Where Are You, My Destiny?

By teegeevi

229 52 8

Mengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan te... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Nota

Bab 11

4 2 0
By teegeevi

"weyh.. apa khabar dengan Si Saqeef tu ye agaknya harini? Dah berapa hari dia duduk hospital? Bila dia keluar eh?" Bertalu talu soalan Taqi berikan kepada Sayf. "Manalah aku tahuu.. kau ingat aku ni selalu jenguk dia ke?" Balas Sayf yang sedang menyiapkan soalan sains yang diberikan oleh Cikgu Maz. "Haah kan, dari aku tanya kau baik aku tanya Safa. Safa je yang selalu melawat si Saqeef tu eh kau rasa mereka bercinta ke? Eh tapi sedondong jugak. safa Saqeef. Saqeef Safa. Nanti nama diorang jadi Saqeefa." Taqi sudah mula merepek dengan muka yakinnya. Satu pukulan hinggap di kepala Taqi "aku tahu la kau ni bangang tapi jangan bangang sangat. Habistu si Mikyaf tu yang selalu pergi jenguk Saqeef tu kau nak cakap apa pulak? Kau ingat melawat selalu tu bercinta la?" Perli Sayf geram. "Kau ni kan! Tahu la sado, kuat. Jangan pukul kepala. Nati aku berdarah macam Saqeef macam mana? Ha lagi satu, yang kau bengang sangat ni kenapa?" Taqi menggosok kepalanya yang sakit. "Kamu berdua tu cakap apa? Saya suruh kamu siapkan latihan" tegur Cikgu Maz yang sudah singa itu.
.

"Okey kelas. Masa saya dah habis. Lepas ni awak semua subjek apa?" Tanya Cikgu Maz sambil mengemas barangnya di atas meja guru. "Pendidikan Jasmani cikgu" jawab Taqi bersemangat. Taqi bab bermain memang bersemangat tahap dewa.
.

"Kau nak main apa weyh panas panas macam ni?" Taqi sudah menunjukkan muka berkerutnya. Harapan teduh namun panas terik, hancur berkecai semangatnya. "Entah." Jawab Sayf serius.  "Kau ni serius sangat asal? Kau berjangkit dengan perangai senior kesayangan kau tu ke? Mikyaf tu. Sejak tadi kau terus berubah dowh." Taqi menyiku lengan Sayf berkali kali namun Sayf tidak endahkannya. "Cakap dengan kau ni macam cakap dengan patung." Perli Taqi selamba lalu menyilangkan kakinya. Maka mereput lah mereka berdua. "Safa!" Taqi yang sedang melihat kawasan sekeliling terus menjerit nama Safa sambil melambai apabila ternampak Safa lalu di kawasan itu. Tersentak Sayf. "Kau nak pergi mana?" Tanya Taqi sebaik sahaja Safa sampai didepannya. "Baru sudah tolong cikgu angkat barang. Kau?" Tanya Safa pula. "Mereput je ni. Cakap dengan si Sayf macam la jadi apa.. bosan" balas Taqi sambil menjeling Sayf. Sayf memandang Taqi kecik besar je. Safa ketawa kecil. "Nah. Kut boleh hilangkan rasa bosan kau tu. Sharelah korang" Safa menghulurkan coklat kepada Taqi. "Wah.. kau beli untuk aku ke?" Teruja Taqi menyambutnya. "Mane ade.. haritu entah siapa yang letak bawah meja aku. Aku tak tahu sape so aku bagi dekat kau je la. Makan la korang. Aku ada kelas ni. Bye" Safa terus meninggalkan mereka. "Thank you! Weyh Sayf kau nak tak?" Pelawa Taqi. "Kau makan la" tolak Sayf dengan egonya. Taqi mengangguk berpuas hati kerana tak perlu bahagikannya.
.

