"Otak tu lembab sangat ke sampai tak boleh nak faham arahan?! Ha??!!"
💠💠💠💠💠
"Waaa!" Bebola matanya melilau memerhati setiap segenap ruang pesta itu. Pesta maskot!
"Tengok tu, Haidar. Comelnya!" Daerila mengambil gambar satu patung maskot yang sedang melayan kanak-kanak itu. Maskot kucing!
Daerila berlari anak ke kedai yang menjual patung-patung comel. Squishy berbentuk anak biri-biri itu dipegang lalu dipicit-picit.
"Eee. Comel!" Terus dia ambil lalu dibawa ke kaunter. Dia mahu beli.
Selesai sesi pembayaran, Daerila tersengih memandang Haidar.
"Nak pergi mana lagi?" Tanya Haidar. Daerila mengangkat bahu.
"Saya mana pernah datang sini. Awaklah yang decide. Tunjukkan jalan." Balas Daerila sambil jari menekan-nekan isi perut anak biri-biri kecil itu.
"Ada satu kedai crepe sedap. Awak mesti suka. Nak try?"
"Ya ke? Nak! Jom!" Daerila mula teruja. Crepe!
Mereka bersama melangkah ke kedai yang tak jauh dari tempat mereka berada. Selesai membeli, mereka ke bangku di bawah pokok menghadap tasik sambil masing-masing melantak crepe mereka di tangan.
"Thank you, tau. Bawa datang sini. Saya suka." Daerila tersenyum gembira dapat meluangkan masa di tempat penuh aesthetic begini.
Haidar tersenyum.
"Baguslah kalau awak suka. Saya tak tidur semalam tau sebab sibuk pilih tempat yang best nak bawa awak." Ujar Haidar.
Daerila tersenyum.
"Kalau tempat yang saya tak suka pun saya tetap akan suka. Tak baik kan kalau tak hargai usaha orang?" Balas Daerila sambil mengunyah crepe perisa strawberinya.
"Daerila." Tegur Haidar memecahkan suasana sunyi antara mereka. Daerila menoleh.
"Hm."
"Saya tahu awak dah tahu perkara ni. Tapi, saya nak bagitahu awak. Officially." Haidar memandang Daerila dengan pandangan redup. Dia ingin menyampaikan isi hatinya yang dia ikhlas bersama Daerila selama ini. Bukan kerana dendam lagi.
Kunyahan Daerila semakin perlahan.
"Apa?"
Haidar menarik nafas panjang. Dia sedar dia mahu memiliki hati gadis ini. Dia sayangkan Daerila. Haidar mahukan dia.
"Saya.. saya suka awak. Saya sayangkan awak. Saya nakkan awak. Saya perlukan awak dalam hidup saya." Luah Haidar penuh kelembutan.
Daerila terkedu. Tak tahu apa yang dirasakannya kini saat lelaki kacak ini menuturkan kata-kata cinta. Tetapi, dia akui. Jantungnya sering saja berdegup kencang saat berada dekat dengan lelaki ini.
Daerila menunduk.
"Awak.. bagi saya masa. Boleh?" Katanya perlaham.
Haidar mengangguk faham.
"Saya akan tunggu awak."
"Saya tak boleh nak terima awak lagi. Sebab saya.. belum cukup jatuh cinta dekat awak."
Haidar terdiam sebentar sebelum dia menarik senyuman lebar.
"Jadi maknanya, awak dah jatuh cintalah dengan saya even sikitpun?" Mukanya mula teruja benar.
"Emm... maybe 1%? Tak, tak. 0.0001%."
Haidar mencebik sebelum dia bersandar pada bangku.
"Sombong betul." Gumamnya perlahan.
"Eh, mestilah. Bukan senang saya nak bagi hati saya ni dekat lelaki tau. Hati saya ni belum dicemari dengan sentuhan lelaki. Mana boleh saya terus bagi dekat awak yang saya baru kenal sebulan."
"Up to you. Tapi, kalau percent awak tu dah naik bagitahu okey?"
