4 tahun kemudian,
Haraa termenung sambil memandang ke arah tingkap rumahnya. Hujan lebat yang turun membasahi bumi langsung tidak mengganggu tumpuannya.
Tumpuannya terganggu apabila terdapat sebelah tangan menyentuh bahunya lembut.
"Sayang,"
Haraa tersenyum sambil memandang figura lelaki yang berdiri di belakangnya. Tangannya lantas memegang tangan lelaki itu dengan erat.
"Sayang buat ape tu hmm?"
Haraa menggeleng perlahan.
"Takdelah, saye cuma tengok hujan tu je. Tiba-tiba je terasa nak mandi hujan" ujarnya sambil ketawa mengekek.
"Haa mana boleh. Oppa tak izinkan. Nanti demam, kami jugak yang susah."
Mereka berdua memandang ke arah suara yang berkata tadi.
"Alah oppa ni. Bukan selalu. Please~"
Kedua-dua belah tangannya dirapatkan. Dia cuba membuat mimik muka sehabis comel untuk memujuk oppanya itu.
"Jangan nak mengada. Ikut je ape yang Hyunjae cakap tu." Seorang lagi muncul di tempat tersebut.
Haraa hanya mampu memuncungkan mulutnya. Dia memandang kedua-dua oppanya iaitu Hyunjae dan Jaehyun. Elok sangatlah, dua-dua tak izinkan.
"Haa elok sangatlah buat macam tu."
"Haraa kan dah pregnant. Mana boleh mandi hujan. Kalau demam, oppa berdua ni jugaklah yang susah. Suami kamu tu pon lagi susah hati."
Haraa tersengih. Lelaki yang berdiri di sebelahnya dipandang.
"Awak~ saya nak mandi hujan boleh?"
Haraa menggoncang lengan suaminya berkali-kali.
"Wahai isteri kepada lelaki yang paling hensem di dunia iaitu Na Jaemin, saya tak benarkan sayang mandi hujan. Sekian."
Sekali lagi, Haraa pout.
"Tak kesian dekat eagi kita eh?"
Perut Haraa yang agak sarat digosok dengan penuh kasih sayang.
"Alah awak ni, saya baru je mengandung 8 bulan. Bukan dah nak beranak pon."
"Haa melawan. Perut tu dah sarat tau tak? Hishh. Berdosa tau lawan cakap suami" kata Jaemin sambil mengusik isterinya.
~
Haraa duduk sambil menggosok batu nisan yang berusia 4 tahun itu.
Kim Mingyu
1997-2020
Siapa sangka jodoh mereka tak kuat. Mingyu telah meninggalkannya empat tahun yang lepas. Haraa sempat bermonolog dalam hati,
Awak, terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. Walaupun ianya tak lama, saya menghargai setiap detik bersama awak.
"Sayang, jom balik. Hyung berdua tu dah menunggu." Jaemin tersenyum manis.
Haraa mengangguk. Haraa berjalan mengikuti Jaemin yang berada di hadapan. Dia menoleh seketika ke arah tapak perkuburan tadi.
"Terima kasih encik Mafia"
Akhirnya ff ni dah tamat huwaa. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan vote ff ni. Ira sayang semuaa muah❤
Secara rasminya ff Encik Mafia dah tamat~