"Mana pulak si Sayf ni? Rehat tak tunggu orang ke apa dia ni?" Omel Taqi lalu keluar dari bilik darjahnya ingin pergi ke kantin. Dalam perjalannya ke kantin, Taqi seperti ternampak Sayf sedang berada di dalam kelas Safa. Dengan kesempatan itu Taqi terus membuat keputusan untuk mengintai apa yang Sayf cuba buat di meja Safa.

"Nanii (apa) ?!! Coklat?" Hampir tergelak Taqi ketika itu. "Ouhhhh jadi kau la yang letak coklat bawah meja Safa selama ni.. wow. Rupanya abang sado kita sukakan Safa dalam diam. Patut laaa tadi bengang sangat aku cakap Safa couple dengan Saqeef. Ouhh ye tak ye jugak. Dia bengang kutt tadi aku makan coklat Safa bagi tu." Taqi menahan gelaknya itu lalu beredar dari kelas Safa tanpa Sayf sedar.
.

"Yoww!" Taqi menyapa Safa dari belakang. Safa melemparkan senyumannya. "Jom balik" ajak Taqi seperti biasa. "Hari ni aku nak pergi melawat Saqeef kat hospital. Aku tunggu kau ni takut kau nak ikut sekali. Kau nak ikut tak?" Ujar Safa sambil mengangkat kening sebelah. "Haah kan. Saqeef dah berapa hari kat sane?" Tanya Taqi sambil menggaru kepalanya. "Hari ni hari ke empat." Balas Safa yang sedang merenung jauh kedepan, cuba untuk ingat kembali hari keberapa. "Boleh jugak" jawab Taqi tersengih. Safa pun mencapai beg sebelahnya. Sedang Taqi menoleh ke kiri, Sayf sedang berjalan menuju ke tempat mereka. Taqi tersengih nakal. "Emmm, Safa! Sedap sangat lah coklat tadi! Ada lagi tak? Kut kut ade lagi peminat misteri kau bagi hari ni" Saja Taqi kuatkan suaranya supaya Sayf dengar dengan jelas. Sayf mula memandang tajam pada Taqi. "Serius la kau sedap? Ada.. dia kasi dua hari ni. Nah ambik la satu. Satu ni aku nak try la." Safa mengeluarkan coklat itu dari poket baju sekolahnya. "Eh Sayf. Ha kebetulan kau datang. Kitorang nak pergi hospital ni. Hang nak ikut tak?" Taqi berlakon seperti baru tahu kewujudan Sayf disitu. "Tak kutt. Aku ada latihan silat petang ni. Eh, kau bukan ada latihan badminton ke?" Tanya Sayf tenang. "Eh!" Terkejut Safa dibuatnya. "Haah laaa.. Safa sorry sangat. Aku nak pergi latihan badminton. Sorry ye.. aku pergi dulu, nak cepat ni. Thank you coklat. Bye." Taqi terus berlari meninggalkan mereka.
.

Safa perlahan lahan menolak pintu bilik Saqeef. Kosong. "Saqeef ? Saqeef ?" Terus gelabah Safa apabila melihat bilik tiada orang. "Dia lari ke? Kelmarin dia sedih. Takkan hari ni lari kut. Takkan la. Tapi mana dia pergi nih!!" Safa mengintai di setiap sudut bilik itu. Pencarian itu terus tehenti apabila Safa ternampak Saqeef berdiri di bawah pokok.