Daerila mencebik.
"Walaupun naik 0.00001%?"
"Yes."
"Kalau menurun?"
"Yang tu pun bagitahu. Nanti saya buatkan percent awak tu kembali naik."
Daerila tergelak kecil. Dia menjeling menyampah. Namun, dalam hatinya sudah berbunga-bunga mendengar ayat manis Haidar.
Tunggu masa sebelum dia akan turut membalas cinta lelaki itu.
♥♥♥♥♥
Haura melangkah masuk ke dalam bilik kerja Dariel. Novel cinta yang diambil dari rak ini diletak kembali. Sedih betul jalan cerita Lily Lilyana ni. Pengakhirannya hero itu cacat. Tak mampu menjaga isterinya lagi. Tetapi, tetap heroin itu berada di sisinya.
Haura melihat fokus ke rak buku yang besar dan tinggi hingga ke siling itu. Manalah tahu ada buku lagi yang boleh dibacanya.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada laci meja Dariel yang terbuka sedikit. Haura menjeling sedikit ke luar bilik. Kelihatan suaminya itu sedang relaks menonton bola.
Haura melangkah perlahan-lahan ke laci meja itu. Tangan ingin menolak untuk tutup laci itu namun matanya tertangkap pada satu bingkai gambar terbalik. Dicapainya dengan berhati-hati.
Gambar seorang gadis berkerusi roda.
Haura berkerut. Siapa gadis ini? Haura berjalan ke luar bilik kerja sambil tangan memegang bingkai gambar itu.
"Awak, awak."
"Hm." Sahut Dariel yang masih tenang menonton perlawanan bola antara Manchester United dan Liverpool.
Haura menunjukkan gambar itu di depan Dariel.
"Siapa dia ni? Kawan awak kat Ireland eh?"
Mata Dariel membulat besar saat terpandang gambar yang berada di tangan Haura itu. Dia pantas berdiri. Bingkai gambar itu dirampas kasar.
"Siapa bagi izin awak buka laci meja saya ni?" Nada suaranya mendatar dan keningnya bertaut marah.
Haura terdiam.
"Er, tadi laci tu terbuka sikit. Saya nak tolong tutupkan. Tapi, ternampak-"
"Saya dah cakap jangan sentuh barang saya kan?! Yang awak sentuh jugak kenapa?!" Jerkah Dariel kuat sehingga bergema ruang tamu itu.
Haura menunduk. Tangan mula bermain-main dengan jari. Takut apabila dijerkah begitu. Tak pernah Dariel meninggikan suara sebegini kuat padanya.
"So- sorry. Saya tak sengaja."
"Apa yang tak sengaja? Dari awal-awal kita kahwin lagi saya cakap. Jangan. Usik. Barang. Saya! Otak tu lembab sangat ke sampai tak boleh nak faham arahan?! Ha??!!"
Haura menelan liur. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Hatinya luluh dimarah begini sekali oleh Dariel.
"Saya minta maaf, awak. Saya tak tahu-"
"Tahu ke tak tahu sama je. Orang dah larang, tetap juga nak buat. Ni, tangan ni." Tangan Haura dicengkam kuat.
"Dah tak reti nak jaga elok-elok? Telinga ada, dengarlah!"
Haura mula teresak. Dia cuba melepaskan genggaman pada pergelangan tangannya.
"Awak, sakit.. awak." Rintih Haura tak berdaya melawan.
Bagai tersedar, Dariel pantas melepaskan genggamannya. Dia terlampau marah sehinggakan tak sedar yang dia sudah menyakiti isterinya.
Haura memegang pergelangan tangannya yang sudah naik merah. Dariel mendengus.
"Malam ni, saya tak nak tengok muka awak, Haura. Saya meluat." Terus diangkat kaki pergi dari situ meninggalkan Haura yang tertunduk sayu sambil tangannya masih mengurut perlahan pergelangan tangannya. Tangisan kuat dilepaskan.
Kenapa Dariel buat dia begini?
Bum!!
