Her Imperfect Guy [completed]

By aylamalikha

109K 8.7K 467

YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh i... More

000
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
Bukan Update
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
Epilog
Author
Special Chapter
Prekuel & Spin Off

011

1.9K 179 14
By aylamalikha

TUDUNG yang beralun lembut ditahan agar tak tersingkap menampakkan auratku. Memandangkan keadaan aku dibimbangi masih belum cukup kuat untuk menyertai sesi hari ini, maka aku dikecualikan. Terlepas peluang aku untuk mendaki bukit bagi melihat kincir angin Pulau Perhentian yang disebut-sebut semua.

Pada mulanya, Tania menawarkan diri untuk temankan aku, tapi aku menolak. Kasihan pula kalau dia lepaskan peluang nak menikmati segala aktiviti anjuran Family Day kali ini. Lagipun ada beberapa lagi peserta yang tak mendaki sama atas alasan punya anak kecil.

Punggung dilabuhkan ke kerusi yang tersedia di tepi pantai. Bunyi desiran ombak buat aku terkenang kembali bicara aku bersama Hud semalam.

"We got a huge line between us."

Entah kenapa, aku jadi tersindir dengan nadanya semasa menuturkan ayat itu. Kedengaran agak sinis pada pendengaranku.

Tapi aku sedar, antara aku dan dia memang ada satu jurang yang sangat besar. Dia bos, anak saudara pemilik syarikat. Aku, apa yang ada? Bila-bila masa dia boleh gantikan aku dengan orang lain kalau dia mahu.

"Dah sampai mana tu?"

Refleks, kepala ditoleh menghadap si pemanggil. Kak Diana rupanya. Aku senyum segaris.

"Kak Di. Duduklah." Aku berinjak ke tepi, memberi ruang untuk Kak Diana duduk. Sempat juga aku kenyit mata pada si kecil Daniel.

"Yara macam mana? Okey? Akak nampak semalam, boleh tahan laju juga bola tu meluru kena kepala Yara."

"Okeylah sikit. Ni pun berdenyut juga pipi ni, nak makan pun azab." Pipi yang sudah surut bengkaknya aku usap perlahan.

Suasana bertukar sunyi sejenak. Lama berfikir, aku pandang semula Kak Diana seraya berkata, "Hmm... kak. Saya nak tanya sikit."

"Tanya apa?"

"Betul ke... err... Encik Hud marah-marah semalam?"

Kak Diana mengangguk kecil.

"Dia marah Irsyad lepas game habis. Hampir bertumbuk jugalah, nasib baik ada yang tolong leraikan." Bulat mataku mendengar pernyataannya. Wah... sampai bertumbuk? Ini yang buat aku tak senang duduk ni.

"Yara tahu, habis semua orang bercakap pasal ni. Dia orang kata Encik Hud tu ada something special dengan Yara."

"Something special apanya kak, saya ni PA dia je. Normal la kut dia risau, saya kan PA dia," kataku. Pinjam ayat Hud semalam.

"Tapi risau dia lain Yara. Mana ada bos siap nak bertumbuk sebab staf dia tercederakan staf dia yang lain."

Aku terdiam. Betul juga. Yang Hud ni pun, sampai bertumbuk dah kenapa? Ish, menyerabutkan!

"Tak adanya kak. Mungkin dia memang jenis protective dengan perempuan kut? Kalau ada mana-mana perempuan kat tempat saya, mungkin juga dia buat benda sama." Aku cuba menyatakan hujah lagi. Biarlah kalau kedengaran tak logik pun, asalkan aku tak digosipkan lagi dengan Hud.

"Akak tak pelik pun sebenarnya kalau ada yang bercakap-cakap pasal Yara dengan Encik Hud. Pasal kamu berdua ni rapat dia memang lain macam. Encik Hud tu pegang jawatan tertinggi, tapi rapat dia dengan Yara macam kawan-kawan yang setaraf dengan dia."

"Yara faham maksud akak, kan? Akak bukan nak kata Yara ni taraf rendah ke apa. Cuma orang yang pegang jawatan general manager ni biasanya jaranglah nak bergaul dengan staf bawahan macam kita ni. Salah satu contohnya, Encik Megat dulu," tambahnya lagi.

Aku angguk faham. Itulah, aku pun pelik juga sebenarnya. Tak salah pun dia nak tunjuk sikap mesra dengan semua pekerja, tapi kenapa dengan aku macam berlebih-lebihan pula?

Tengok saja sepanjang aku berada di sini. Di mana ada aku, di situ ada dia. Mulalah otak aku nak buat andaian yang bukan-bukan. Sigh.

SELESAI buffet makan malam, kami diarahkan untuk berkumpul di persisiran pantai. Membentuk kumpulan mengikut bahagian masing-masing dan duduk di sekeliling unggun api. Ala-ala campfire orang putih gitu.

Dan seperti biasa memandangkan ini malam terakhir kami di sini, aku dah masak sangat acara apa yang akan dilakukan selepas ini. Tak lain tak bukan, sesi bonding antara ketua dengan para staflah.

Kalau dengan Megat Emir dulu, tak adalah rasa seronok sangat. Sebab mamat seorang tu selalunya join cuma untuk sepuluh minit pertama sebelum hilang entah ke mana. Mungkin dengan Hud Zarrar ni lain kut?