Safa bergegas keluar dari bilik itu menuju Saqeef. "Saqeef" laung Safa. Saqeef menoleh ke belakang melihat siapakah yang memanggilnya. Safa pun berjalan menghampiri Saqeef. Saqeef sambung termenung melihat suasana. Safa yang berdiri disebelah kiri Saqeef hanya perhati wajah Saqeef. "Mata dia.. besar betul dugaan dia hadapi. Mata dia menceritakan segala perasaan perit yang dia rasa" bisik hati Safa. "Cantik cuaca hari ni" ujar Saqeef tiba tiba. Safa masih tidak berpaling ke arah lain. Dia merasakan betapa hebatnya Saqeef dapat berdiri kuat seperti itu. "Terima kasih untuk nota yang awak salinkan untuk saya. Saya dapat backup apa yang saya tertinggal. Thanks" ucap Saqeef lalu berpaling memandang Safa. Safa yang dari tadi memandang Saqeef secara tidak langsung mereka mula bertentangan mata. "Hari ni saya dah boleh balik. Terima kasih sekali lagi sebab awak dan Mikyaf selalu teman saya kat sini" senyum Saqeef lebar. Safa terkejut melihat senyuman itu lalu terus memandang ke arah lain. "Asal aku ni. Dia senyum je pun" soal hatinya. Sedang Safa menghilangkan perasaan malu dia baru teringat yang dia nak tanya pasal whiteboard hari tu. Safa fikir ini lah masa yang sesuai untuk berbincang.

"Saqeef. Saya nak tanya awak pasal... Whiteboard haritu." Ujar Safa dengan nada yang mendatar sambil memandang Saqeef. "Apadia" saqeef membenarkan topik itu dibahaskan. "Saya cuma nak tahu sama ada awak atau pun bukan awak yang tulis semua tu dengan marker." Sambung Safa. Saqeef memandang Safa dengan penuh makna supaya Safa percayakannya. "Aryan" balas Saqeef. Safa diam membisu tanpa berkedip matanya. "Its up to you. Sama ada awak percaya atau tak." Saqeef tersenyum basi. "No.. saya bukan tak percaya. Saya cuma rasa yang saya ni terlalu... jahat." Balas Safa teragak agak lalu menundukkan kepalanya. "Why?" Soal Saqeef tenang sambil masukkan kedua tanggannya kedalam poket seluar. "Sebab saya tuduh awak depan orang ramai. Saya marah awak yang tak bersalah. Saya minta maaf" Safa meminta maaf dengan penuh ikhlas tanpa ego. Dia sedar dia sudah berbuat jahat terhadap Saqeef. "Its okay. Saya maafkan awak" jawab Saqeef ringkas. Saqeef malas mahu berdendam dengan orang sekelilingnya . Bagi dia itu sifat buruk sama seperti sifat ibu ayahnya yang tidak ada hati perut melakukan tindakan kejam terhadap dirinya. Jadi dia tidak mahu menjadi seperti mereka.

"Saya pun nak minta maaf pasal awak jatuh hari tu. Saya sebenarnya....." Saqeef tidak tahu macam mana mahu menyambung ayatnya. Mukanya mula merah. Safa menunggu ayat Saqeef lalu memandang wajah Saqeef yang sudah mula kelihatan merah. "Sebenarnya saya ingat lepas saya sekat kaki awak.... Saya akan tahan awak dari jatuh.. tapi Mikyaf yang dah tahan awak. Emmm tapi tu dah kira okey la kan? At least awak tak jatuh direct. Cumaa saya nak mintak maaf sebab saya sekat kaki awak, kaki awak terseliuh. Sorry" jelas Saqeef panjang. Safa ketawa mendengarnya. "Kenapa awak ketawa?" Hairan Saqeef apabila melihat Safa tiba tiba ketawa sedangkan tiada lawak yang dibuatnya. "Awak ni nak mintak maaf ikhlas ke tak? Bela diri nampak." Jujur Safa sambil ketawa. "Emm. Saya mintak maaf. Betul betul ni" saqeef menebalkan mukanya. "Okeyh okeyh. Sorry. Ok kira kita kawan okey?" Balas Safa dengan senyuman manisnya. Saqeef tekedu melihata senyuman cantik itu. Lalu meninggalkan Safa serta merta. "Eh tunggu la dulu." Safa pun cepat cepat mengekori Saqeef.
.

Continue Reading

You'll Also Like

219K 9.3K 54
Elyana lyra ♡ Tengku Raess aedden . . .COMPLETED [ 19 OCTOBER 2024 ]
318K 13.6K 94
"Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat." 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan...
5.8M 261K 62
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
308K 3.5K 10
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cas...