Selesai sahaja solat Isyak, Adra menghempas tubuhnya diatas katil. Penat seharian keluar. Tambah dengan melayan karenah kakak-kakaknya yang tak berhenti bertengkar. Seorang mahu masuk kedai sana, seorang lagi mahu masuk kedai sini. Naik pening kepalanya.
Siling kipas menjadi tumpuannya. Tiba-tiba kepalanya melayang memikirkan kejadian tengah hari tadi. Dia menghela nafas berat. Kejadian yang sungguh mengejutkannya. Tidak disangka dia akan berjumpa semula dengan lelaki itu. Tetapi dia hairan, mengapa lelaki itu seakan tidak mengenalinya?
Atau dia yang tersalah orang?
Tetapi tak mungkin lah.
Adra menggeleng perlahan. Malas mahu memikirkan perkara itu. Kepalanya menoleh ketepi, dan secara tak sengaja matanya tertancap pada plastik putih.
Adra menepuk dahinya seraya menggeleng. Lupa pula nak buka plastik yang diberikan oleh lelaki itu.
Tangannya terus mencapai plastik putih itu dan buku yang berada didalam diambil. Namun tangannya tersentuh satu objek selain buku. Tidak fikir panjang dia terus keluarkan.
Kad?
Dahi Adra berkerut. Matanya melihat isi yang terkandung di kad itu.
Nah untuk awak. Selamat membaca bidadari. Ada jodoh kita jumpa lagi. Muah!
Terlopong mulut Adra. Lelaki ini sakit ke apa?
Dasar lelaki gatal!
.
.
.
Kelam kabut Zayyan turun anak tangga rumahnya. Gara-gara tidur lambat semalam, habis dia terlajak hari ini. Sudah lah dia dapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.
"Laju turun. Lambat ke tu bang?" perli seseorang. Zayyan menoleh ke arah meja makan. Matanya menjeling tajam adik bongsunya, Sharifah Zahirah Qaireena.
"Apahal Reen tak kejut abang? Tengok abang dah lambat." kakinya laju berjalan ke arah meja makan dan mencapai roti yang sudah disediakan oleh adik bongsunya.
"Reen dah kejut. Abang tu yang pekak." selamba Qaireena menjawab. Hati Zayyan sudah mendongkol geram. Kecil besar sahaja dia melihat wajah adiknya.
"Dah lah kau. Abang pergi dulu. Layan kau, esok pun tak habis."
Qaireena membuat muka toya. Zayyan menghulur tangannya ke arah Qaireena. Qaireena hanya menyambut dan mencium tangan abangnya seperti biasa. Sudah rutinnya setiap pagi.
"Abang, Reen lupa. Em Reen nak keluar boleh? Bosan lah duduk terperap dalam rumah. Tak ada benda nak buat. Lagipun Reen kan tak ada kelas minggu ni. Boleh eh?" Qaireena mengedipkan matanya beberapa kali. Bodek abang lah katakan.
"Reen nak pergi mana? Bahaya tahu tak anak dara keluar tak ada orang teman. Reen nak sangat ke kena culik?" soal Zayyan tegas. Bab ini dia paling tak suka. Anak dara keluar seorang diri. Sudah lah adik dia perempuan, bongsu pula itu. Walaupun sudah besar, namun baginya Qaireena tetap masih kecil dimatanya.
Dan dia perlu jaga permata ini sebaik mungkin.
"Reen tak kata pun yang Reen pergi sendiri. Abang ingat Reen ni tak ada kawan ke? Ala boleh lah abang. Reen bukannya keluar pergi tempat tak elok." suara Qaireena mengendur. Seakan berjauh hati dengan abangnya.
Merajuk!
"Yelah, abang izinkan. Tapi janji dengan abang yang Reen kena balik awal." Zayyan mengalah. Tidak sampai hati mahu menghamparkan perasaan adik bongsunya.
Wajah Qaireena sudah bertukar teruja. Ini lah masanya untuk dia enjoy. Kalau tidak, sekarang ini dia pasti sudah berperang dengan assignment.
"Abang pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu." Qaireena mengangguk. Sebaik saja kereta abangnya meluncur keluar, dia menutup pintu rumahnya dan berlari naik ke atas untuk bersiap.
.
.
.
Tok tok tok
Zarif yang leka membuat kerjanya mula terganggu apabila pintu biliknya diketuk oleh seseorang.
"Masuk!"
Raisha iaitu pembantu peribadi Zarif membuka pintu bilik bossnya. Dia melihat wajah lelaki itu, tegang sahaja.
"Encik Zarif. Err.. ada orang nak jumpa." ujar Raisha gugup. Walaupun kepala lelaki itu sedikit menunduk, dia masih boleh nampak wajah lelaki itu yang tanpa secalit senyuman.
"Saya sibuk sekarang. Siapa nak jumpa?" Dia menyoal tanpa memandang wajah Raisha.
"Pekerja baru, Encik Zarif. Nur Adra Medina."
Mendengar nama itu, kepalanya automatik terangkat. Jam ditangan ditilik.
"Suruh dia masuk."
Raisha mengangguk. Tidak lama kemudian Adra masuk dengan kepala menunduk. Hatinya sudah gelisah memikirkan yang sebentar lagi lelaki itu pasti akan memarahinya kerana dia masuk kerja lambat. Sudah lah baru hari kedua kerja disini. Tak sampai seminggu sudah buat hal.