"Kita nak main apa ni?" Aiman menjadi orang pertama membuka mulut. Spontan, semua menoleh ke satu arah yang sama.

Hud. Terkebil-kebil matanya tatkala terperasankan pandangan kami semua. Perlahan dia berdeham.

"Saya ikut je awak semua. Saya orang baru, mana tahu apa-apa," selorohnya.

"Truth or dare?" cadang salah seorang daripada kami. Aku tahan diri daripada mencebik.

Lame!

"Aku tahu bunyi dia macam lapuk, tapi kali ni kita tukar konsep. Kita guna sistem cabut nombor. Sediakan beberapa soalan untuk truth dan beberapa cabaran untuk dare. Okey?"

Sekali lagi, semua pandang Hud. Meminta persetujuan daripada sang ketua. Macam yang aku jangka, dia pasti mengangguk setuju.

"Okey. Tak ada masalah."

"Cantik. Jadi kita ada 12 orang. Kita buat 11 soalan. Aku host, aku tak main," kata Aiman.

"Mana aci!"

"Aiman main tipu!"

"Ini tidak adil!"

Suara-suara bantahan mula berbunyi, tetapi Aiman masih dengan muka selamba badaknya. Sebuah botol plastik yang telah diubah suai diletakkan di tengah-tengah bulatan.

"So the first person will be..." Botol dipusingkan.

Tup!

"Bilal!" Jejaka sawo matang itu meraup wajahnya.

"Dare. Nombor tiga, eh! Dualah."

"Dua... okey! Senang je ni bro. Kau kena menyanyi!"

"Sumpahlah Man? Weh tak naklah, tukar boleh tak?" Bilal cuba berdalih. Aiman dah menggeleng-geleng laju.

"Mana boleh. Tak ada, tak ada. Kau kena nyanyi juga."

Dengan sorakan dan desakan ramai, akhirnya lagu Mimpi Laila menjadi pilihannya. Dengan diiringi minus one daripada telefon milik Aiman, enak saja melodi suaranya menerjah koklea telinga.

Memang lengkaplah segala makhraj dan lenggok pak arabnya. Sesuai dengan namanya, Bilal. Nyanyiannya diakhiri dengan tepukan gemuruh daripada semua.

"Okay, next!" Botol plastik kembali dipusingkan. Harap sangat jangan berhenti ke arah aku. Jangan pilih aku, jangan pilih aku, jangan...

"Yara!"

Tak guna betul.

"Nak truth. Soalan enam."

"Apa perasaan kerja bawah bos baru kita, Encik Hud? Fuh, soalan panas ni!" Semuanya bertepuk tangan dan bersiul-siulan selepas itu.

Aku ketap bibir. Sempat juga mata mengerling ke arah Hud. Nampak dia juga memandangku dengan kening yang terangkat sebelah.

"Hmm... Rasa biasa je? Seronoklah kut, sebab Encik Hud komited dan berdedikasi." Jawapan jujur aku berikan. Betul apa, sekurang-kurangnya Hud sepuluh kali ganda lebih bagus berbanding Megat Emir.

"Puji melambung, nak minta naik gaji ke?" Kata-kata Tania disambut tawa dari semua. Hud sendiri tersenyum kecil.

"Okay, next!"

"Encik Hud!" Semuanya bersorak kegembiraan tatkala botol menunjuk ke arahnya. Hud masih beriak tenang.

"Truth. I will pick the seventh question."

"Alright. Rahsia terbesar Encik Hud yang tak ada orang tahu." Aku nampak Hud seakan terkaku sesaat. Riaknya yang bertukar kaget pantas ditutupnya kembali.

"Tak adalah terbesar. Maybe something that nobody ever knows? Itupun kalau Encik Hud tak keberatan." Aku mencelah, membetulkan sedikit soalan tadi. Tengok pada reaksi dia tadi, nampak macam dia kurang selesa dengan soalan itu.

Kata-kataku disambut anggukan oleh semua. Hud turut mengangguk.

"Hmm... Okey. I got one. Ada yang tahu, tapi ramai masih tak tahulah. Actually..."

"I hate coffee."

"Lah..." Semua yang menanti mengeluh serentak. Kecewalah tu, ingatkan rahsianya besar sangat.

"Hate tu memang benci betul ke?" Kak Diana mengajukan soalan. Hud senyum segaris.

"Kenapa? Encik Hud alergik kafein?" Kali ini, dia menggeleng pula.

"Past experience, I guess," balasnya mudah. Jawapan yang kurang memuaskan buat semua, tapi sekurang-kurangnya memberi sedikit klu kepada soalan yang membelenggu fikiranku.

Kenapa benci kopi? Apa kena-mengena masa silam seorang Hud Zarrar dengan secawan kopi?

Continue Reading

You'll Also Like

35.7K 5K 40
ADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatab...
5.9M 263K 62
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
336K 11.3K 52
~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di...
268K 9.3K 38
Dahnia Farisya, seorang arkitek yang tersohor di dalam dan luar negara. Seorang yang work hard, dan selalu sibuk ke luar dan dalam negara sehingga ti...