"Semua sudah ada?" soal Sowon apabila mereka kini berada di tempat yang dijanjikan untuk berjumpa.
"Sowon, kita hanya berenam. Bukannya berpuluh sampai perlu tanya sama ada kalau semua sudah ada ataupun belum. Tengok sendiri lah." Yerin berkata mengejek.
"Tidak puas hati betul perempuan ni tau." kata SinB dengan nada geram.
"Relax. Kita memang kurang pun lah." kata Yuju setelah meneliti siapa-siapa yang tiada di situ.
"Umji tiada di sini lagi." Eunha menyebut siapa yang tiada di situ.
"Tengok, kita berenam pun masih ada yang kurang." SinB berkata menghalakan kepada Yerin. Yerin hanya mendiamkan diri.
Tidak lama, sebuah kereta Alza menghon ke arah mereka.
"Hai guys, sorrylah kalau lambat." Umji keluar dari kereta Alza tersebut dengan senyuman ceria tanpa tahu ada yang berlaku tadi.
"Hai Umji. Kita naik yang ini ke?" soal Eunha.
"Ha'ah. Marilah naik. Jalan awal, sampai pun awal." kata Umji mempersilakan. Mereka mengikut Umji ke bonet untuk meletakkan beg pakaian mereka selama dua minggu di sana.
"Ini kereta siapa?" soal Yuju sambil menyusun masuk begnya ke dalam bonet.
"Ouh, ini kereta abang aku." jawab Umji sambil membantu Yuju memasukkan lagi beg pakaiannya.
"Abang kau? Dia tak marah ke? Macam mana kalau tetiba rosak nanti?" soal Eunha pula dengan sedikit risau.
"Eh, takpe. Aku dah pinjam. Lagipun dia kata dia nak bagi aku. So, sebelum bagi aku betul-betul biar aku rasmi dulu." kata Umji tersenyum.
"Jadi nanti jalan kau yang pandu juga ke?" soal Yerin yang tetiba menyampuk.
"Kenapa? Kau nak pandu ke? Atau ada yang nak pandu?" Umji memandang satu-persatu lima orang itu.
"Kalau kau bagi, aku nak." Sowon berkata.
"Aku ok je."
"Aku pandu." Sowon berkata dengan teruja.
"Tapi nak SinB yang duduk sebelah aku boleh? Sebab sekali nak suruh SinB rakam perjalanan kita nanti. Senang nak buat dokumentasi ataupun sebagai kenangan." kata Sowon dengan senyuman manisnya.
"Boleh. Bagus juga tu. Aku boleh bantu Yerin nanti untuk cari maklumat kalau aku tak memandu." Umji menyokong.
"Ngam. Jom naik." Eunha masih dengan terujanya macam budak-budak kecil.
Satu-persatu mula masuk ke dalam kereta Alza itu, dimulai oleh Eunha diikuti Yuju, Yerin dan Umji untuk penumpang belakang manakala pemandunya ialah Sowon dan disebelahnya SinB.
Sepanjang perjalanan selama 5 jam itu, keadaan di dalam kereta itu, tiada yang senyap. Semuanya bising apalagi apabila lagu yang berkumandang di radio diketahui oleh mereka berenam, pasti tidak akan lepas dari menyanyikan lagu itu bersama-sama. Harap saja mereka masih ingat tujuan utama mereka sekarang ini.
Prek.
Bunyi pedal kereta di tarik. Empat selebihnya yang berada di bahagian belakang melihat keluar tingkap kereta.
"Pasti ke ini tempatnya?" soal Yerin sedikit meremang melihat jalan sempit yang berada di sebelah kiri mereka.
"Tak pasti sangat sebenarnya."
"TAK PASTI?!" selebihnya menutup telinga apabila suara 'high note' Yerin keluar tiba-tiba selepas mendengar kata-kata SinB.
"Selama ni Sowon pandu kereta ni mengikut arah yang kau cakap tau. Dan sekarang kau cakap tidak pasti? What the-? Kalau macam tu bagus awal-awal suruh Umji pandu dan aku yang tunjuk arah." Yerin membebel panjang tanpa memberi ruang untuk yang lain cuba bersuara. Tarik nafas pun macam tidak mampu mendengar bebelan Yerin.
"Bukan tidak pasti sebab apa, tapi memang mengikut peta, titik terakhirnya di sini sebab tu terpaksa stop sini dan sekarang itulah yang kita nampak---" Sowon menunjuk arah laluan lorong kecil itu. "---tu je. Jadi mungkin itu laluan ke Kampung M dan tidak dapat terbaca oleh peta." Sowon mengeluarkan hujah-hujahnya.
