Terang Evel. Wajah Ayden yang masih memprovok dirinya ditenung. "Steven tahu dia jadi sasaran Reaper. Reaper kata, Steven punca Scarlet jadi lemah sebab tu dia nak hapuskan Steven. Tapi, tak tahulah kenapa dia libatkan semua keluarga Steven sekali."

"Scarlet buat keputusan untuk putuskan hubungan, untuk jaga nyawa Steven. Tapi aku tahu Reaper tetap takkan lepaskan dia macam tu je." Nafas berat dihela. Evel menggigit perlahan isi pipinya, cuba menenangkan diri. "Lepas beberapa hari, Steven sendiri yang datang cari aku. Dia dapat tahu Reaper rancang serangan pada family dia, dan Scarlet dipaksa ketuai serangan tu. Steven buat rancangan untuk selamatkan family dia dan diri dia sendiri. Kitorang culik Scarlet malam tu, dan sembunyikan dia. Aku pulak berlakon jadi Scarlet dan ketuai serangan."

"Semuanya nampak normal. Steven kata dia dah sediakan anak buah Exfire yang akan serang hendap Reaper malam tu. Sepanjang serangan  tu, Reaper ada dengan kitorang. Dia perhatikan setiap tindakan aku. Kitorang rancang nak bunuh dia sementara aku pura-pura seksa Steven dan lengahkan masa, tapi entah macam mana anak buah yang Steven aturkan tak sampai pada waktunya. Aku terpaksa bunuh Steven untuk selamatkan Raven. Dia sendiri yang suruh aku selamatkan adik dia dan aku cuma ikut arahan." tambah Evel lagi.

Selepas kematian Steven pula, Scarlet mengalami kemurungan teruk dan dijaga oleh mama dan papa. Tidak lama selepas itu, Evel sendiri yang memalsukan kematian adik kembarnya itu.

"So, dah terang-terang kau pembunuh Steven. Aku cuma nak nyawa kau, Evel. Dan kau boleh ambik seberapa banyak pun anak buah aku yang kau perlukan." ujar Ayden, selamba. Bagai tidak kisah dengan cerita silam yang baru menjamah telinganya.

Evel mengetap giginya, geram. Mata dipejam rapat lalu nafas ditarik dalam. Kalau ini sahaja caranya, "Aku setuju."

"Aku takde pilihan lain, Anna." jawab Evel sambil tersenyum nipis.

"Aku tak setuju." bantah Scarlet. Matanya merenung tajam wajah selamba Evel. "Kau tak boleh tinggalkan aku, Evel. Aku dah takde sesiapa."

"Kau masih ada Alex." Selamba Evel membalas. Tawa kecilnya terlepas apabila melihat Scarlet yang mencebik.

"Aku tak suka biawak hidup macam Alex tu. Dahlah bongkak, kuat perasan pulak tu. Merana aku hidup dengan dia." rungut Scarlet.

"Dah tu kau bahagia ah hidup dengan Evel? Masak pun tak reti. Alex tu reti la jugak masak." sampuk Anna pula. Suka dia mengenakan Evel.

Scarlet mengangguk laju. "Haahlah, tak bahagia jugak. Aku hidup dengan kau jelah, Anna."

"Eh, tak guna! Korang baru jumpa sekali ni terus nak pedajal aku!" rungut Evel. Sisi kepala Scarlet dan Anna ditolak kuat sehingga masing-masing tergelak. Scarlet sahaja yang tersengih nipis.

"Mana ada sekali, aku ada jumpa Anna la masa kecik-kecik dulu." nafi Scarlet.

Terimbau zaman dimana mummy dan daddynya masih hidup. Hampir setiap minggu keluarganya, Anna dan Lia akan berkumpul. Tetapi disebabkan sikap Scarlet yang tidak suka bersosial, dia sering ditinggalkan bersama Grandpa sementara Evel pula mengikuti mummy dan daddy. Jika dia muncul, Evel pula yang menemani Grandpa. Kerana itulah Anna dan Lia tidak mengenalinya.

"Yeke? Bila, bila? Aku tak tau pun!" soal Anna teruja.

"Ada, aku jumpa kau tapi kau panggil aku Lyn. Aku malas nak kisah so aku biarkan la kau anggap aku ni Evel." terang Scarlet.

Anna pula sekadar meng'o'kan pernyataan Scarlet. Kepala diangguk berkali-kali. Bila tengok macam ni, muka diorang memang serupa. Mustahillah dia yang sekadar kanak-kanak tadika lap hingus guna lengan baju itu, mahu reti membezakan.

Evel tersenyum nipis. Cepat sahaja topik tadi ditutup.

_____________________

~18/03/21~

Continue Reading

You'll Also Like

174K 11.7K 15
Qaib Naufal, bukanlah seorang lelaki yang tahu untuk mencairkan hati wanita kecuali mummynya. Dia yang bakal menjadi seorang doktor pakar bedah adala...
309K 14.5K 54
Known as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup mat...
67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...