Haura memandang pintu bilik mereka yang sudah tertutup rapat. Itu tanda Dariel tak membenarkan dia tidur bersamanya dalam bilik itu.
Haira menyeka air matanya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa sambil esakan kecil masih dihamburkan.
♥♥♥♥♥
Dariel merenung Haura yang sedang terbaring mengerekot di atas sofa. Pasti gadis itu kedinginan. Matanya turun pula melihat kulit pergelangan tangan Haura yang sudah naik biru.
Terbit rasa kasihan dalam dirinya. Tergamak dia lakukan sebegitu pada isterinya. Tetapi, apa yang dia boleh buat? Haura sudah menceroboh privasinya. Dia tak suka.
Haura berkerut sedikit sebelum dia membuka mata. Sebaik sahaja terpandang Dariel yang berdiri tak jauh darinya, Haura segera bangun dari berbaring.
"Awak, saya nak minta ma-"
"Please. Saya takde mood nak bercakap dengan awak sekarang ni, Haura." Potong Dariel laju. Dia tak mahu dengar suara Haura.
Baru sahaja dia mahu mengangkat kaki, tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Ah ni. Saya nak jawab soalan awak hari tu. Saya takkan ada rasa suka, sayang dan cinta pada awak, Haura. Takkan. Sampai bila-bila kita akan hidup macam ni. Awak boleh berhenti berlagak romantik dan manis dengan saya."
"Jujur, saya tak suka. Saya geli dengan perangai awak yang asyik menggedik tak habis-habis. Boleh faham?" Sempat dia menjeling tajam sebelum dia berjalan keliar dari rumah.
Setitis demi setitis air matanya jatuh ke riba. Bibirnya bergetar cuba menahan tangisan yang semakin degil mahu keluar.
Haura menunduk. Perlahan-lahan esakan mula kedengaran.
Sampai begitu sekali ke Dariel bencikannya? Selama ini, usahanya untuk mendapatkan hati lelaki itu tak pernah berhasil? Selama ini, hati Dariel tak pernah tersentuh dengannya?
♥♥♥♥♥
Dariel melangkah masuk ke dalam biliknya namun telinganya menangkap satu suara esakan. Laju matanya melihat pintu bilik tetamu yang tertutup rapat.
Kakinya perlahan-lahan bergerak ke arah bilik itu. Telinga dirapatkan pada pintu.
Kedengaran seperti Haura sedang mmebaca Al-Quran. Perlahan tombol pintu dipulas perlahan lalu pintu dibuka sedikit.
Alangkah terkejutnya dia saat melihat Haura yang sedang mengelap air matanya yang mengalir tanpa henti. Bibirnya masih bergerak membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Dariel terkedu. Diakah penyebab Haura menangis sebegitu? Betapa sayunya hati dia melihat Haura teresak-esak. Sesekali gadis itu berhenti membaca kerana tak mahu tajwidnya berterabur saat dia sedang menangis.
"Dariel.. maafkan saya.. Jangan buat saya macam ni, awak." Haura merintih dalam keadaan dia masih bertelekung di atas sejadah.
"Saya minta maaf...."
Dariel mengepal buku lima. Dia mahu pergi kepada Haura namun kakinya bagai digam. Dia mahu memujuk Haura dan membisikkan yang dia sudah tak marah tetapi dia tak mampu.
Sungguh dia tak mampu. Kerana egonya menghalang. Egonya yang menidakkan perasaan dalam hatinya. Perasaan yang tersimpan rapi khas hanya untuk isterinya seorang.
Kata-katanya yang kejam bagai terngiang-ngiang kembali dalam fikirannya. Ayat yang bukan tulus datang dari hatinya. Tiada satu pun yang benar dalam bicaranya.
Itu semua bohong. Tetapi, entah kenapa dia mahu menyakitkan hati Haura.
Kenapa? Kenapa dia tak boleh jujur dengan dirinya sendiri? Kenapa dia tak boleh akui yang dia...
..sudah cintakan isterinya?
🔹
🔹
🔹
🔹
🔹