"Raisha, awak boleh keluar sambung buat kerja awak." sekali lagi Raisha mengangguk dan terus beredar keluar.
Sebaik sahaja susuk tubuh Raisha hilang dari pandangannya, mata Zarif memandang Adra dan keningnya terjongket melihat dahi gadis itu berkerut. Seperti sedang gelisah. Laci ditepi meja kerjanya ditarik. Satu buku kecil diambil dengan satu batang pen.
Zarif mengangkat tangannya dan digoyangkan sedikit untuk tarik perhatian gadis itu. Adra yang seperti perasan sesuatu segera mengangkat kepalanya dan melihat wajah lelaki itu yang tidak jauh darinya.
Tangan Zarif menunjuk kerusi yang berada didepannya. Adra yang faham maksud lelaki itu hanya akur dan terus mengatur ke arah kerusi yang berdepan dengan Zarif.
Zarif mencatat sesuatu dibuku kecil itu dan menghulur kepada Adra. Buku bertukar tangan.
Ada apa nak jumpa saya?
Laju tangan Adra membalas. Dan buku itu segera menghulur semula kepada Zarif.
Encik Zarif, saya minta maaf sangat-sangat sebab datang kerja lambat hari ni. Kalau Encik Zarif nak denda saya, Encik Zarif denda lah. Saya betul-betul minta maaf. Tolong lah jangan pecat saya. Saya betul-betul tak sengaja.
Mahu sahaja Zarif menghamburkan ketawanya namun ditahankan sahaja. Entah kenapa dia terasa lucu dengan sikap gadis itu. Cepat gelabah.
Malas mahu membalas dengan menulis dikertas. Zarif membuat bahasa isyarat kepada gadis itu.
Hari ni saya maafkan awak. Lain kali kalau jadi macam ni lagi, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan. Awak boleh keluar sekarang dan buat kerja awak.
Adra mengangguk lemah dan terus bangun ingin keluar buat kerjanya. Walaupun dia hanya bekerja sebagai cleaner tetapi kerja tetap kerja. Dan dia sedar, dirinya tidak cukup sempurna iaitu tidak boleh bercakap seperti orang lain, tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak boleh bekerja.
Dia juga perlukan duit untuk sara hidupnya sendiri. Dia tidak mahu hidupnya hanya bergantung pada manusia. Dia tidak suka menyusahkan sesiapa walaupun dengan keluarganya sendiri. Lagi pula dengan keadaannya yang tidak boleh bercakap.
Kahwin?
Langsung dia tidak terfikir malah dia juga kalau boleh tidak mahu berkahwin. Siapa sahaja yang mahu menerima dirinya ini, yang ada pada orang lain tetapi tidak pada dirinya. Bukan kata dia tidak bersyukur, tetapi dia hanya sedar diri.
Sedar bahawa dia perempuan bisu.
.
.
.
Zayyan tersenyum kekok tatkala beberapa mata-mata jururawat dan para doktor ralit memandangnya dengan pandangan hairan. Mana tidak hairannya, jikalau dia seorang saja datang lambat hari ini. Selalunya dia orang pertama paling awal datang ke hospital.
Ini semua gara-gara tidur lewat semalam.
"Eh Doktor Zayyan. Lambat hari ni datang." Zayyan menoleh. Bibirnya menyungging sengihan.
"Haa Doktor Husna. Ada hal sikit tadi. Itu yang datang lambat hari ni." Gadis yang memakai kot putih bersama tudung shawl pastel pink itu mengangguk faham.
"Eh tak apa lah Doktor Zayyan. Saya minta diri dulu ya? Lupa pula ada kerja." Zayyan tersenyum lalu mengangguk.
Sebaik saja Doktor Husna berlalu pergi, Zayyan cepat-cepat mengatur langkah ke biliknya. Kot putih yang tergantung di penyangkut almari itu di capai lalu dia menyarung di tubuhnya.
Sedang dia ralit menyarung kot putih di tubuhnya, pintu biliknya dirempuh kuat oleh seseorang. Zayyan tersentak lalu menoleh. Dia mengetap bibir melihat kawan sekerjanya yang mendekatinya dengan riak selamba.
"Kau tak ada adab ke rempuh bilik orang dengan tak ada salamnya. Islam ke tak ni?"
Riak wajah Adyan berubah tatkala mendengar soalan Zayyan. Tersentap lah tu.
"Kau nak apa ni masuk bilik aku? Aku ada kerja ni nak buat. Kalau kau datang sini nak melepak, pergi kedai mamak sana. Sini bukan tempatnya." bukan dia tidak kenal dengan perangai kawannya yang seorang ini. Nak melepak saja, mesti masuk biliknya.
"Bukan lah gila. Aku pun ada kerja lah nak kena buat. Aku datang sini sebab nak ajak kau lunch nanti. Itu saja Doktor Zayyan. Saya minta diri dulu ya? Assalamualaikum." Adyan menghadiahkan senyuman manis sebelum beredar pergi.
Ternganga Zayyan melihat perangai Adyan. Tidak percaya, lelaki itu datang ke sini hanya kerana mahu mengajaknya lunch sama-sama. Zayyan menggeleng. Pening kepala dibuatnya.
Tbc
__
3july2021