Yerin membatukan diri. Entah mau berdebat apa lagi. Rasanya memang salahnya sebab hanya langsung bercakap tanpa tanya dulu.
"Jadi kalau macam tu, maksudnya kita terpaksalah turun dan jalan masuk dalam?" soal Eunha.
"Rasanya kereta kita ni boleh masuk lah. Cuma terpaksa lah ada cakaran sikit dan gegaran sikit. Atau mungkin banyak." Sowon berkata. Umji yang dipandangnya melalui cermin pandang belakang menunjukkan riak berfikir.
"Kalau macam tu, aku lebih sokong kita lalui jalan kecil tu guna kereta even terpaksa terima gegaran dari ada something happen kalau kita jalan kaki." Yuju yang dari tadi turut berfikir, bersuara memberikan pendapat. Sekali lagi pandangan Sowon yang tadinya dialihkan memandang Yuju kini kembali pada Umji.
"Hmm, kalau macam tu, kita lalu guna kereta je lah. Aku pun sokong kata Yuju tu." akhirnya yang di tunggu-tunggu berkata, bersuara juga. Sowon melebarkan senyuman.
"Kalau macm tu jom---"
"Jap, jap, jap." Sowon yang tadinya mula mengerakkan pedal kereta ke mode bergerak semula terhenti apabila SinB yang berada di sebelahnya menghentikan perbuatannya.
"Kenapa?" soal Yerin yang berada di bahagian belakang.
"Kenapa aku baru perasan tanda tu?" SinB menunjukkan papan tanda yang berada lebih kurang 5 meter dari hadapan mereka. Semua pasang mata memandang ke arah yang ditunjukkan oleh SinB itu.
"Sejak bila ada tu?" soal Yuju dari belakang.
"Kan, aku pun rasa benda tu tiada tadi." sokong Eunha.
"Tapi yang pasti tanda tu tunjukkan arah yang mahu kita tuju." Yerin bersuara.
"Mean, laluan ni bukan ke Kampung M lah tu." tiada sahutan dari yang lain selepas mendengar kata-kata Umji itu,
"Naikkan tingkap."
"Lock."
Klik.
Sowon dengan refleksnya melakukan apa yang di katanya itu, membuatkan yang lain rasa kurang enak dengan persekitaran mereka yang tiba-tiba menjadi sedikit mendung sedangkan sekarang adalah masih waktu petang.
"Kenapa?" hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut.
"Entah, aku tiba-tiba rasa insecure dengan keadaan kita ni." Sowon menjelaskan dari pertanyaan Yerin itu sambil matanya sibuk memandang sekeliling luar kereta mereka.
"Sekarang macam mana? Nak patah balik atau ambil kiri atau ikut laluan papan tanda tu?" Eunha menyoal dan soalan itu seperti soalan paling susah di dunia untuk dijawab.
Semua diam di tempat masing-masing dan soalan itu dibiarkan selama hampir 30 minit ehinggalah Sowon bersuara.
"Kalau aku kata patah balik, siapa sokong?" soal Sowon tanpa memandang sesiapa tapi matanya sibuk meliar memandang sekelilingnya dari dalam kereta itu.
"Sekarang dah jam 6.02 petang. Kalau patah balik masih sempat. Nak terus pun, boleh jalan sekarang sebelum makin gelap." kata Yuju.
"Kalau aku, aku ikut korang je. Tapi kena pastikan kalau nak teruskan masuk ke dalam, kita kena sama-sama sampailah kita keluar pun kita kena bersama-sama. Enam orang kita masuk, jadi kita kena enam orang juga keluar." kata Umji sambil memandang wajah kawan-kawannya itu.
"Aku sokong Umji." Eunha bersuara.
"Aku juga." kali ini Yerin pula bersuara.
"Sekarang tunggu keputusan leader kita." Yuju memandang Sowon kita memandang satu-persatu wajah kawan-kawan sekumpulannya itu. Sowon memandang hadapan dan melihat ke arah papan tanda serta laluan arah yang ditunjukkan oleh papan tanda itu, tangan kanannya memegang kepala pedal kereta, tangan kirinya pula memegang stereng kereta.
"Kalau semua nak terus dan akan keluar bersama-sama tanpa tinggalkan seorang pun, jadi jom masuk sama-sama." Sowon berkata sambil menarik pedal kereta ke mode bergerak dan masuk ke laluan di mana papan tanda arah Kampung M tunjukkan.
Baru sahaja kereta mereka melepasi papan tanda itu, secara perlahan-lahan papan tanda itu menjadi debu dan menghilang di Udara. Kini tiada lagi papan tanda itu berada di situ.
.
.
.
hello guys, how are you all?
Macam mana? makin ok or not?
Yes or yes? hihi
don't forget voment